HBI HEALTH & HOMOEOPATHY CENTRE

 

 

Siri Buku HBI

Homeopati: Perubatan Alaf Baru

 

Kandungan

B

Bab 1

Bab 2

Bab 3

Bab 4

Bab 5

Bab 6

Bab 7

Bab 8

Bab 9

Bab 10

Bab 11

ab 1

 

 

3

 

HOMEOPATI

DAN

PERUBATAN MODEN

 

 

 

 

TENTANG PELOPORNYA

Adalah wajar pada peringkat ini diperjelaskan bahawa bukan hanya Dr. Samuel Hahnemann yang mempunyai asas ilmu pengetahuan dan perubatan yang kukuh. Para pengikut beliau dan pelopor sistem perubatan homeopati yang lain turut terdiri daripada doktor-doktor dan pakar perubatan yang berpelajaran tinggi.  Buku yang sekecil ini tidak akan mencukupi untuk memuatkan cerita-cerita bagaimana doktor-doktor ini menjadi begitu terpikat kepada homeopati sehingga mereka turut dilamar ejekan, cemuhan, kemiskinan dan malah mengambil risiko mengorbankan nyawa demi semangat cintanya kepada seni kesembuhan yang sebenar.  

         Mungkin satu atau dua kejadian dalam hidup mereka dapat mendedahkan kepada semua dengan sekali imbas sahaja mengenai sia-sianya ilmu terapeutik yang telah mereka pelajari di kolej-kolej sebelum ini apabila dibandingkan dengan kemampuan ajaib remedi ( ms 20 )-remedi homeopati dalam menyembuhkan penyakit-penyakit yang suatu waktu dulu membingungkan mereka sendiri. Walhal kesembuhan itu berlangsung dengan secara begitu lembut, licin, cepat tetapi berkekalan.

         Daripada sekian ramai orang yang merintis jalan ke arah memperkemaskan sistem perubatan homeopati, Boeninghausen dikecualikan daripada senarai mereka yang mendapat pendidikan perubatan konvensional atau alopati. Namun demikian beliau mempunyai kemampuan dan keupayaan yang luar biasa sehingga King Wilhelm IV mengeluarkan perintah kabinet menganugerahkannya kebenaran untuk mengamal sebagai seorang doktor. Itupun, keterlibatannya dalam homeopati adalah diasaskan oleh suatu peristiwa yang kukuh. Iaitu rasa terhutang budinya terhadap homeopati justeru beliau dapat bebas daripada penyakit T.B.   

         Constantine Hering yang menerima tanggungjawab daripada Dr. J.H.Robi untuk menulis tesis bagi tujuan memperkecilkan homeopati pernah berusaha dan melakukan penyiasatan terhadap sistem baru tersebut. Tetapi selepas saja mengkaji bahan-bahan tulisan mengenai homeopati untuk tujuan menulis tesisnya dan apabila jarinya yang memburuk selepas melakukan satu autopsi telah berjaya diselamatkan daripada pemotongan (amputation) hanya setelah mengambil satu remedi homeopati, beliau segera beralih kepada sistem yang diasaskan oleh Dr. Hahnemann dan telah menjadi salah seorang pelopor homeopati yang bersemangat dan berdedikasi.

         Beberapa tahun kemudian, dengan mengambil risiko yang membahayakan nyawanya sendiri, beliau telah mengujibuktikan sejenis racun ular yang berbahaya dan seterusnya memperkenalkan penawar Lachesis yang sangat bernilai ke dalam Materia Medica.  Bahkan daripada hasil usahanya, maka telah lahir 12 jilid Materia Medica yang menjadi sumber rujukan utama dalam homeopati.

( ms 21 )

         Dari Chicago, Illinois, seorang doktor bernama James Tyler Kent yang mendapat pendidikan dalam ilmu perubatan daripada Eclectic Medical Institute, Ohio (1871), dan telahpun memulai kariernya secara profesional di St. Louis turut memilih homeopati sebagai wadah perjuangannya. Hal itu berlaku kerana penyakit isterinya yang sangat serius gagal disembuhkan oleh cara perubatan yang dipelajarinya daripada Eclectic Medical School ataupun oleh para doktor perubatan alopati. Bagaimanapun penyakit isterinya itu telah dirawat secara homeopati dengan jayanya. 

         Setelah beliau meneliti Organon karangan Dr. Hahnemann dan lain-lain buku berkaitan homeopati, beliau akhirnya mengikat dirinya dengan homeopati. Lantas beliau dilantik sebagai Profesor of Materia Medica di beberapa kolej termasuk Hahnemann Medical College di Chicago. Hasil karya beliau seperti Lectures on Materia Medica dan Repertory of the Materia Medica merupakan teks yang tiada tandingnya sehingga ke hari ini. 

         Demikianlah halnya dengan Dr. James Compton Burnett. Burnett pernah menyaksikan keadaan di mana peratus kematian di sebahagian wad kanak-kanak yang dirawat secara alopati begitu tinggi. Sedangkan di bahagian wad yang lain kanak-kanak yang dirawat dengan penawar homeopati Aconite sahaja menjadi semakin pulih dan pulang ke rumah selepas beberapa hari sahaja sehingga bahagian wad tersebut menjadi kosong. Bagaimanakah seorang doktor yang prihatin terhadap ilmunya boleh berdiam diri menyaksikan kejadian yang sejelas ini berlaku di depan mata.  Tentulah suatu tindakan susulan perlu dibuat.

         Di India, Dr. Mahendralal Sirkar yang merupakan Naib Presiden Persatuan Perubatan British (British Medical Association) cawangan Bengal pernah mengecam homeopati sebagai perubatan palsu; tetapi setelah berulang kali melihat sendiri kes-kes  yang dirawat oleh pengamal homeopati Babu Rajendralal Dutta mendapat kesembuhan, akhirnya beliau secara beransur-ansur ber- ( ms 22 ) bertambah yakin terhadap kebenaran falsafah homeopati. Lantas beliau meninggalkan amalan sebelumnya yang menguntungkan dari segi kewangan dan langsung tidak gentar terhadap pemulauan yang dikenakan oleh pihak Persatuan Perubatan British. Bahkan beliau mengatakan, “Kebenaran mesti disebarkan, dan kebenaran mesti diikuti dengan tindakan.” Selepas melewati beberapa tribulasi akhirnya beliau diakui sebagai seorang tokoh homeopati yang disanjung di India. 

         Di Malaysia, meskipun kita tidak mempunyai seorang tokoh perubatan alopati yang boleh ditonjolkan untuk memperjelaskan kepada umum tentang kehebatan ilmu perubatan homeopati, namun ketokohan anak Melayu pertama yang mempelajari homeopati iaitu Dr. Burhanuddin al-Helmi boleh dikedepankan sebagai suatu contoh unggul. Dr. Burhanuddin bukan sahaja orang yang terdidik dari segi agama dan politik, malahan beliau mempunyai ijazah Medical Doctor of Homoeopathy (M.D.H), Doctor of Naturopathy (N.D.). Beliau juga merupakan seorang anggota International Federation of Naturopath (I.F.N) dan Homoeopathic Physician Association (H.P.A. London). 

         Dr. Burhanuddin sendiri mengakui bahawa penyakit lelah beliau telah berjaya disembuhkan melalui rawatan homeopati dan mungkin justeru itulah beliau dapat terus memainkan peranan besar dalam memperjuangkan kemerdekaan tanah air. Bahkan mungkin kerana berjasanya homeopati itu jugalah maka, walaupun beliau begitu sibuk, namun beliau sanggup mendidik dan mengasuh angkatan perintis bagi mengembang dan memajukan  ilmu perubatan homeopati di Malaysia.

 

PENEMUAN UNDANG-UNDANG KESEMBUHAN

 

Kita biasa mendengar bagaimana Teori Graviti ditemui oleh Newton   semasa beliau berada di bawah sepohon pokok epal. ( ms 23 )

Namun tidak ramai yang mendengar cerita bagaimana Dr. Samuel Hahnemann menemui prinsip Similia dalam ilmu perubatan.  Cerita inipun tidak pernah dikisahkan di dalam buku-buku sekolah.

         Dr. Hahnemann merupakan seorang yang gemar kepada eksperimen. Sementara dalam melakukan eksperimen-eksperimen itu pula, beliau sentiasa mengelakkan diri daripada taakulan a priori di mana seseorang itu membuat kesimpulan daripada generalisasi kepada perincian spesifik. Sebaliknya beliau membina konklusi berdasarkan logik induktif di mana kesimpulan umum hanya ditarik setelah melalui beberapa siri pemerhatian terhadap kejadian-kejadian khusus berulang kali.

         Sewaktu menterjemah sebuah buku Materia Medica yang ditulis oleh Professor Cullen daripada London University, beliau tidak berpuas hati dengan kenyataan yang menyebutkan bahawa sebab kejayaan rawatan menggunakan Peruvian Bark (kuinin) ke atas penyakit demam malaria itu justeru ianya pahit. Penjelasan yang tidak memuaskan hatinya itulah yang mendorong beliau mengambil beberapa dos bahan tersebut, di mana akibatnya beliau mulai didatangi simptom-simptom seperti hujung jari dan kaki tiba-tiba menjadi sejuk, jantungnya berdebar-debar, anggotanya menggeletar dan pelbagai simptom lagi yang merupakan simptom-simptom demam malaria.

         Andaian sistem perubatan yang standard pada waktu itu ialah sekiranya tubuh menghasilkan sebarang simptom, ubat hendaklah diberikan bagi melegakan serangan simptom tersebut.  Sedangkan berdasarkan pengalaman peribadi beliau, memang jelas bahawa bahan dadah yang dikenali sebagai penyembuh penyakit malaria itu bukan sahaja memberi kesan kepada pesakit malaria. Tetapi ia sebenarnya turut menghasilkan simptom-simptom yang serupa apabila diberikan kepada orang yang sihat.

( ms 24 )

 

         Meskipun hasil pemerhatian beliau itu tidak selari dengan dogma semasa, beliau terus membuat pemerhatian dan eksperimen lanjut. Ini dilakukan bagi membuktikan bahawa hasil pemerhatian pertama tadi benar-benar merupakan satu fakta semulajadi.

         Penemuan beliau menarik para doktor seangkatan beliau yang berminat dengan kebenaran agar turut melakukan eksperimen yang sama dengan mengambil beberapa jenis ubat dadah yang lain.  Hasil eksperimen yang berterusan tersebut telah membuktikan penemuan Dr. Hahnemann di atas. Dan pembuktian saintifik inilah yang menjadi tunjang asas homeopati.

         Lantas Dr. Hahnemann menyebutkan bahawa: “Homeopati merangkumi pemberian satu remedi untuk satu penyakit, di mana sekiranya diberikan kepada orang yang sihat, ia mampu menghasilkan simptom-simptom yang serupa (tidak sama) dengan simptom-simptom penyakit - yakni similia similibus curentur - serupa dengan yang serupa menyembuhkan:  Sekiranya kamu lumpuh - kamu gunakan Strychnine yang menyebabkan kelumpuhan. Sekiranya kamu sakit perut memulas-mulas - kamu gunakan Colocynthis yang menyebabkan kamu sakit memulas-mulas. Sekiranya kamu sakit asma - kamu gunakan Antimony yang menghasilkan sakit asma..... Inilah undang-undang serupa menyembuhkan yang serupa. Sangkallah kebenaran ini dengan menunjukkan satu metode yang lebih pantas, pasti dan boleh diterima, kiranya boleh; Jangan menyangkal semua itu hanya dengan perkataan yang mana kami juga mempunyainya; tetapi seandainya pengalaman membuktikan kepada kamu sebagaimana ia membuktikan kepada kami bahawa metode saya ini yang terbaik, maka gunakanlah ia untuk menyelamat makhluk seperti kamu dan letakkan keagungan kepada Tuhan.”

( ms 25 )

 

PENGGUNAAN PRINSIP SIMILIA DALAM

PERUBATAN MODEN

Terdapat dua cara rawatan yang diguna dan diklasifikasikan oleh pemikir perubatan sehingga ke hari ini, iaitu contraria contraris dan similia similibus. Menerusi kajian-kajian, makmal-makmal, percubaan-percubaan klinikal dan bantuan daripada kerajaan dan syarikat multi-nasional, perubatan moden telah membangun dan mengaplikasikan prinsip contraria jauh ke hadapan. Sementara prinsip similia yang pernah dibicarakan di masa Hippocrates, walaupun dibangun semula secara sain­tifik oleh Dr. Samuel Hahneman di akhir abad ke 18, tetapi per­kembangannya masih belum meluas seperti yang diharapkan.

            Walaupun begitu, beberapa ahli perubatan berpandangan prin­sip similia ini ada digunakan dalam amalan perubatan alopati secara tidak langsung. Hal ini disebabkan sebarang prinsip atau undang-undang yang ditemui itu harus bersifat universal. Dengan demikian, tindakan ubat-ubatan yang boleh menimbulkan simptom-simptom ubat pada orang yang sihat boleh diperhatikan apabila ia digunakan dalam kes merawat pesakit meskipun pada asasnya sistem tersebut berpandukan kepada sistem contraria.

            Fakta ini telah dibuktikan oleh Dr. Hahnemann sendiri di dalam bukunya Organon of Medicine yang turut memetik nama-nama doktor alopati yang membuat preskripsi sedemikian.  Antaranya ialah penggunaan:  Veratrum alb. dalam kes kolera, Agaricus dalam  epilepsi, Senna bagi kolik, Wine dalam radang demam, Aloes dalam diarea, Millefolium bagi pendarahan, Nux moschata bagi sawan pitam, Scilla dalam pleurisi, Cinchona dalam gastralgia dan jaundis, dan  Potash bagi tetanus.

            S.M.Gunavante juga menyebutkan contoh yang diberikan oleh Dr.R.H.Savage mengenai penggunaan Digitalis bagi kegagalan jantung, Sulphur bagi gatal-gatal  dan  ruam  kulit,  Colchicine ( ms 26 )

bagi gout akut, asid Boric sebagai pembasuh mulut untuk ulser, dan begitu juga dengan Ipeca­cuanha dan beberapa bahan lain, di mana dosnya sahaja yang berbe­za daripada homeopati.  Ini adalah justeru homeopati memberinya dalam dos yang diperkecilkan bagi tujuan memperkuatkan kuasa di samping mengurangkan kesan dadah.

            Bagaimanapun, seperti yang disebutkan oleh Dr. Savage, bukannya dos remedi yang menjadikan satu-satu amalan itu homeopati, tetapi keseru­paan semulajadi simptom-simptom dalam ujibukti (atau ketoksikan bahan tersebut) dengan simptom-simptom pesakit yang menjadikannya homeopati. Sebenarnya percubaan-percubaan klinikal tidak mempe­runtukkan bagi meneliti variasi dalam tindakbalas individu walau­pun memang terdapat variasi tindakbalas individu terhadap ubat dadah yang sama.  Dalam keadaan di mana variasi ini wujud, salah satu puncanya tentulah boleh dikaitkan kepada apa yang dinamakan sebagai kesan homeopati (homoeopathic effect).

            Sekiranya pemerhatian dapat dilakukan bagi hipotesis mengenai sebab-musabab berlainan pesakit mendapat kesan yang berbeza walaupun diberikan ubat yang sama, ia memungkinkan lahirnya satu revolusi terapi ubat dadah. Suatu terapi yang bukan sahaja akan membuktikan prinsip similia homeopati, malah yang akan menguntungkan insan sejagat. Berbanding dengan usaha menyogok pesakit dengan penambahan dos ubat dadah beserta natijah reaksi yang berlawanan, ia akan membolehkan kita mengindividualisasi preskripsi bagi menyesuaikan ubat dengan pesakit tertentu. Bahkan akhirnya, kita mungkin boleh menjangkakan tindak balas penyembuhan berikutan pemberian dos bahan yang lebih kecil atau dalam bentuk potensi. Sambungnya lagi:

( ms 27 )

            “Saya tidak mengatakan homeopati menawarkan kesembuhan kepada setiap penyakit, tetapi pendekatan homeopati membolehkan kita merawat pesakit sebagai individu dan bertindak selektif dalam memilih satu-satu remedi tanpa menyebabkan pesakit itu melarat, dan kos pempreskripsian pula dapat dikurangkan dengan banyak sekali.”

 

MENGENAI KERJASAMA ANTARA HOMEOPATI

DAN ALOPATI

Seorang pakar, Kenneth Walker dalam bukunya Diagnosis of Man menulis, “Seorang doktor alopati boleh mempelajari lebih banyak lagi daripada seorang homeopath sekiranya ia berfikiran terbuka. Homeopati telah dapat mengelak daripada terjebak ke dalam beb­erapa kesilapan yang mana sekolah perubatan alopati telah terja­tuh.” Lalu disimpulkan oleh Gunavante bahawa, sekiranya homeo­pati tidak dilayan dengan sikap permusuhan yang hebat, manusia sejagat sudah tentu mendapat faedah daripada pandangan yang adil terhadap kedua sistem, iaitu contraria dan similia. Sebenarnya kedua-dua sistem ini mempunyai peranan masing-masing dalam rang­kausaha merawat para pesakit.

            Berikut ialah saranan-saranan S.M.Gunavante yang boleh membantu ke arah terikatnya kerjasama antara kedua sistem:

-            Remedi homeopati seharusnya digunakan dalam semua keadaan akut dan kronik, melainkan tanda-tanda, simptom-simptom, pemeriksaan fizikal  dan laporan patologi mendedahkan bahawa keadaan pesakit  telah  menjadi semakin serius dan memerlukan tindakan segera bagi memberi kelegaan dan menyelamatkan  nyawa. Untuk tujuan ini seorang doktor atau pengamal harus dipimpin oleh para 3 Organon, iaitu: dia harus tahu apa yang dapat (atau tidak dapat) disembuhkan dalam penyakit itu, dia harus tahu apakah ( ms 28 ) penawar-penawar yang boleh menyembuhkan keadaan tersebut, dan akhirnya  dia harus tahu bagaimana menggunakan penawar  berkaitan untuk memberikan kesan kesembuhan yang cepat dan lembut.

-  Meskipun prinsip yang digariskan ialah para homoeopath harus merawat berdasarkan keserupaan simptom, kadang-kadang timbul keperluan bagi penggunaan dos fisiologi dengan tujuan melegakan atau meringankan kesakitan. Dr. Hahnemann sendiri menyedari mengenai keadaan ini seperti yang disebutkan dalam para 67 Organon, di mana apabila berlaku kes-kes kecemasan yang membahayakan nyawa tidak memberikan waktu untuk penawar homeopati bertindak, maka dibolehkan rawatan cemas atau rawatan dalam dos fisiologi dilakukan, umpamanya dalam situasi kemalangan, asfiksia, sesak nafas dan seumpamanya.  Demikian juga dalam kes seperti pesakit mengalami sakit batu karang dalam ginjal yang tidak dapat ditahan lagi dan boleh membawa kepada pengsan - maka dibenar menggunakan ubatan analgesik sepertimana anaestetik digunakan dalam pembeda­han.

-    Penting disebutkan bahawa seandainya doktor itu mahir dan mendapat keyakinan daripada pesakitnya, adalah lebih ideal bagi­nya menggunakan remedi homeopati walaupun dalam kes seperti tersebut di atas. Bahkan seorang doktor atau pengamal homeopati itu tidak harus menjadikan maksud Dr. Hahnemann di atas sebagai alasan atau keizinan untuknya mempraktikkan amalan alopati dan mempreskripsi ubat-ubatan alopati, ubat dalam dos fisiologi atau ubat dadah.

            Sebagai penutup tirai, Gunavante mengingatkan bahawa Dr. Von Grauvogl pernah menulis pada tahun 1845:  “Sekiranya homeopati merawat kesemua kes dan dalam setiap kes ia hanya merawat   berdasarkan   undang-undang   keserupaan   semboyan ( ms 29 ) (similarity), ia akan jatuh ke dalam kesilapan yang sama sebagaimana alopati.  Maknanya, kedua sains ini sebenarnya tidak berbeza dalam ertikata pertentangan, malah sebaliknya melengkapkan antara satu sama lain.”

 

<Atas>

 

--------- o ---------

 

Hakcipta 1999 (CD Copyright 2005) Ó Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD