Muka Depan

Penghargaan

Pendahuluan

Penyusun

Rujukan

 

V

 

A

B

C

D

E

F

G

H

I

J

K

L

M

N

O

P

Q

R

S

T

U

V

W

X

Y

Z

 

 

 

Vaccination  Vaksinasi, penvaksinan; suntikan vaksin utk meng­hasilkan imuniti dan mencegah drpd dijangkiti penyakit.

Vaccine  Vaksin; ampaian yg terdiri drpd mikroorganisma spt bakteria, virus atau riketsia yg diperlemahkan utk digunakan bagi mencegah penyakit berjangkit.

Vaccininum  Nosod vaksin; penawar homeopati yg berguna bg neuralgia, letusan-letusan kulit, ketidak cernaan dan batuk kokol.

Vagina  Vagina, faraj; bahagian bawah trek pembiakan perempuan.

Vaginismus  Vaginismus; spasme faraj yg menyakitkan yg mungkin dialami semasa persetubuhan.

Vaginitis  Vaginitis, inflamasi faraj; inflamasi pd faraj dgn gejala kesakitan dan pengeluaran lelehan yg mungkin bernanah.

Valve  Injap; struktur yg menghalang pengaliran ke belakang satu- satu laluan spt yg terdapat dlm jantung, vena dan salur limfatik.

Valvulitis  Valvulitis; inflamasi sesuatu injap spt injap jan­tung.

Varicose vein  Vena varikos; vena yg mengembung timbul dan ter­pintal.

Varicocele  Varikosele; vena varikos di kawasan skrotum yg menye­babkan kulit skrotum kelihatan kebiru-biruan.

Variola  Cacar; penyakit berjangkit yg disebabkan oleh virus variola, dan mempunyai gejala demam serta ruam yg biasa bermula di tapak tangan.

Vas  Vas, pembuluh; saluran yg mengalirkan cecair tubuh spt darah.

Vasculitis  Vaskulitis; inflamasi pada pembuluh.

Vasectomy  Vasektomi; proses pembuangan vas deferens atau sebaha­gian drpdnya utk memandulkan lelaki.

Vasospasm  Vasospasme; penyempitan arteri halus secara spasmodik.

Vector  Vektor, pembawa; pembawa yg memindahkan agen infektif drpd satu perumah kpd satu perumah yg lain, spt nyamuk yg membawa penyakit malaria.

Vehicle  Pembawa, pengangkut; bahan neutral dan lengai yang digunakan bagi menyediakan ibu larutan atau penawar-penawar berpotensi, atau bahan yang digunakan sebagai jalan supaya dapat memudahkan pesakit menggunakan penawar homeopati.

Vein  Vena; pembuluh darah yg membawa darah yg ternyah-oksigen dari seluruh tubuh ke jantung kecuali vena pulmonari.

Venepuncture  Venepunktur; penusukan yg dilakukan ke atas satu- satu vena.

Venereal  Venereal; berkaitan dgn persetubuhan atau hubungan seks.

Venereal disease  Penyakit kelamin; sebarang penyakit berjangkit yg ditularkan melalui persetubuhan spt gonorea, herpes genital dan sifilis.

Venereology  Venereologi; kajian ttg penyakit kelamin.

Venesection  Veneseksi, flebotomy; bukaan menerusi pembedahan atau tusukan  sesuatu vena utk mengeluar atau memindahkan darah.

Ventricle  Ventrikel, rongga kecil; salah satu drpd ruang bawah jantung.

Venule  Venul; pembuluh darah yg amat kecil yg mengalirkan darah dr kapilari.

Version  Versi; perubahan kedudukan fetus di dlm rahim peranakan, biasanya sengaja dilakukan utk memudahkan kelahiran bayi.

Vertex  Verteks, puncak kepala; bahagian teratas sesuatu struk­tur.

Vertigo  Vertigo, kegayatan, pening; keadaan apabila individu itu merasa­kan seolah-olah sekitarannya berputar atau seolah-olah dirinya yg berputar.

Vesicle  Vesikel, lepuh; kantung atau lepuh kecil yg mengandungi cecair.

Vesiculitis  Vesikulitis; inflamasi pd vesikel.

Vessel  Pembuluh, tiub; saluran yg mengalirkan cecair spt darah (iaitu arteri, vena, kapilari) dan limfa (pembuluh limfa)

Viable  Berdaya hidup; berkeupayaan utk hidup, khususnya merujuk kpd fetus yg telah sampai tahap utk hidup di luar rahim.

Viremia  Viremia; kehadiran virus di dlm darah, biasanya disertai dgn gejala keletihan, demam, lenguh dan sakit-sakit tubuh.

Virgin  Dara, perawan; perempuan yg belum pernah mengalami perhubungan seksual.

Virilation  Virilasi, pemvirilan; pengaruh sifat-sifat seks sekunder lelaki pada perempuan spt pembesaran kelentit, pertumbu­han bulu pd muka dan tubuh, serta mempunyai suara garau.

Virilism  Virilisme, kelelakian; lih. virilation.

Virology  Virologi; kajian ttg virus dan penyakit yg disebabkan oleh virus.

Virus  Virus; organisma halus yg menyebabkan beberapa penyakit spt selsema, campak, beguk, poliomielitis, jelintung dan cacar.

Viscera  Visera; organ di dlm rongga tubuh spt pleura, perikardi­um atau peritoneum.

Vision  Visi, penglihatan.

Visual  Visual; berkaitan dgn penglihatan.

Vital capacity  Keupayaan vital; isipadu gas yg dikeluarkan drpd paru-paru sesudah inspirasi sepenuhnya tercapai.

Vital force Vital Force, kuasa hayat; kuasa atau tenaga yg tidak dapat dilihat tetapi berada di dalam setiap organisma hidup serta menjadi pengantara bagi organisma itu memberi respons mental, emosi dan fizikal; dalam falsafah perubatan homeopati, individu itu sihat apabila kuasa hayat berada di dlm keseimbangan, sementara kehadiran penyakit bagi organisma itu dikatakan berpunca drpd ketidakseimbangan kuasa hayat. 

Vitals  Organ vital; organ tubuh yg penting.

Vitamin  Vitamin; bahan kimia atau organik yg terdapat di dlm makanan dgn jumlah yg sedikit, di mana sedikit juga diperlukan bagi fungsi tubuh berjalan lancar.

Vitiligo  Vitiligo; gangguan pigmentasi yg menyebabkan timbulnya tompok-tompok tanpa pigmen di setengah kawasan kulit.

Vocal cords  Pita suara; dua lipatan membran mukosa yg menonjol keluar dari sisi larinks.

Voluntary muscle  Otot voluntari, otot sengaja; otot yg dapat dikawal oleh fikiran dan kemahuan; lih. striated muscle.

Vomiting  Muntah; tindakan refleks mengeluarkan kandungan gaster melalui mulut.

Vulva  Vulva; kemaluan atau genitalia luar perempuan.

Vulvitis  Vulvitis; inflamasi vulva yg sering diikuti dgn gatal dan rasa sakit.

Vulvovaginitis  Vulvovaginitis; inflamasi vulva dan faraj.

 

 

 

 

 

©2004 -- HBI Health & Homoeopathy Centre
Hakcipta Terpelihara