DRHATTA DOT COM: KONSULTAN HOMEOPATI ONLINE HBI

     

SINOPSIS BUKU HBI

 

HOMEOPATI: PERUBATAN ALAF BARU 

[ISBN 983-99179-0-0]

 Terbit: 1999

Buku ini dikeluarkan sebagai susulan buku pertama bagi tujuan melebarkan maklumat mengenai homeopati. Di dalamnya maklumat sejarah dan falsafah ditambah dengan pelopor-pelopor homeopati yang memberi sumbangan bermakna. Turut dimaklumkan ialah tentang penggunaan prinsip 'similia' dalam perubatan modern. Ia juga turut menyarankan supaya ada kerjasama dalam kedua amalan perubatan ini menjelang alaf baru.

Selain sedikit ringkasan tentang percubaan awal homeopati menggunakan komputer, buku ini telah memuat satu artikel penting yang berjudul 'Simptom & Diagnosis', yang juga boleh dicapai dalam sebuah laman sesawang Peranchis, Homeopathe International.

Sebagai sebuah buku kecil, pembicaraan tentang homeopati dan sistem tubuh serta ilmu iridologi amat terbatas. Tetapi pembaca mungkin mendapat manfaat daripada maklumat berkaitan senarai remedi-remedi organ, yang boleh disaran bagi kes-kes yang melibatkan organ.

Satu lagi manfaat bagi pengguna ialah 'Skop Ilmu Perubatan Homeopati' yang disarankan jauh lebih awal sebelum Malaysia mempunyai sebuah universiti bagi melatih para pelajar homeopati di peringkat ijazah. Bersama-sama dengan itu, terdapat senarai sumber literatur homeopati yang asas yang disaran digunakan sebagai rujukan pelajar, khususnya dalam bahasa Inggeris.

Di lampiran pula, tajuk tambahan yang memberikan kelainan ialah petikan kata-kata Dr. Burhanuddin al-Helmy yang dipetik daripada beberapa tulisan beliau sebagai khazanah peninggalan tokoh utama ini buat tatapan pembaca.

Tahniah atas usaha tambahan HBI.

Wa Llahu a’lam. [6 Disember 2018].

 

1. Perubatan Homeopati

2. Homeopati: Perubatan Alaf Baru

3. Penawar Homeopati Pilihan

4. Penyakit Kanak-Kanak & Rawatan Homeopati

5. Rawatan Asas Homeopati

6. Esei-esei Milenium Baru

7. Tip-tip Motivasi Dan Minda

8. Kamus Istilah Perubatan Homeopati

9. Pengantar Falsafah Perubatan Homeopati

10. Simptom-simptom Penyakit Dan Rawatan Homeopati

11. Materia Medika Terapeutik Teew

12. Organon Perubatan Homeopati

 

SINOPSIS

(Harga & Pesanan)

 

   © HBI Health & Homoeopathy Centre 2019.   © Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD 2019  (New Version - updated)

AlloWebmaster:drhatta3@yahoo.com