DRHATTA DOT COM: KONSULTAN HOMEOPATI ONLINE HBI

     

SINOPSIS BUKU HBI

 

PERUBATAN HOMOEOPATI 

[ISBN 983-99179-0-0]

 Terbit: 1997

Ini merupakan buku pertama keluaran HBI dan juga buku pertama tulisan penulis prolifik homeopati iaitu Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD. Buku ini adalah sebuah buku pengenalan yang baik bagi pengguna/pembaca yang berminat untuk mengetahui mengenai perubatan homeopati dan mempelajarinya secara am dan perlahan. Ia bukan sahaja sesuai untuk orang awam bahkan dianggap yang terbaik bagi pelajar yang baru mula berjinak-jinak dengan homeopati.

Di dalam buku ini, pembaca diperkenalkan dengan sejarah perubatan homeopati yang ditemui oleh seorang doktor perubatan konvensional bernama Dr. Samuel Hahnemann yang berasal daripada German. Walaupun, diceritakan secara ringkas tetapi pembaca turut dimaklumkan bagaimana homeopati sampai ke Malaysia serta diperkenalkan oleh Dr. Burhanuddin al-Helmy. Kemudian pengguna dibawa untuk memahami falsafah atau prinsip utama dalam perubatan homeopati.

Selain diperkenalkan dengan cara yang menarik, buku ini berjaya menyalurkan sedikit maklumat berkaitan farmasi serta bagaimana penawar itu dipilih dan kaedah pengambilan penawar. Di mana pada bab berikutnya, pengguna diajar cara-cara membuat rawatan homeopati apabila berhadapan dengan suasana kecemasan, iaitu Rawatan First Aid Homeopati.

Buku ini juga membicarakan beberapa penawar asas homeopati dalam bab memperkenalkan Materia Medika Homeopati. Selain itu, pengguna turut dihidangkan dengan topik 12 garam tisu biokimia homeopati. Pada harga yang sangat murah, buku ini amat berbaloi dibeli untuk disimpan dan dirujuk.

Sementara bagi yang berminat untuk mengetahui hubungan homeopati dari sudut pandangan Islam, bab akhir buku ini ada  membicarakannya secara ringkas. Dan akhirnya, buat pertama kalinya dalam sejarah Malaysia, pada tahun 1997, Malaysia mulai dihidangkan sebuah buku homeopati yang memuatkan 'glosari' penting buat pembaca.

Tahniah HBI. Ini buku paling "meletop" dan masih terngiang-ngiang sambutannya. Apakah ada rancangan untuk Edisi Baru?.

Wa Llahu a’lam. [6 Disember 2018].

 

1. Perubatan Homeopati

2. Homeopati: Perubatan Alaf Baru

3. Penawar Homeopati Pilihan

4. Penyakit Kanak-Kanak & Rawatan Homeopati

5. Rawatan Asas Homeopati

6. Esei-esei Milenium Baru

7. Tip-tip Motivasi Dan Minda

8. Kamus Istilah Perubatan Homeopati

9. Pengantar Falsafah Perubatan Homeopati

10. Simptom-simptom Penyakit Dan Rawatan Homeopati

11. Materia Medika Terapeutik Teew

12. Organon Perubatan Homeopati

13. Panduan Praktikal Perubatan Homeopati

 

SINOPSIS

(Harga & Pesanan)

INDEX UTAMA

   © HBI Health & Homoeopathy Centre 2020.   © Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD 2020  (New Version - updated)

AlloWebmaster:drhatta3@yahoo.com