PENDAHULUAN
Pada
peringkat permulaan, saya berusaha menterjemah buku Materia Medica With Repertory, iaitu sebuah buku yang menjadi
panduan kebanyakan ahli homeopati. Ia menjadi rujukan utama bagi
mereka yang mempunyai asas ilmu perubatan yang kukuh. Beberapa orang
sahabat yang terlibat secara langsung di dalam homeopati turut memberi
perangsang di atas usaha tersebut.
Oleh
kerana pada waktu yang sama saya sedang menyiapkan satu esei berkaitan
perubatan herba, tiba-tiba terlintas di hati saya untuk mengubah
haluan. Lalu saya gabungkan hasil terjemahan tadi dengan esei yang
berjaya disiapkan. Sedikit perubahan ke atas materika medika juga
dibuat bagi menambahkan maklumat agar selaras dengan tajuk buku yang
baru. Dengan itu, lahirlah sebuah buku yang khusus memuatkan
penawar-penawar homeopati yang bersumber-kan tumbuh-tumbuhan.
Buku
yang dihasilkan ini merupakan satu lagi sumbangan yang saya
cita-citakan terhadap perkembangan ilmu perubatan homeopati di
Malaysia. Saya harap ia dapat dijadikan sebagai bahan rujukan bagi
kursus atau kuliah Materia Medika yang dijalankan di dalam bahasa
Melayu. Di samping itu, buku ini dijangka bermanfaat bagi pengamal
yang memerlukan buku-buku homeopati dalam bahasa ibunda.
Oleh
kerana buku ini perlu dikeluarkan tepat pada awal alaf baru, ia tidak
melalui proses penyemakan yang sempurna. Saya memohon maaf di atas
sebarang kesilapan yang mana kita sebagai manusia tidak terlepas
daripadanya. Saya hanya mengucapkan berbanyak syukur kerana berjaya
menghasil dan menerbitkannya.
Mohamed
Hatta Abu Bakar
HMD,
DIHom.
(The
British Institute of Homoeopathy)
©
Mohamed
Hatta Abu Bakar, HMD 2005 |