| 
           
			 ACONITUM NAPELLUS 
          
           
          Acopnitum napellus lebih dikenali dengan panggilan pendek Aconite. Tinktur disediakan daripada keseluruhan pokok dan akar,
          yang dikutip semasa ia mula berbunga. Ianya pernah digunakan sebagai
          racun di masa lampau dan di zaman pertengahan serta ada disebut di
          dalam tulisan-tulisan penulis klasik Yunani (Greek). 
          
          
           
                      Aconite
          diperkenalkan ke dalam perubatan oleh Anton von Stoerck pada tahun
          1762 yang menyatakan kegunaannya dalam mendorong evakuasi. Pada akhir
          abad ke 18, para doktor lain turut menggunanya tetapi mereka merasakan
          Aconite sangat merbahaya bagi penggunaan secara internal. Justeru,
          ia hanya digunakan dalam rawatan topikal sahaja.
          
           
                      Dr.
          Hahnemann mengujibukti penawar Aconite dan menerbitkannya pada tahun 1805 sehingga ia menjadi
          salah satu daripada penawar-penawar yang diguna dengan meluas di dalam
          homeopati, khususnya bagi merawat penyakit yang dicirikan dengan demam
          dan keradangan. Perubatan ortodoks juga mulai mengguna kembali Aconite selepas ianya diperkenalkan oleh homeopati. Hal tersebut
          berkekalan sehingga perang dunia kedua. Homeopati berjaya mengamal- gunakan
          Aconite sehingga ke hari ini
          dalam dos yang diperkecilkan dengan berkesan.
          
           
                      Manifestasi
          penawar homeopati Aconite yang jelas ialah kegelisahan mental dan fizikal, di samping
          wujudnya perasaan takut. Simptom-simptom lain ialah serangan secara
          tiba-tiba dan akut yang disertai dengan demam. Banyak mengadu dan
          tertekan yang disebabkan oleh terdedah kepada cuaca sejuk dan kering.
          Atau aduan disebabkan udara yang teramat panas. Terbakar 
          di bahagian dalam; berdenyut, dingin dan rasa kebas. Ia juga
          boleh diberi bagi influenza [Influenzin].
          
          
           
                      Berikut
          diperturunkan simptom partikular Dr. Boericke sebagaimana yang
          dicatatkan di dalam Boericke's
          Materia Medica with Repertory:
          
           
          Minda.
          Kebimbangan, kekhuatiran dan
          ketakutan yang bersangatan mengiringi setiap penyakit, walaupun tidak
          teruk. Meracau dicirikan oleh dukacita, bimbang, takut, kegilaan,
          jarang sekali tidak sedar. Berfirasat
          dan takut. Takut mati
          tetapi percaya bahawa dia akan segera mati; menjangka harinya. Takut
          kepada masa depan, sekumpulan orang menyeberangi jalan. Gelisah,
          ke sana ke mari.  Kecenderungan
          untuk menyentak. Imaginasi akut, meramal. Tidak dapat bertolak ansur
          sakitnya; malah menyebabkannya jadi gila. Tidak dapat mendengar muzik;
          menyebabkannya sedih [Ambra.]
          Ia fikir ideanya datang daripada perut - bahawa bahagian-bahagian
          tubuhnya luar biasa tebalnya. Merasakan seolah-olah apa yang baru saja
          dibuat hanyalah satu mimpi.
          
           
          Kepala.
          Penuh sesak, berat,
          berdenyut, panas, meledak, membakar, rasa beralun. 
          Tekanan di tulang pangkal otak (Hedera
          Helix.) Sakit kepala membakar seolah-olah otak digerakkan oleh air
          mendidih (Indigo.) Vertigo;
          pening melarat ketika bangkit
          (Nux. Opium) dan
          menggelengkan kepala. Rasa di puncak kepala seolah-olah rambut ditarik
          atau berdiri tegak. Meracau kuat pada waktu malam.
          
           
          Mata.
          Merah, menyala. Rasa kering dan
          panas, seolah-olah pasir berada di dalam. 
          Kelopak mata bengkak,
          keras dan merah. Tidak suka kepada cahaya. Air mata meleleh banyak
          selepas terdedah kepada angin kering, sejuk, refleksi
          daripada salji, selepas mengeluarkan debu dan (selepas
          mengeluarkan) lelain benda asing.
          
           
          Telinga. Sangat sensitif kepada bunyi,
          tidak dapat tahan bunyi muzik. Bahagian luar telinga panas, merah,
          sakit, bengkak. Sakit telinga (Cham.).
          Rasa seperti titis-titis air di dalam telinga kiri.
          
           
          Hidung.
          Penciumannya amat sensitif. Sakit
          pada pangkal hidung. Hidung berair; banyak bersin;
          berdenyut-denyut di dalam lubang hidung. Keluar darah yang berwarna
          merah cerah. Membran mukus
          kering, hidung tersumbat; kering beserta koriza berair jernih yang
          sangat sedikit.
          
           
          Muka.
          Merah, panas merah padam, bengkak. Sebelah pipi merah, sebelah lagi
          pucat (Cham., Ipec.). Muka merah menjadi
          pucat seperti mayat atau pesakit menjadi pening sewaktu bangkit.
          Rasa menggelenyar di kedua pipi dan kebas. 
          Neuralgia, terutamanya di
          sebelah kiri serta gelisah, menggelenyar dan kebas. 
          Sakit pada rahang.  
          
           
          Mulut.
          Kebas, kering dan menggelenyar. Lidah membengkak; hujungnya rasa menggelenyar. Gigi sensitif terhadap sejuk. Sentiasa
          menggerak-gerakkan rahang bawah seperti mengunyah. Gusi panas dan radang. Lidah
          diselaputi warna putih. [Antim.
          crud.]
          
           
          Kerongkong. Merah, kering, mencerut,
          kebas, menyucuk, membakar, menyengat. Tonsil bengkak dan kering.
          
           
          Perut.
          Muntah-muntah beserta takut,
          panas, berpeluh keringat dan banyak kencing. Dahagakan air sejuk.
          Semua terasa pahit kecuali air sejuk. Tersangat
          dahaga. Minum, muntah dan ia mengisytiharkan bahawa ia akan mati.
          Muntah air hempedu, mukus, mengandungi darah, kehijauan. Rasa tekanan
          di dalam perut beserta dispnea, payah bernafas. Hematemesis; muntah
          keluar darah. Membakar dari perut ke esofagus.
          
           
          Abdomen. Panas, tegang, timpanitik; kembung berbunyi. Sensitif dengan sentuhan. Kolik; perut memulas, sebarang kedudukan
          tidak melegakan. Simptom-simptom abdomen lega selepas mengambil sup
          hangat. Terbakar di sekitar pusat.
          
           
          Rektum.
          Sakit beserta gatal dan rasa menyucuk di dalam lubang dubur pada waktu
          malam. Najis kecil dan kerap beserta tenesmus; hijau
          seperti herba yang ditumbuk. Air kencing putih beserta merah.
          Discaj kolera serta tidak sedar, cemas dan kegelisahan. Buasir
          berdarah. (Hamam.)
          Kanak-kanak yang kena diarea yang cair seperti air. Mereka sangat suka
          menangis, mengadu, payah tidur dan gelisah. 
          
           
          Urin.
          Sangat sedikit, merah, panas,
          menyakitkan. Tenesmus dan rasa terbakar pada pangkal pundi kencing.
          Rasa terbakar di saluran kencing. Kencing tertahan, berdarah. Selalu
          khuatir sewaktu mula hendak kencing. Kencing
          tertahan serta memekik dan resah gelisah, sambil memegang-megang
          kemaluan. Kawasan ginjal (pada ari-ari) sangat sensitif. Kencing
          melimpah, keringat melimpah dan cirit-birit.
          
           
          Lelaki.
          Rasa merayap-rayap dan menyengat di dalam kelenjar. Sakit memar di
          buah zakar, bengkak, keras. Kerap mengeras tegang dan keluar mani.
          Tegang zakarnya menyakitkan.
          
           
          Perempuan. Liang faraj kering, panas, sensitif. Haid terlalu melimpah, serta
          hidung berdarah, berpanjangan, lambat. Cemas kalut bila haid bermula. Haid
          tertekan kerana takut, sejuk
          pada orang berbentuk cergas. Ovari penuh sesak dan sakit. Sakit
          menjalar tajam di dalam peranakan. Sakit
          selepas bersalin, disertai
          takut dan gelisah.
          
           
          Respiratori. Sentiasa ada tekanan di sekitar dada kiri. Sesak nafas walau bergerak sedikit. Parau, kering, batuk mencungap. Nyaring, payah bernafas. Kanak-kanak
          memegang kerongkong setiap kali dia batuk. Sangat sensitif dengan
          udara yang disedut. Nafas
          singkat. Larings sensitif. Mencucuk-cucuk di dalam dada. Batuk,
          kering, pendek, keras; melarat
          malam dan selepas tengah malam. Rasa panas di dalam paru-paru. Darah keluar
          semasa mendehem. Menggelenyar dalam dada selepas batuk.
          
           
          Jantung. Jantung bergerak cepat secara
          luar biasa. Gangguan pada jantung beserta sakit di bahu kiri. Sakit mencucuk-cucuk di dalam dada. Berdebar, khuatir serta cemas, pitam dan jari-jari menggelenyar.
          Nadi penuh, keras, tegang dan memantul, kadang-kadang terhenti-henti.
          Salur nadi pelapis dan salur nadi karotid terasa bila duduk.
          
           
          Belakang. Kebas, kaku, keras, terasa sakit. Merayap dan menggelenyar
          seolah-olah memar. Kekakuan pada tengkuk. Memar sengal di antara
          tulang belikat.
          
           
          Ekstremiti. Kebas dan menggelenyar, rasa
          sakit menjalar; sejuk seperti air batu tetapi tangan dan kaki tidak
          terasa. Lengan rasa lemah, memar, berat, kebas. Rasa sakit menurun ke
          tangan kiri [Cact., Crotal.,
          Kalmia, Tabac.] Tangan panas
          dan kaki sejuk. Radang reumatik sendi-sendi; melarat malam hari,
          bengkak merah berkilat dan sangat sensitif. Sendi pinggul dan paha
          rasa lemah, terutama selepas berbaring. Lutut tidak tegap; Kaki diatur
          untuk membelok. (Aescul.)
          Ligamen semua sendi lemah dan kendur. Semua sendi berderik-derik tidak
          sakit. Kedua belah tangan timbul
          (hypothenar eminences) warna merah menyala. Rasa seperti
          titik-titik air turun ke paha.
          
           
          Tidur.
          Mengigau. Tiap-tiap malam meracau. Mimpi-mimpi
          yang mencemaskan. Sukar lelap, gelisah dan resah tidak dapat tidur.
          [Guna potensi 30] Terkejut semasa tidur. Mimpi berpanjangan dengan
          dada sentiasa cemas. Insomnia bagi orang tua. 
          
           
          Kulit.
          Merah, panas, bengkak, kering, membakar. Purpura
          miliaris. Ruam-ruam seperti campak. Berdiri bulu roma.
          Kesemputan dan kebas. Seram sejuk dan semput ke punggung. Kegatalan lega dengan stimulan.
          
           
          Demam.
          Peringkat demam paling nyata. Peluh sejuk dan muka sejuk seperti air
          batu. Sejuk dan panas berselang seli. Seram sejuk sebelah malam
          selepas masuk tidur. Gelombang
          sejuk menguasai seluruh tubuh. Sentiasa dahaga
          dan resah gelisah. Seram sejuk bila disentuh atau tidak mengguna
          selimut. Panas kering dan muka merah. 
          
          
           
          Modaliti. Mengurang di udara lapang; 
          melarat di bilik panas, di sebelah petang dan malam; melarat berbaring
          di bahagian yang sakit, daripada muzik, daripada asap rokok, angin
          kering sejuk.
          
           
          Hubungan.. Asid, wain dan kopi, lemonade dan buah-buahan berasid mengubahsuai
          tindakannya. Penawar komplemen:  Arnica
          dalam kes trauma, Coffea
          semasa demam, dan Sulphur.  Sulphur boleh
          dianggap Aconite kronik. 
          Ia kerap menyempurnakan kesembuhan yang dimulakan oleh Aconite.
          
          
           
          Bandingkan: 
          Bellad.; Cham.; Coffea;
          Ferrum phos.
          
           
          Penawar
          antidot: Acetic acid, Bellad.,
          Nux vom., Sulph.
          
           
          Dos.
          Potensi 6 untuk penyakit yang berhubungan. dengan pancaindera; 1
          hingga 3 untuk keadaan kongestif. Mesti kerap diulangi dalam
          penyakit-penyakit akut.  Aconite bekerja dengan cepat. Dalam kes neuralgia, boleh guna
          potensi 30, itupun bergantung kepada kesesuaian dengan pesakit. 
          
           
           
          
           
          
          © 
          Mohamed 
          Hatta Abu Bakar, HMD 2005    |