DRHATTA DOT COM: KONSULTAN HOMEOPATI ONLINE HBI
\ |
||
SINOPSIS BUKU ke 15 terbitan HBI
PERUBATAN HOMEOPATI: TEORI & PRAKTIS
Terbit: 2022 Buku
ini diberi nama Perubatan Homeopati: Teori & Praktis, sebagai satu tajuk
bagi versi baharu buku yang pertama kali kami terbitkan pada tahun 1997,
iaitu Perubatan Homeopati. Di dalam buku yang diterbitkan sempena Sambutan
Jubli Perak buku yang pertama dikeluarkan oleh HBI dahulu, kami upgredkan
bentuk dan kandungannya. Isinya menjadi lebih padat dengan kandungan lebih
dua kali ganda daripada buku terdahulu, diterbitkan dengan saiz yang lebih
besar, mengandungi gambar-gambar berwarna-warni, dan ditambahkan dengan dua
bab khusus berkaitan dengan isu-isu semasa. Kami telahpun ikhtiarkan supaya bahan yang
telah menjadikan buku pertama dahulu istimewa, mudah dan diminati ramai
tidak diketepikan dalam penerbitan buku tahun 2022. Di samping bahannya
dikekalkan, isi-isi yang bermanfaat dan menarik dimasukkan sebagai
penambahbaikan kepada buku yang kekal menjadi kegemaran ramai peminat
homeopati itu. Yang paling menarik ialah, buku ini menjadi sangat relevan kerana ia memasukkan dan membicarakan topik semasa berkaitan pandemik Covid19 dan permasalahan vaksinasi. Pembicaraannya yang melebar termasuk berkaitan remedi-remedi semasa pandemik dan ketika dalam gawat kesan-kesan sampingan vaksinasi akan menarik pembaca sekalian, terutama peminat-peminat homeopati. Saranan penyelesaian isu-isu tertentu yang bersifat semasa merupakan perencah tahap tinggi di mana isu-isu semasa seperti ini belum pernah dibicarakan di dalam mana-mana penerbitan di Malaysia, khususnya daripada kacamata perubatan homeopati. Buku ini pasti sangat berguna dan bersesuaian untuk dijadikan teks bagi pelajar-pelajar tahun satu di institusi pengajian tinggi. Oleh kerana kandungannya yang banyak dengan istilah-istilah khusus homeopati - maka para pembaca awam disaran mengambil sekurang-kurang satu atau dua kursus homeopati melalui persatuan atau mereka yang berkemahiran dalam ilmu perubatan homeopati.
Dengan adanya buku ini, tidak bermakna buku terdahulu
ketinggalan zaman, bahkan buku tersebut masih kekal relevan
sebagai buku rujukan untuk kursus-kursus pengenalan kepada perubatan
homeopati. Kami percaya penerbitan buku Perubatan Homeopati: Teori &
Praktis ini akan menyemarakkan lagi semangat, cinta dan usaha untuk
mendalami ilmu berkaitan perubatan homeopati. 2. Homeopati: Perubatan Alaf Baru 4. Penyakit Kanak-Kanak & Rawatan Homeopati 8. Kamus Istilah Perubatan Homeopati 9. Pengantar Falsafah Perubatan Homeopati 10. Simptom-simptom Penyakit Dan Rawatan Homeopati 11. Materia Medika Terapeutik Teew 12. Organon Perubatan Homeopati
13.
14.
Materia Medika Homeopati
(3 Jilid)
15.
Perubatan Homeopati: Teori & Praktis
|
||
© HBI Health & Homoeopathy Centre 2022. | © Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD 2022 (New Version - updated) |