//   

DRHATTA DOT COM: KONSULTAN HOMEOPATI ONLINE HBI

     

SINOPSIS BUKU HBI

 

RAWATAN ASAS HOMEOPATI 

[ISBN 983-99179-6-X]

 Terbit: 2002

Salah satu matlamat buku Penawar Asas Homeopati ini ialah untuk mengasingkan satu bab daripada buku pertama HBI iaitu bahagian First Aid dalam Perubatan Homoeopati, dan dipadatkan isi untuk tujuan digunakan dalam mengajar ilmu pertolongan cemas homeopati. Selain itu, ia dikecilkan pada saiz yang mudah dibawa, walaupun hakikatnya ia tidaklah kecil sangat.

Di samping fokusnya kepada amalan atau saranan pertolongan cemas, ia juga memberi fokus kepada lapan belas (18) penawar pertolongan cemas homeopati yang paling popular seperti Aconite, Arsenicum, Belladonna, Cocculus, Hepar sulph, Hamamelis dan lain-lain. Setiap penawar itu diperkenalkan dengan pendahuluan simptom emosi secara ringkas.

Isu gigitan, luka, kecederaan tulang, konkusi, lebam, serangan panas, asma dan lain-lain adalah antara isu rawatan asas yang diberi tumpuan. Setiap saranan penawar adalah diikuti dengan potensi @ kekuatan penawar homeopati dengan cadangan dos bagi pembaca yang masih baru. 

Yang menariknya dalam buku kecil ini ialah terdapat maklumat tambahan atau khas dalam satu bab, di mana daripada senarai penawar itu, ada diceritakan bagaimana kita boleh mengguna penawar-penawar tadi sebagai penawar pencegahan (profilaksis) dalam kes-kes tertentu. Bahagian rawatan pencegahan 'penawar first aid' ini belum pernah ditulis dalam buku-buku homeopati terbitan HBI atau buku-buku homeopati lain dalam bahasa Malaysia.

Di akhir bab, sebagai satu bonus, turut dimuatkan bab sunnah dan adab menziarahi pesakit.

Wa Llahu a’lam. [6 Disember 2018].

 

1. Perubatan Homeopati

2. Homeopati: Perubatan Alaf Baru

3. Penawar Homeopati Pilihan

4. Penyakit Kanak-Kanak & Rawatan Homeopati

5. Rawatan Asas Homeopati

6. Esei-esei Milenium Baru

7. Tip-tip Motivasi Dan Minda

8. Kamus Istilah Perubatan Homeopati

9. Pengantar Falsafah Perubatan Homeopati

10. Simptom-simptom Penyakit Dan Rawatan Homeopati

11. Materia Medika Terapeutik Teew

12. Organon Perubatan Homeopati

(Harga & Pesanan)

 

INDEX UTAMA

 

   © HBI Health & Homoeopathy Centre 2020.   © Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD 2019  (New Version - updated)

AlloWebmaster:drhatta3@yahoo.com