Muka Depan

Penghargaan

Pendahuluan

Penyusun

Rujukan

 

B

 

A

B

C

D

E

F

G

H

I

J

K

L

M

N

O

P

Q

R

S

T

U

V

W

X

Y

Z

 

 

 

Bach remedies  Remedi-remedi Bach; lih. Bach flower remedies.

Bach flower remedies  Remedi-remedi bunga Dr. Bach; remedi-remedi yang disediakan drpd tumbuh-tumbuhan. Formula bagi sistem yang mengandungi 38 remedi yang diperkenalkan oleh seorang ahli homeopati dan bakteriologis iaitu Dr. Edward Bach pada tahun 1930an.

Backbone  Tulang belakang; satu siri tulang vertebra yg tersusun memanjang dari tengkorak ke bahagian koksiks.

Bacteria  Bakteria, kuman bakteria; organisma mikroskopik.

Bacteriologist  Ahli bakteriologi.

Bacteriology  Bakteriologi, kajian tentang bakteria

Balanitis  Balanitis, inflamasi hujung zakar atau kelentit.

Balanoposthitis  Balanopostitis; inflamasi kulit khatan dan permukaan glans zakar di bawahnya.

Barber's itch  Gatal Barber; inflamasi folikel rambut berpustul dlm kulit di kawasan janggut tumbuh di kalangan kaum lelaki.

Barbiturate  Barbiturat; ubat dadah yg berasal drpd asid barbiturik yg menekan aktiviti sistem saraf pusat, spt Amylobarbitone dan Phenobarbitone. Sebahagiannya digunakan sbg pil tidur, sedatif atau anestatik dlm perubatan alopati.

Barometer  Barometer; alat utk mengukur tekanan atmosfera, seseorang yg sensitif dgn sedikit perubahan atmosfera.

Base  Dasar, bes; ramuan utama bagi salap atau persediaan perubatan lain; bergerak balas dgn asid utk membentuk garam dan air sahaja.

Batch number  Nombor kelompok.

Bazin's disease  Penyakit Bazin; penyakit kulit kronik pada wanita-wanita muda yg dicirikan dgn nodul-nodul yg mengembang di bawah kulit betis, boleh menjadi ulser.

Beat  Denyut; gerakan turun naik (kembang kempis) sesuatu struktur seperti gerakan nadi dan jantung. 

Bedsore  Ulser katil; inflamasi dan ulser yg terjadi pada bahagian anggota yg tertekan pada tilam bg pesakit yg terlantar di atas katil.    

Belching  Sendawa; pengeluaran gas dari gaster melalui mulut yg diiringi dengan bunyi sekali.

Belladonna  Beladona; sejenis tumbuhan yang mengandungi alkaloid beracun, atau dadah yang digunakan bagi membantu masalah kekejangan; Atropa belladona merupakan salah satu penawar polikrest homeopati yg diberi dlm bentuk potensi bagi merawat pelbagai kes termasuk sakit  kekejangan, sakit kerongkong, beguk dan demam skarlet berasaskan simptom.

Belly  Perut; abdomen atau kaviti abdominal.

Bell's palsy  Palsi Bell; edema atau kelumpuhan saraf fasial yg mengakibatkan kelemahan otot pd satu sisi muka.

Benign  Benigna; berkaitan dgn tumor atau penyakit yg tidak malignan atau tidak serius. 

Beri-beri  Beri-beri; penyakit akibat kekurangan vitamin B1. Simptomnya termasuk neuritis, kelumpuhan, edema dan kemerosotan mental.

Bile  Hempedu; cecair berwarna hijau, terasa pahit, yg dirembeskan oleh hati.

Bile acid  Asid hempedu; hasil degradasi kolesterol yg didapati di dlm cecair hempedu. 

Biliary colic  Kolik biliari; sakit kolik akibat pergerakan batu hempedu di dalam duktus hempedu.

Bilious Berhempedu; mengandungi hempedu atau istilah umum bg memerihalkan serangan loya atau muntah-muntah.

Bilirubin  Bilirubin; pigmen berwarna kekuning-kuningan di dalam hempedu.

Biliuria  Biliuria; kehadiran hempedu dalam air kencing atau satu ciri bentuk jaundis tertentu. 

Biochemistry  Biokimia, kimia hayat; biokimia homeopati merujuk kepada penawar-penawar biokimia yang diperkenalkan oleh Dr. Wilhelm H. Schuessler (1821-1898).

Biochemic medicine  Perubatan biokimia; amalan perubatan yang menggunakan terapi garam tisu untuk membaiki gangguan keseimbangan yang berlaku dalam tubuh.

Biochemic remedies  Penawar-penawar biokimia; penawar-penawar garam tisu yang pada asasnya Dr. Schuessler memperkenalkan 12 penawar sahaja; lih. cell salts, schuessler salts, mineral salts.

Bioenergy Tenaga hayat; kuasa penyembuh dalaman yang bersifat ruhani dan mengendalikan tubuh manusia; lih. life force.

Biology  Ilmu kajihayat; pengajian ttg organisma-organisma hidup.

Biopsy Biopsi; tisu yg diambil drpd pesakit untuk diperiksa/analisa.

Bisexual  Dwijantina, berkaitan dgn individu yg mempunyai kedua-dua jenis jantina.

Blackout  Pitam, hilang kesedaran buat seketika akibat kekurangan bekalan darah ke otak.

Blackwater fever  Demam kencing hitam; komplikasi demam malaria yg berbahaya, mungkin akibat pengambilan Quinin yg berlebihan.

Blankette  Blanket; tablet homeopati yang rasanya tawar, lih. diskette.

Blennorrhoea  Blenorhea; lelehan cecair yg banyak, spt drpd uretra atau kedua mata; sebarang discaj drpd membran mukus.

Blepharitis  Blefaritis; radang kelopak mata.

Blepharospasm  Blefarospasma; spasma otot-otot kelopak mata; kedipan yg melampau.

Blister  Lepuh; bahagian kulit yg menggelembung mengandungi mengandungi cecair serus.

Blood  Darah; cecair yang beredar di dalam sistem kardiovaskular yg membekalkan keperluan nutrien ke semua tisu dan membawa bahan buangan keluar.  

Blood disorders  Gangguan darah.

Blood plasma  Plasma darah; bahagian cecair darah yg mengandungi protin plasma, elektrolit, nutrien dan bahan kumuh.

Blood pressure  Tekanan darah; tekanan yg nilainya bergantung pada daya pengepaman jantung, keenyalan dinding arteri dan isipadu darah.

Boils  Bisul; bengkakan pada kulit yg biasanya mengandungi nanah: lih. abcess.

Borax  Boraks; bahan yg disapu secara luaran pada kulit dan membran mukus, digunakan dalam cucian mulut dan hidung, sebagai ubat kumur, losen mata dan dalam bedak bersama asid borik; homeopati menggunakannya sebagai penawar yg mujarab bagi ulser mulut dan lidah, pening dan mabuk.

Borborygmus  Borborigmus; bunyi dlm abdomen akibat gerakan cecair atau gas dalam usus.

Bowel nosodes  Nosod isi perut, nosod usus; nosod yg disediakan drpd agen penyebab atau kultur kuman yang asli spt. Morgan pure, Bacillus no. 7, Gaertner, dan Dys. co.

Bradicardia  Bradikardia; denyutan jantung dan nadi yg perlahan

(hingga kurang drpd 60 denyutan se minit).

Brain  Otak; sebahagian drpd sistem saraf pusat yang terkandung di dalam rongga kranium.

Bruises  Lebam, bengkak,.

Brain death  Kematian otak; kerosakan otak yg ditunjukkan

dgn ketiadaan gerakbalas terhadap semua rangsangan.

Brain stem  Batang otak. 

Brimstone  Brimstone, sulfur; nama lama bg sulphur.

Bronchiectasis  Bronkiektasis; pelebaran bronkus atau cabangnya, akibat pneumonia atau gangguan umum spt fibrosis sistik.

Bronchitis  Bronkitis; radang pada tiub udara atau bronkial.

Bruise  Lebam, memar, menjadi bengkak; bengkak kemerahan atau kebiruan akibat timbunan darah dalam tisu pada kawasan yg tercedera.

Bubo  Bubo; nodus limfa yg bengkak dan radang pd ketiak atau groin, kadangkala menanah.

Bubonic plague  Plag bubonik; penyakit berjangkit yg berpunca drpd ‘Yersenia pestis’ dan ditularkan oleh kutu tikus, dicirikan dgn demam kuat, meracau, koma dan bengkak inguinal; lih. plague.

Bulimia  Bulimia; gangguan pemakanan di mana pesakit memakan dgn berlebihan tanpa berasa puas.

Bunion  Bunion; bengkakan inflamasi pada tisu sendi di antara tulang pertama dgn tulang kedua ibu kaki.

Bufo  Inflamasi kelenjar atau groin; satu nama penawar homeopati bagi merawat simptom epilepsi, konvulsi, mati pucuk dsbnya.

Burn wound  Luka bakar; kecederaan akibat terkena haba spt api dan bahan kimia.

Bursa  Bursa; sak kecil pd tisu berserat yg digariskan dgn membran sinovial dan berisi sedikit cecair.

Bursitis  Bursitis, inflamasi bursa; inflamasi akibat kecederaan, jangkitan atau reumatoid sinovitis yg menghasilkan simptom sakit dan menghadkan pergerakan pada sendi yg berdekatan.

 

 

 

 

 

©2004 -- HBI Health & Homoeopathy Centre
Hakcipta Terpelihara