| 
           
			ALLIUM CEPA
          
           
          Allium Cepa tidaklah begitu popular seperti Allium
          Sativum dalam perubatan herba. Di dalam homeopati, ianya merupakan
          antara penawar penting kerana kesannya yang jelas terhadap kataral,
          mata, hidung dan larinks. Tetapi kesannya kurang nyata ke atas trek
          usus. Tinktur homeopati disediakan daripada bawang merah biasa.
          
           
                      Dr.
          Boericke menyebutkan gambaran Allium cepa ditunjukkan oleh  koriza
          yang disertai simptom-simptom laringial
          dan discaj hidung yang menusuk
          pedih, rembesan mata hambar; sejuk biduanita melarat
          dalam bilik hangat dan menghala ke petang; tetapi lega pada udara
          lapang. Pesakit tidak tahan dalam cuaca
          sejuk dan lembap. Sakit saraf seperti
          benang halus, berikutan pemotongan atau kecederaan pada saraf.
          Radang saraf kronik akibat trauma. Juga bila terdapat simptom membakar
          dalam hidung, mulut, kerongkong, pundi kencing dan kulit. Rasa seperti
          panas membahang ke atas bahagian-bahagian tubuh yang berlainan. 
          
           
          Minda.
          Keliru dan selalu lupa kerana tumpuan pada kerja di tengahari, selepas
          minum wain atau kopi. Kegelisahan
          yang tidak dapat diceritakan dan kecemasan menyertai sakit pada
          abdomen. [Ars.]
          
           
          Kepala.
          Sakit kepala berkataral, kebiasaanya di dahi; melarat di dalam bilik yang panas sewaktu hampir petang. Sakit
          seperti dicucuk benang dalam muka. Sakit kepala hilang semasa haid;
          datang kembali apabila pengaliran haid berhenti.
          
           
          Mata.
          Merah. Sangat panas membakar
          dan lakrimasi memeritkan. Sensitif
          kepada cahaya. Mata berair dan digenangi air; lakrimasi
          hambar, melimpah, lega pada udara lapang. Membakar dalam kelopak
          mata.
          
           
          Telinga. Sakit telinga, mencucuk-cucuk dalam tiub Eustachio.
          
           
          Hidung.
          Bersin, terutama apabila masuk bilik panas. Discaj
          banyak, berair jernih dan tersangat pedih. Rasa seperti berketul
          pada pangkal hidung. Demam jerami. [Sabad.;
          Sil.; Psor.] Koriza lancar serta sakit kepala, batuk, dan suara
          serak.  Polipus.
          
           
          Perut.
          Tersangat lapar. Sakit dalam kawasan pilorus. Dahaga. Sendawa. Loya.
          
           
          Abdomen. Flatus; angin kentutnya menderam, busuk. Sakit dalam hipogastrium kiri.
          Duduk dalam keadaan perut memulas, bergerak ke sana ke mari.
          
           
          Rektum.
          Cirit-birit serta flatus tersangat busuk. Sakit mencucuk-cucuk dalam
          rektum, gatal dan kulitnya merekah dalam anus. Panas membara dalam
          rektum.
          
           
          Urinari. Rasa lemah dalam pundi kencing dan salur uretra. Rembesan urin
          bertambah serta koriza. Kencing berwarna merah serta sangat tertekan
          dan membakar dalam uretra.
          
           
          Respiratori. Parau. Batuk sering dan kering semasa menyedut udara sejuk. 
          Rasa geli menggeletek
          dalam larings. Rasa
          seolah-olah larings dibelah atau dikoyak. Pernafasan tertahan akibat daripada tekanan di tengah dada. Rasa
          mencerut di kawasan epiglotis. Sakit menjalar ke telinga.
          
           
          Ekstremiti. Sendi-sendi capik. Ulser pada tumit. Afeksi menyakitkan pada
          jari-jemari berhampiran dengan kuku. Neuralgia menyebabkan berjalan
          terhuyung-hayang. Kesan buruk daripada kaki basah. Anggota terutama
          bahagian lengan, rasa sakit dan penat.
          
           
          Tidur.
          Menguap serta sakit kepala dan mengantuk. Mulut terbuka semasa tidur
          nyenyak.  Mimpi-mimpi. 
          Terjaga pada jam 2 pagi.
          
           
          Modaliti. Melarat di sebelah petang,
          dalam bilik panas. Lega bila
          udara lapang, dan dalam bilik sejuk.
          
           
          Hubungan.. Bandingkan:  Gels.;
          Euph.; Kali hyd.; Aconite; Ipecac.
          
           
          Antidot:
          Ars.; Cham.; Verat.
          
           
          Dos. 
          Potensi 3, 6, 30, 200.
          
           
           
          
           
          
          © 
          Mohamed 
          Hatta Abu Bakar, HMD 2005    |