DRHATTA DOT COM: KONSULTAN HOMEOPATI ONLINE HBI
SINOPSIS BUKU HBI (HOMEOPATHIC BOOK PUBLISHER in BM)
FOKUS: PRINSIP-PRINSIP PEMPRESKRIPSIAN
Dalam sistem perubatan homeopati, kaedah rawatannya jauh berbeza dengan amalan dalam sistem perubatan konvensional. Ini menjadi jelas apabila kita mengemukakan satu pertanyaan sahaja, iaitu “Apakah matlamat perubatan?” Perubatan konvensional akan memberi jawapan yang standard, yakni untuk menyembuhkan penyakit. Bagaimana kalau selepas diagnosis dan mengguna segala alat yang canggih-canggih bagi mencari virus, bakteria, kerosakan pada organ atau mana-mana bahagian anatomi lalu keputusannya ialah tiada penyakit yang dihidapi? Apakah tindakan pesakit? 1. MERAWAT PESAKIT Di sinilah hadirnya peranan dan kepentingan rawatan homeopati. Homeopati tidak merawat penyakit, sebaliknya homeopati merawat pesakit. Manusia boleh sakit, boleh membuat aduan, boleh menyatakan sebarang masalah yang dihadapi. Tidak sedikit insan yang berkunjung ke pusat-pusat rawatan “evidence-based”, namun mereka pulang dengan kecewa sebab diagnosis tidak membuktikan mereka sakit. Sementara itu, berapa ramai individu seperti ini, yang dinafikan sakitnya, yang dikembalikan ke rumah, yang apabila mereka bertemu dengan pengamal yang pakar dalam homeopati, lantas ia dilayan sebagai pesakit. Homeopati tetap merawat pesakit yang mengadu sakit sekalipun tiada “evidens” yang mengesahkan beliau sakit. Pesakit itu sakit kerana dia mengetahui keadaan dirinya yang tidak normal seperti dulu. Dia tahu bahawa apabila dia naik tangga, dia merasa pening dan badannya seakan berpusing-pusing hendak jatuh. Dia tahu bahawa apabila bangun pagi tumitnya terasa mencucuk-cucuk atau panas seperti terbakar. Dia tahu bahawa apabila dia hendak tidur, dia tetap tidak dapat tidur dan dadanya berdebar kencang. Malangnya apabila beliau melalui pelbagai diagnosis di hospital paling pakar, dia dikatakan tiada penyakit. 2. MATLAMAT RAWATAN Inilah medan perjuangan homeopati. Homeopati merawat pesakit secara holistik. Ruang lingkup kliennya termasuk pesakit yang ada penyakit dan pesakit yang mempunyai simptom-simptom sakit. Mengenai matlamat yang jelas ke arah pemulihan individu pesakit ini, ia dizahirkan oleh Dr. Samuel Hahnemann dalam buku agungnya Organon of Medicine: "The physician’s high and only mission is to restore the sick to health, to cure, as it is termed." Atau "Setinggi cita-cita dan tugas seorang doktor itu ialah mengembalikan pesakit (the sick) kepada sihat sebagaimana yang dikehendaki." Seorang yang mengidap penyakit denggi, asma, diabetes atau hipertensi boleh menzahirkan pelbagai simptom yang lazim didapati pada setiap penyakit tersebut. Berdasarkan penemuan klinikal dan bukti diagnostik yang jelas, seorang pesakit dikategorikan sebagai pesakit denggi, pesakit asma, pesakit diabetes atau pesakit hipertensi. Rawatan konvensional menyarankan ubat tertentu untuk mereka yang berpenyakit denggi, asma, diabetes atau hipertensi berdasarkan kategori penyakit. Itu adalah logik, praktikal, ritual dan memudahkan pengurusan kes. Umumnya pesakit akan sembuh, atau boleh terus mengusahakan kehidupan dengan mengambil ubat-ubat yang disaran untuk beberapa waktu atau selamanya. Apabila kita nyatakan mengenai “merawat pesakit” dan bukan penyakit, ia membawa suatu konsep yang berbeza dan lebih luhur dalam amalan perubatan. Malahan ia mengangkat darjat manusia daripada menjadi “manusia berpenyakit” kepada “manusia yang sakit” yang mana dirinya yang sihat telah menderita dan terganggu oleh pelbagai faktor. Faktor-faktor eksternal yang tidak dapat dikawal itu mempengaruhi kerentanan individu tertentu dan menguasai bahagian-bahagian tubuhnya yang lemah. Inilah akhirnya merubah kedudukan pato-fisiologi individu yang sihat sehingga menjadi sakit. Justeru, dalam perubatan homeopati, sebarang penyakit seperti demam, batuk, denggi, asma, hipertensi dan pelbagai nama penyakit itu hanya merupakan natijah daripada gangguan ekonomi manusia, yang disebutkan sebagai tenaga hayat serta batang tubuhnya. Secara tuntas, kerentanan seseorang manusia itu bergantung kepada kekuatan dirinya dan keadaan konstitusi, gaya hidup, persekitaran rumah dan daerah, tabiat, pemakanan, sejarah diri dan keluarganya dan apa sahaja yang boleh mempengaruhi tenaga hayatnya. Ini adalah penjelasan rasional kepada sebab-musabab “kenapa sesetengah orang jatuh sakit sedang yang lainnya segar sihat pada hal mereka semua berada dalam situasi yang serupa dan berhadapan dengan kuman serta virus yang sama.” Keadaan ini juga menjelaskan dengan lebih saksama sebab musabab mengapa setiap orang yang dikatakan mempunyai penyakit yang sama tetapi memanifestasikan pelbagai gejala dan simptom sakit yang berbeza. 3. SIMPTOM Simptom merupakan bahasa atau medium yang disampaikan berkaitan penyakit. Sama ada simptom itu bersifat objektif atau subjektif, semuanya berupa usaha tubuh untuk memberi amaran mengenai gangguan dalaman seseorang individu. Tanpa kehadiran simptom-simptom, seseorang tidak mungkin sakit atau mendapat penyakit. Simptom-simptom ini pula boleh berada di peringkat fizikal, mental atau spiritual. Seorang doktor atau pengamal yang berpengalaman dan berilmu, pasti boleh mengenalpasti gangguan tenaga hayat menerusi gejala-gejala dan simptom-simptom yang ditunjukkan oleh individu. Di dalam homeopati, sesuatu remedi itu dipreskripsi selepas pengambilan kes yang terperinci dibuat dalam sesi konsultasi. Pengambilan kes (case-taking) ini dilakukan bagi tujuan mendapatkan gambaran kesemua simptom objektif dan subjektif beserta konstitusi pesakit. Remedi yang dipilih pula ialah satu remedi yang memiliki gambaran kesemua simptom objektif dan subjektif yang serupa dengan pesakit. Memilih remedi yang mempunyai keseluruhan simptom yang serupa dengan simptom-simptom yang dizahirkan oleh pesakit adalah konsep asas dalam amalan perubatan homeopati. Ia dimasyhurkan dengan panggilan konsep “Similia Similibus Curentur” atau “Serupa dengan serupa memyembuhkan”. Konsep ini adalah tulang belakang dalam pembentukan beberapa prinsip homeopati, di mana prinsip penting ini dinyatakan sebagai prinsip “Undang-undang Keserupaan” (Law of Similiars). 4. SIMILIMUM Di dalam amalan homeopati klasik, rawatan homeopati harus memberi fokus untuk mencari penawar yang “similimum”, di mana dalam konteks ini ia merujuk kepada memadankan antara keseluruhan simptom (totality of symptoms) remedi dengan penyakit. Justeru, preskripsi harus dibuat berasaskan penyiasat-an yang berjaya mencari remedi yang paling seraksi dengan konstitusi pesakit, punca-punca penyakit dan keseluruhan simptom pesakit. Ini telah dijelaskan oleh Dr. Hahnemann dalam Organon para 18, “Oleh itu, tidak dapat dinafikan lagi yang keseluruhan simptom penyakit [dan keadaan] yang terdapat pada setiap kes individu itulah yang semestinya menjadi petunjuk atau satu-satunya panduan dalam memilih satu-satu penawar.” Untuk mencapai matlamat kesembuhan yang unggul ini, pengambilan kes mungkin mengambil masa yang amat lama. Sudah tentu kaedah ini menelan kos waktu, pengallaman, ikhtiar dan kajian yang lama dan mendalam, tetapi sangat berbaloi dengan kesan kesihatan yang menyeluruh. Lazimnya, ia melibatkan kes-kes yang sudah lama, sukar dan kronik. Selain itu, dalam sesetengah kes, kita tidak mempunyai cukup maklumat bagi mengumpulkan seluruh simptom-simptom pesakit yang menyebabkan kita mungkin bergantung kepada beberapa simptom yang ada sahaja. Ini berlaku dalam banyak kes akut dan bila mana kita tidak ada rekod pesakit yang lampau dan menyeluruh. Di klinik-klinik homeopati yang sibuk pula, yang banyak melayan kes-kes akut, masa konsultasi perlu dipendekkan dengan cara memfokuskan kepada simptom-simptom yang ringkas tetapi penting, sehingga kita terpaksa bergantung kepada pelbagai kaedah dalam pempreskripsian remedi-remedi homeopati. 5. KAEDAH PEMPRESKRIPSIAN Dalam semua kaedah pempreskripsian, kita tetap berpandu kepada Undang-undang Keserupaan (Law of Similars). Kita boleh mencapai tujuan ini dan mencari remedi berasaskan beberapa simptom yang jelas. Buku-buku terapeutik yang baik dan berkualiti boleh memandu pengamal, dan ia mencukupi buat pengamal menyempurnakan tugas-tugas rawatan itu dengan berkesan. Banyak kes, khususnya kes-kes yang akut, berjaya ditangani melalui cara dan kaedah ini. Namun, oleh kerana buku-buku terapeutik lebih berupa sebagai pemandu sahaja, pengamal disarankan supaya merujuk juga kepada materia medika dan memadankan dengan sebanyak mana simptom yang mungkin, agar remedi yang dipilih nanti adalah yang paling tepat. Berikut adalah beberapa kaedah pempreskripsian: 1. Pempreskripsian Akut Penyakit akut lazimnya bersifat terhad daripada segi simptom, serangan sakit demamnya berlaku dengan cepat, progres berlangsung dalam waktu yang singkat dan boleh beransur hilang dalam jangka waktu yang tidak lama. Simptom-simptom yang diperoleh bagi kes demam, selsema, batuk, sakit kepala, tonsilitis, diarea dan seumpamanya mungkin lebih banyak bersifat simptom penyakit. Pengamal boleh melihat kepada simptom-simptom fizikal atau penyakit itu sendiri di samping memerhatikan simptom-simptom subjektif, yang ganjil, modalitinya dan yang khusus bagi pesakit. Mungkin juga kita dapat mencari punca-punca kes. Contoh, seorang pesakit bronkitis akut atau batuk biasa – bila datang jumpa pengamal, ada bunyi detaran dalam tekak atau dada disebabkan lendir. Jangkanya seperti sesuai dengan Antimonium tart. Tapi pengamal dimaklumkan tentang dia sukar bernafas bila batuk dan kerap rasa loya. Lalu wajarlah pesakit dipreskripsikan dengan Ipecac. 2. Pemprekripsian Etiologi Punca timbulnya sesuatu penyakit juga penting dalam homeopati. Sama ada bagi kes penyakit akut atau kronik, banyak kes boleh diselesaikan apabila diketahui punya penyakitnya. Punca penyakit ini mungkin bersifat mekanikal, merangsang ataupun menyebabkan penyakit itu berlanjutan. Apabila kita memberi preskripsi berasaskan punca sakit yang pesakit alami, kita dikatakan memberi preskripsian etiologi. Contoh, seorang pesakit wanita yang mengalami ‘slipped disc’ pernah mohon rawatan online dengan kami. Beliau pernah dapat rawatan konvensional, tetapi tidak banyak perubahan. Jadi kami dapatkan maklumat simptom dan dimaklumkan juga bahawa beliau pernah jatuh sebelum mengalami masalah slipped disc. Jadi remedi utama dalam rawatan kes beliau, kami berikan saja Arnica 200 (potensi tinggi), dan alhamduliLlah beberapa bulan kemudian beliau sembuh sepenuhnya. Etiologi besar peranannya dalam homeopati. Malahan dalam ‘repertori homeopati’, terdapat rubrik khusus bagi punca-punca atau sebab musabab tertentu. Ini sememangnya boleh membantu pengamal untuk memilih remedi dalam mengatasi kes penyakit yang dikesan berpunca daripada sebab musabab tertentu. 3. Pempreskripsian Simptom Utama / Nota Kunci Kaedah ini umumnya dipelajari oleh pelajar homeopati dan pengamal dalam proses mempelajari materia medika. Kita hanya perlu mengenalpasti simptom-simptom yang menjadi ‘nota kunci’ yang mewakili pesakit. Jika kita dapat temukan persamaan antara ‘nota kunci’ pesakit dan ‘nota kunci’ remedi, insyaAllah, ia akan membantu mendapatkan kesembuhan yang memuaskan. Buku Allen Key notes adalah contoh klasik yang menjadi rujukan ramai bagi mendapatkan ‘nota kunci’ remedi-remedi homeopati. Kita juga boleh menggunakan ‘nota kunci’ yang diitalickan di dalam buku Homoeopathic Materia Medica (with Repertory) hasil karya Dr. W.M Boericke. 4. Pempreskripsian Interkuren Remedi interkuren atau selingan ialah remedi yang dipreskripsi semasa rawatan homeopati untuk penyakit kronik bagi tujuan membasmi sebarang penyakit akut dan mempercepatkan proses kesembuhan atau mengeluarkan halangan miasma. Ia lazim digunakan apabila remedi yang jelas dan tepat gagal memberi kesembuhan yang sepatutnya atau apabila remedi tersebut hanya berkesan sekejap sahaja tetapi kemudiannya menjadi semakin kurang berkesan. Remedi interkuren boleh jadi berupa sejenis nosod, pelengkap atau komplemen, dan boleh jadi juga jenis remedi konstitusional, polikres atau antimiasmatik. Remedi yang diberikan semasa krisis akut dalam pengurusan kes kronik disebut sebagai ‘Interkuren Akut’, sementara remedi yang diberikan sebagai remedi antimiasmatik dalam rawatan penyakit kronik atau terpendam dinamakan ‘Interkuren Kronik’. 5. Pempreskripsian Miasmatik Miasma merujuk kepada kecenderungan atau pewarisan terhadap penyakit-penyakit tertentu sama ada ianya diwarisi ataupun diperoleh. Pada prinsipnya miasma boleh hidup secara diam atau aktif dalam tubuh seseorang. Pempreskripsian miasmatik adalah penggunaan remedi antimiasmatik dalam menangani kes. Biasanya, dalam pengurusan kes yang tidak mendapat kesan yang diharapkan serta ditakuti ada unsur-unsur miasma terlibat, pengamal yang mahir dalam teori miasma akan memberi rawatan antimiasmatik yang sesuai dan efektif agar unsur miasma itu dapat dihapuskan serta dihalang daripada menjadi warisan generasi berikut. Jika kesembuhan tidak sempurna dengan remedi antimiasma, rawatan miasma yang dilakukan boleh membuka gambaran baru penyakit yang tersembunyi lantas membantu menemukan panduan baru bagi pemilihan remedi. 6. Pempreskripsian Nosologi Pempreskripsian nosologi ini dibuat dalam situasi di mana tiada atau amat kurang simptom diperoleh bagi tujuan individualisasi kes. Melalui kaedah ini, pengamal homeopati boleh menyelesai-kan kes akut yang mempunyai simptom yang umum. Contohnya, di dalam waktu wabak influenza merebak, jika kita telah mendapati bahawa remedi seperti Arsenicum atau Influenzinum berjaya merungkai beberapa kes berkaitan dengan wabak pada waktu itu, maka kita boleh mempreskripsikan remedi tersebut tanpa penyiasatan lanjut bagi pesakit-pesakit lain yang simptom-simptomnya hampir sama. 7. Pempreskripsian Organopati Dalam Organopati, adalah dipercayai bahawa sesetengah remedi bertindak secara lokal dalam organ-organ tertentu seperti hati, jantung, buah pinggang, usus dan seumpamanya. Doktor-doktor seperti J.H. Clark, R.T Coopers, Boger dan Burnett telah menyatakan peri pentingnya remedi-remedi organ ini apabila kita tidak mempunyai faktor punca atau sebab musabab, miasma dan simptom-simptom yang boleh memandu kepada suatu remedi terbaik. Para doktor ini merekod pengalaman mereka di dalam beberapa tulisan dan kita boleh temui senarai remedi-remedi organ ini melalui sumbangan mereka yang berkaitan dengannya. Antaranya ialah remedi Chelidonium, Carduus mar., Chionanthus untuk organ hati, Berberis vul., Cholesterinum, China dan Hydratis untuk pundi kencing, dan Apis, Sarsaparilla, Terebinthina dan Solidago bagi organ ginjal. 8. Pempreskripsian Patologi Pempreskripsian patologi ia kaedah preskripsi yang bersandarkan kepada keserupaan remedi dengan proses perkembangan penyakit dan perubahan patologi. Dalam hal ini, satu atau beberapa remedi disediakan dan dipreskripsikan berpandukan indikasi patologi. Oleh kerana fokus ialah kepada simptom atau gejala penyakit, yang berlainan dengan kaedah homeopati klasik atau rawatan konstitusional, pengamal akan memberikan perhatian kepada kondisi patologi pesakit berbanding simptom mental dan emosi. Untuk tujuan ini juga, penggunaan potensi rendah dikatakan lebih efektif dan berkesan. 9. Pempreskripsian Sintetik Dalam memberi preskripsi, ada kecenderungan pengamal homeopati untuk memberi remedi dengan cara menggabungkan dua jenis remedi ataupun mengambil jalan pertengahan dengan memilih remedi lain yang mempunyai gambaran simptom daripada dua remedi. Umpamanya, kita sudah ada Natrum mur. yang berupa gabungan antara sodium dan chloride. Ada kes yang menyerupai simptom Calcarea carbonica dan Phosphorus, lantas diberikan remedi Calcarea phosphorica sebagai satu sintesis. Bagaimanapun, pengamal disarankan berhati-hati kerana Calcarea phosphorica mempunyai gambaran simptomnya yang tersendiri. 10. Pempreskripsian Tautopati Preskripsi kaedah tautopati merupakan kaedah menyembuhkan atau membuang kesan buruk ubat-dadah tertentu melalui iso-toksikasi, iaitu kesembuhan dengan cara menggunakan agen yang sama atau identikal tetapi dalam bentuk diperkuatkuasakan (potentised). Maknanya remedi yang digunakan ialah dadah atau bahan kimia yang biasa digunakan dalam amalan alopati seperti bahan cortisone dan penicillin. Justeru, sekiranya seseorang itu menjadi terganggu atau tidak sihat selepas mengambil sesuatu ubat-dadah atau pesakit itu menjadi ketagih dan bergantung kepada ubat berkaitan, pengamal homeopati boleh mempreskripsi remedi daripada sumber yang sama dalam bentuk potensi homeopati (tautopathic). Namun seandainya pengamal homeopati berkenaan boleh mendapatkan remedi homeopati lain yang bersesuaian, itu adalah lebih baik. 11. Pempreskripsian Paliatif Dalam sesetengah kes, preskripsian paliatif boleh diberikan bagi tujuan mengurangkan kesakitan ataupun melegakan penyakit yang tidak didapati remedi similimum. Memberi preskripsi remedi homeopati tertentu berpandukan beberapa simptom yang serupa sahaja boleh memberikan kesan paliatif jika pengamal mengetahui kesan jangka pendek remedi berkenaan dan ia tidak similimum dalam kes-kes tertentu. Sebagai contoh, seorang kanak-kanak yang terjaga di waktu malam dengan menangis, demam dan batuk-batuk, boleh diberikan Aconite. Remedi pertama ini boleh menyembuhkan, atau boleh jadi juga bertindak sebagai paliatif sebelum kita menemukan remedi lain yang bersesuaian. Jika selepas itu, kanak-kanak itu terjaga lagi dengan batuk-batuk jenis kering, beserta parau, mungkin kita boleh preskripsi Spongia. Spongia boleh jadi juga bertindak sebagai paliatif sahaja sekiranya keadaan kanak-kanak tadi kembali tidak sihat seperti sebelumnya sehingga kita memerlukan Hepar sulph atau remedi lain yang bersesuaian. 12. Pempreskripsian Konstitusional Pempreskripsian konstitusional adalah kaedah preskripsi homeopati klasik...... ARTIKEL PENUH BOLEH DIDAPATI DI DALAM BUKU BERKENAAN. DAPATKAN SEGERA DARIPADA HBI.
Peringkat 1 - Inflamasi hingga menanah Kulit bengkak sangat merah serta bersinar dan membakar; demam serta kulit panas kering; melarat dalam bilik hangat, petang, dan malam. – Aconite 6, 30 Dalam abses akut; bisul mendarah, bila nanah terjadi dengan cepat. – Belladonna 30. Permulaan abses ketika bahagian itu masih merah serta bersinar. Sakit mencucuk-cucuk; melarat walau bergerak sedikit. – Bryonia 30 Sesuai untuk abses yang cepat membentuk nanah, berguna untuk abses kelenjar beserta sakit berdenyut-denyut; melarat dengan kehangatan katil. – Mercurius sol. 30. (Mercurius sol. 30 boleh diselangi dengan Belladonna 30) Peringkat permulaan menanah; pembentukan nanah dan darah, busuk, menghakis yang disertai rasa seram sejuk dan sakit mencucuk-cucuk; nanah berbau seperti keju lama. Walaupun pesakit jenis seram sejuk tapi rasa lega dengan cuaca lembap basah. – Hepar sulph 30 Bila remedi Hepar sulph gagal dan sakitnya tidak tertahan. –Chamomilla 30, 200 Untuk memendekkan masa penanahan. Bagi abses di hujung jari-jemari dan ruas jari. – Myristica seb. 1X atau 3X Untuk mempercepatkan penanahan atau mendorong bisul matang. – Hepar sulph 2X, 3X atau 6 Untuk menghalang penanahan. – Hepar sulph 200, 1M.
Peringkat ke 2, bila sudah menanah Bagi abses yang nanahnya busuk dan tidak sihat serta ada demam; rasa membakar yang kuat dan gelisah. – Arsenic alb. 30, 200 Abses atau bisul beserta rasa membakar kuat dan demam pun kuat. – Anthracinum 200, 1M Bila nanah menebal dan kuning tanpa inflamasi. – Calendula 6 atau 30 Abses bagi pesakit diatesis tubercular. – Calcarea carb. 200 Kesan buruk akibat terbakar; nanah mungkin ada mengandungi darah, kehijauan, kekelabuan atau kekuningan; melecet, halus dan cair. – Causticum 30, 200 Untuk membersihkan darah; apabila ada sedikit demam berterusan disebabkan jangkitan. – Echinacea 1x, 30 Nanah halus dan melekat; letusan di pelipat anggota kaki tangan, pangkal paha, leher dan kedua telinga. – Graphites 30, 200. Dalam abses yang baru; bisulnya berwarna kebiruan ketika nanah halus nipis, gelap dan busuk; sakit membakar dan sensitif terhadap sentuhan. – Lachesis 30, 200 Abses di bawah kulit; melarat dengan panas atau dengan tuaman hangat. – Lycopodium 30, 200 Apabila abses berterusan menanah dan bisul tidak sembuh. Untuk mempercepatkan proses penanahan matang; pesakit jenis sejuk; lega dalam cuaca kering dan panas. – Silicea 6x atau 6 Bila Silicea gagal dan penanahan berterusan; lega ketika berada di kawasan lapang dan melarat bila cuaca bertukar. – Calcarea sulph. 6x atau 30. Nanah banyak, kehijauan, kekuningan, atau berdarah; melarat selepas makan makanan mengandungi banyak lemak dan hangat; lega berada dalam udara sejuk, bebas lapang. –Pulsatilla 30.
Remedi biokimia: Guna Calcarea sulph. 12X dan ambil setiap 4 jam untuk menyembuhkan tisu kulit.
[Aphthae. Ulser kecil di membran mukus mulut atau lidah, bermula dengan vesikul dan pecah menjadi ulser putih, dengan pinggir berwarna merah dan sakit. Lihat juga tajuk Sariawan, Ulser mulut.]
Lepuhan menyakitkan, teruk; air liur rasa pedas, berbau. – Acid Nitr. 6, 30 Lepuh-lepuh menyakitkan dalam mulut. – Borax 30, 200 Lepuh menyakitkan dalam mulut serta nafas berbau busuk, menanah atau luka. – Mercurius sol. 30, 200 Lepuh-lepuh atau luka dalam mulut, tapi tidak berkesan dengan Borax atau Mercurius sol. – Nitric acid. 200
ARTIKEL BAHAGIAN SARANAN RAWATAN PENUH BOLEH DIDAPATI DI DALAM BUKU BERKENAAN. DAPATKAN SEGERA DARIPADA HBI. (petikan daripada buku
Panduan Pratikal Terapeutik Homeopati - Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD. Juga
boleh didapati di dalam eBook "e-Pengamal 2024")
2.
Homeopati: Perubatan Alaf Baru
4.
Penyakit Kanak-Kanak & Rawatan Homeopati
8.
Kamus Istilah Perubatan Homeopati
9.
Pengantar Falsafah Perubatan Homeopati
10.
Simptom-simptom Penyakit Dan Rawatan
Homeopati
11.
Materia Medika Terapeutik Teew
12.
Organon Perubatan Homeopati
13.
14.
Materia Medika Homeopati
(3 Jilid)
15.
Perubatan Homeopati: Teori & Praktis
|
||
© HBI Health & Homoeopathy Centre 2024. | © Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD 2024 (New Version - updated) |