| 
           
			ALLIUM SATIVUM
          
           
          Allium sativum atau bawang putih telah dikenalpasti tentang khasiat herbanya serta
          digunakan dalam tamadun China dan Mesir sejak sebelum Masehi lagi. Ia
          juga disyorkan oleh Hippocrates bagi penyakit infeksi dan ragam usus.
          
           
                      Allium
          sat. dalam bentuk potensi bertindak secara langsung ke atas
          membran mukus intestin lantas meningkatkan peristalsis. Berguna bagi
          sakit memulas yang disertai flora patologi dan menurunkan tekanan
          darah. Sesuai bagi pesakit yang makan lebih daripada minum,
          terutamanya daging. Sakit di kawasan pinggul, sakit di otot-otot psoas
          dan iliak. Tuberkulosis paru-paru pulmonari. Hemoptisis. Di dalam Materia
          Medica Dr. W. Boericke, simptom-simptom berikut dinyatakan:
          
           
          Kepala. 
          Berat; berdenyut-denyut di pelipis; kepekakan berkataral.
          
           
          Mulut.
          Air liur sangat manis selepas makan dan sebelah malam. Rasa seperti
          ada rambut di atas lidah (melarat bila membaca) atau di kerongkong.
          
           
          Perut.
          Selera atau nafsu makannya rakus dan gelojoh. Bersendawa panas
          membakar. Sedikit perubahan dalam diet menimbulkan masalah. Sembelit,
          serta sakit lembap yang berterusan dalam usus. Lidah
          pucat, berpapila (puting) merah.
          
           
          Respiratori. Mukus dalam bronki berdetar berterusan. Batuk waktu pagi setelah
          meninggalkan katil, serta meludahkan lendir mukus, yang melekat dan
          sukar dikeluarkan. Sensitif kepada angin sejuk. Bronki mengembang,
          serta ludahan kahaknya busuk. Sakit seperti ditusuk damak dalam dada.
          
           
          Perempuan. Sakit bila buah dada membengkak. Letusan dalam faraj, pada buah dada
          dan vulva semasa haid.
          
           
          Ekstremiti. Sakit di kawasan tendon di otot-otot psoas dan iliak; melarat walau
          bergerak sedikit; tidak tertahan sakit bila cuba menyilang kaki;
          sebaliknya ia tidak merasa sakit jika anggota itu diangkat lembut
          dengan tangan. Kedua kaki tidak membesar secepat bahagian lain tubuh.
          
           
          Hubungan.. Menurut Dr. Teste, Allium Sat.
          termasuk dalam kumpulan Bryonia,
          begitu juga Lycopod., Nux.,
          Colocy, Digital. dan Ignatia
          yang memberi kesan mendalam ke atas mereka yang memakan daging dan
          kurang berkesan ke atas vegetarians. Lantas ia lebih sesuai digunakan
          bagi mereka yang gemar memakan daging. 
          
           
          Bandingkan: 
          Capsicum; Arsenic; Senega;
          Kali nit. 
          
           
          Penawar
          komplemen:  Arsenic. 
          
          
           
          Antidot: 
          Lycopod.
          
           
          Dos: 
          Potensi ke 3 hingga 6, potensi 30 juga disyorkan.
          
           
           
          
          
          
           
          
          © 
          Mohamed 
          Hatta Abu Bakar, HMD 2005    |