DRHATTA DOT COM: KONSULTAN HOMEOPATI ONLINE HBI
SINOPSIS BUKU HBI
ESEI-ESEI MILENIUM BARU
[ISBN
983-99179-7-8]
Terbit: 2004 Untuk pertama kalinya, HBI berusaha mendapatkan pengamal-pengamal homeopati lain menulis supaya dapat kami bukukan sebuah buku esei yang disumbangkan oleh pelbagai penulis homeopati. Sayangnya tidak ramai yang ingin menyambut usaha ini. Justeru hanya seorang sahaja pengamal homeopati yang berminat, kami terpaksa terjemah karya-karya penulis Barat dan menjemput Dr. Kamaruddin Musa untuk menyumbangkan karya lain agar ia kelihatan pelbagai. Namun begitu, Esei-esei Milenium Baru ini mempunyai kelebihan sendiri dan informasinya mampu memperkayakan pengetahuan pembaca, khususnya dalam ilmu perubatan homeopati. Perkara ini boleh kita dapati dengan melihat isi kandungannya yang terdiri daripada: * Dr. Burhanudin Tokoh Homeopati Unggul * Dr. Mohammed Yacob: Tokoh Homeopati Selepas Dr. Burhanuddin * Serupa Tetapi Tidak Sama * Penyakit Iatrogenik: Cabaran Alaf Baru * Rare Remedies Dan Kepentingannya * Lidah Pesakit Homeopati * Perubahan Budaya Dalam Penataran Kualiti * Bagaimana Mengajar Materia Medika Dan Terapeutik * Flatulens: Remedi Pilihan Dr. E.B.Nash, & * Perubatan Biokimia Kami percaya jika pembaca memilih beberapa artikel yang disebut di atas sebagai pedoman dalam amalan homeopati, pasti buku ini sesuai disimpan sebagai rujukan amalan dan kajian homeopati. Wa Llahu a’lam. [6 Disember 2018].
2. Homeopati: Perubatan Alaf Baru 4. Penyakit Kanak-Kanak & Rawatan Homeopati 8. Kamus Istilah Perubatan Homeopati 9. Pengantar Falsafah Perubatan Homeopati 10. Simptom-simptom Penyakit Dan Rawatan Homeopati 11. Materia Medika Terapeutik Teew 12. Organon Perubatan Homeopati |
||
© HBI Health & Homoeopathy Centre 2020. | © Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD 2020 (New Version - updated) |