DRHATTA DOT COM: KONSULTAN HOMEOPATI ONLINE HBI

     

SINOPSIS BUKU HBI

 

KAMUS ISTILAH PERUBATAN HOMEOPATI

[ISBN 978-983-44077-3-5]

 Terbit: 2009

Siapa pernah menyangka bahawa ada syarikat lain selain daripada DBP, Utusan atau Pustaka Fajar boleh menerbitkan sebuah kamus istilah? Tetapi inilah satu kejayaan HBI dalam bidang penerbitan buku-buku homeopati.

Buku Kamus Istilah Perubatan Homeopati yang tidak terfikir oleh mana-mana badan persatuan dan individu homeopati ini secara tiba-tiba dipersembahkan kepada pasaran di Malaysia. Menurut penulisnya, selama beberapa tahun, tidak kurang daripada lima tahun, beliau mengusahakan mendapatkan istilah-istilah yang sesuai untuk dibukukan sebagai satu kamus istilah perubatan homeopati, Menurut beliau, ini dilakukan sesuai dengan usaha persatuan-persatuan homeopati yang bekerja keras ingin mendirikan institusi pendidikan peringkat penganugerahan ijazah dan sesuai juga dalam usaha mengangkat homeopati sebagai salah satu subjek akademik di universiti.

Buku Kamus Istilah ini dimulai dengan satu pengenalan untuk membimbing bagaimana kaedah digunakan dan harus dipakai oleh pembaca atau pelajar dalam usaha memahami keterangan bagi setiap istilah. Ini dilakukan khusus kerana terdapat istilah-istilah baru yang mungkin tiada dalam kamus-kamus istilah yang lain.

Sebagai contoh ialah istilah similia atau similimum, potency, potentization (potentisasi), dynamization (dinamisasi homeopati), trituration (triturasi), Law of Infinitesimal Dose (Undang-undang Dose Terkecil), Law of Cure, homoeopathic dilution, homeopathic amelioration, homeopathic aggravation, medium potency dan lain-lain. Istiliah ini merupakan istilah khusus dan baru serta memerlukan ulasan daripada mereka yang pakar dalam homeopati dan bahasa.

Pelajar homeopati tahun pertama pasti amat berkehendakkan sebuah kamus serupa ini di dalam kuliah, apa lagi mereka yang membaca daripada luar atau sedang mengikuti kursus-kursus asas homeopati. Kamus ini amat berguna dalam perjalanan mereka sehingga bergelar seorang pengamal homeopati.

Wa Llahu a’lam. [14 Disember 2018].

 

1. Perubatan Homeopati

2. Homeopati: Perubatan Alaf Baru

3. Penawar Homeopati Pilihan

4. Penyakit Kanak-Kanak & Rawatan Homeopati

5. Rawatan Asas Homeopati

6. Esei-esei Milenium Baru

7. Tip-tip Motivasi Dan Minda

8. Kamus Istilah Perubatan Homeopati

9. Pengantar Falsafah Perubatan Homeopati

10. Simptom-simptom Penyakit Dan Rawatan Homeopati

11. Materia Medika Terapeutik Teew

12. Organon Perubatan Homeopati

(Harga & Pesanan)

 

   © HBI Health & Homoeopathy Centre 2019.   © Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD 2019  (New Version - updated)

AlloWebmaster:drhatta3@yahoo.com