DRHATTA DOT COM: KONSULTAN HOMEOPATI ONLINE HBI

     

SINOPSIS BUKU HBI

 

PENYAKIT KANAK-KANAK DAN RAWATAN HOMEOPATI 

[ISBN 983-99179-4-3]

 Terbit: 2001

Ini adalah sebuah buku yang menarik bagi mereka yang berminat mencari buku-buku perubatan alternatif, khususnya perubatan homeopati, yang memberikan keutamaan dalam rawatan penyakit yang kerap dihidapi oleh kanak-kanak. Buku yang sudah diterbitkan selama lebih lima belas tahun ini masih lagi mendapat perhatian, sekalipun stoknya sudah hampir habis.

Oleh kerana buku Penyakit Kanak-kanak ini disediakan untuk awam, permulaan buku ini memasukkan tajuk Pengenalan dan tajuk berkaitan Penstoran Mengenai Penyimpanan Dan Dosej Penawar Homeopati. Di bahagian lampiran pula, buku ini memuatkan maklumat tentang remedi-remedi yang tidak secocok.

Tiga puluh jenis penyakit yang dibicarakan di dalam buku homeopati ini termasuk alergi, batuk, cacing, diarea, demam panas, ekzema, gingivitis, hernia, hepatitis, hidung berhingus, kencing malam, kolitis, kudis, obesiti, selsema, sembelit dan lain-lain lagi yang umum mudah dihidapi kanak-kanak.

Kita boleh temui banyak buku-buku berkaitan homeopati, tetapi hanya buku ini sahaja yang menceritakan secara ringkas tentang penyakit kanak-kanak dan saranan rawatan awal homeopati.

Stok buku inipun hanya tinggal dalam jumlah puluhan sahaja. Jika kehabisan, pengguna boleh mendapatkannya dalam bentuk digital daripada HBI. InsyaAllah.

Wa Llahu a’lam. [6 Disember 2018].

 

 

1. Perubatan Homeopati

2. Homeopati: Perubatan Alaf Baru

3. Penawar Homeopati Pilihan

4. Penyakit Kanak-Kanak & Rawatan Homeopati

5. Rawatan Asas Homeopati

6. Esei-esei Milenium Baru

7. Tip-tip Motivasi Dan Minda

8. Kamus Istilah Perubatan Homeopati

9. Pengantar Falsafah Perubatan Homeopati

10. Simptom-simptom Penyakit Dan Rawatan Homeopati

11. Materia Medika Terapeutik Teew

12. Organon Perubatan Homeopati

13. Panduan Praktikal Perubatan Homeopati

 

(Harga & Pesanan)

 

INDEX UTAMA

 

   © HBI Health & Homoeopathy Centre 2020.   © Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD 2020  (New Version - updated)

AlloWebmaster:drhatta3@yahoo.com