| 
   | 
  
   
  | 
 
 
| 
      | 
  
  E
   | 
  
      | 
 ||||||||||||||||||||||||||||||||
  
  | 
  
   Ear  Telinga, organ pendengaran.  Earache  Sakit telinga; sakit yg biasanya
  disebabkan inflamasi. Ear drum  Gegendang telinga. Ecchymosis  Ekimosis; bintik perdarahan yg kecil. Eclampsis  Eklampsia; konvulsi dan koma yg berlaku
  semasa seseorang sedang hamil atau selepas bersalin. Eczema  Ekzema; penyakit inflamasi atau
  gatal-gatal pada kulit yg muncul dlm bentuk spt papul, vesikel, lelehan,
  sisik dan keruping.  Embryo  Embrio; haiwan pada peringkat awal
  perkembangan; hasil persenyawaan di antara ovum dgn spermatozoon yg
  berkembang lebih kurang seminggu selepas konsepsi hingga minggu ke lapan. Emesis  Emesis, muntah-muntah. Emetic  Emetik, agen muntah; agen yg menyebabkan
  permuntahan spt Apomorphine,
  Ipecacuanha atau garam.  Emotion  Emosi, perasaan; keadaan bangkitan (arousal) yg dialami sama ada
  menyenangkan ataupun tidak. Emotional symptoms  Simptom-simptom emosi, simptom-simptom
  perasaan. Emphysema  Emfisema; penyakit paru-paru yg ditandai
  dgn penipisan dan kehilangan elastisiti tisu paru-paru, keadaan patologi
  apabila alveolus paru-paru mengembang. Empirical  Empirikal; perihal sistem rawatan yg
  berdasarkan pengalaman atau peninjauan. Empyema  Empiema; pengumpulan nanah di dalam rongga
  tubuh spt dalam paru-paru. Encephalitis  Ensefalitis; inflamsi
  otak yg disebabkan oleh bakteria, virus, parasit atau kecederaan.  Encephaloma  Ensefaloma; kanser medula otak atau atau
  sebarang ketumbuhan otak.  Encephalomyelitis  Ensefalomielitis;
  inflamasi otak dan korda spina. Encephalomyelopathy  Ensefalomielopati;
  sebarang penyakit  atau keadaan
  patologi pada otak dan korda spina. Endemic  Endemik; penyakit yg tersebar di kawasan
  tertentu atau di dalam satu-satu komuniti. Endemiology  Endemiologi; kajian ttg semua faktor yg
  berkaitan dgn penyakit endemik. Endocarditis  Endokarditis; inflamasi
  endokardium dan injap-injap jantung, mungkin disebabkan oleh infeksi mikrob,
  demam reumatik atau penyakit vaskular kolagen. Endocardium  Endokardium; membran nipis yg mengalas
  jantung dan berterusan dgn pelapik arteri dan vena. Endocrine  Endokrin; berkaitan dgn perembesan hormon
  oleh sesuatu organ atau struktur secara terus ke dalam darah atau limfa.  Endocrine gland  Kelenjar endokrin; kelenjar
  yg menghasilkan satu atau lebih hormon dan merembeskannya terus ke dalam
  aliran darah, spt kelenjar tiroid, paratiroid dan adrenal. Endocrine system  Sistem endokrin; lih. endocrine.  Endocrinology  Endokrinologi; kajian
  ttg sistem endokrin dan peranan sistem tersebut dalam fisiologi dan patologi
  tubuh. Endocrinopathy  Endokronopati; kelainan yg disebabkan oleh
  gangguan  rembesan hormon, spt.
  diabetes melitus yg kekurangan insulin. Endogenous  Endogenus; berkaitan dgn sesuatu yg
  berasal drpd dalam organisma. Enlarged tonsil  Bengkak tonsil. Endometriosis  Endometriosis;
  kewujudan tisu endometrium yg tidak neoplastik di berbagai tempat, spt. pada
  ovari. Endometritis  Endometritis, inflamasi
  endometrium.  Enema  Enema; injeksi cecair  ke dalam rektum yg biasanya dilakukan
  dalam merawat sembelit.  Energy  Tenaga, keupayaan membuat kerja. Enteritis  Enteritis; inflamasi usus khususnya usus
  kecil yg mempunyai simptom cirit-birit. Enuresis  Enuresis, kencing malam. Enzyme  Enzim; protein yg dihasilkan oleh sel yg
  bertindak sebagai pemangkin dlm tindak balas biokimia. Epidemic  Epidemik, wabak; penyakit yg merebak kpd
  semua orang pada satu masa di satu kawasan. Epidemiology  Epidemiologi; kajian
  ttg berbagai faktor yg menyebabkan timbul dan tersebarnya penyakit dlm
  sesuatu kawasan.  Epidermis  Epidermis; lapisan kulit paling luar. Epigastrium  Epigastrium; kawasan paling tengah
  bahagian atas abdomen iaitu di sudut sternum.  Epiglotis  Epiglotis; struktur rawan berserat yg
  berfungsi menutup bukaan larinks semasa proses menelan makanan. Epilepsy  Epilepsi; gangguan sementara fungsi otak
  yg dicirikan dgn konvulsi dan tidak sedar diri.  Epimenorrhagia  Epimenoragia; haid yg
  terlalu kerap yg diiringi dgn pengeluaran darah yg banyak. Epimenorrhea  Epimenorea; kedatangan
  haid yg terlalu sering dan tidak teratur dgn jangka masa kitar kurang drpd 28
  hari. Epistaxis  Epistaksis, hidung berdarah; lih. nosebleed.  Epithelioma  Epitelioma; kanser epitelium yg boleh
  terdapat pada kulit, esofagus dan organ luar genitalia. Epithelium  Epitelium; lapisan sel yg melapik
  permukaan dalam dan luaran tubuh. Equilibrium  Keseimbangan; keseimbangan adalah suatu
  keadaan di mana tubuh badan berada dalam keadaan sihat tanpa gangguan. Erection  Ereksi; keadaan struktur yg menjadi keras
  dan tegang spt. zakar.   Ergonomics  Ergonomiks, kajian ttg manusia dan
  kerjanya.  Ergophobia  Ergofobia, sangat takut pada kerja.  Ergot  Ergot; dadah yg diguna bg menghasilkan
  kontraksi uterus dan mengawal pendarahan selepas bersalin.  Eroticism  Erotisisme; naluri atau keinginan seks. Eruption  Erupsi, letusan; lesi yg muncul pd
  permukaan kulit dan dicirikan dgn penonjolan dan kemerahan.  Erysipelas  Erisipelas, kenan; infeksi kulit oleh
  streptococci. Erythema  Eritema; kulit kemerahan akibat kongesi
  kapilari. Esophagitis  Esofagitis, inflamasi esofagus. Etiology  Etiologi; kajian ttg sebab-musabab
  penyakit.  Eugenics  Eugenik; kajian ttg perwarisan.  Euphoria  Euforia; keriangan yg berlebihan atau
  abnormal.  Eurhythmia  Euritmia; rentak nadi atau jantung secara
  regular (normal). Euthanasia  Eutanasia; perbuatan mematikan pesakit yg
  menanggung azab penyakit yg tidak dapat disembuhkan lagi.  Examination  Pemeriksaan. Excoriation  Ekskoriasi; kehilangan lapisan permukaan sesuatu
  struktur spt struktur kulit akibat digaru atau dicakar.  Excrement  Kumuhan; bahan buangan yg dikeluarkan drpd
  tubuh. Excreta  Eksreta; sebarang bahan sisa yg dikeluarkan
  dari tubuh, terutamanya feses.  Excretion  Eksresi, kumuhan; pembuangan
  bahan-bahan sisa metabolisme drpd tubuh, spt melalui ginjal, kelenjar peluh,
  paru-paru dsbnya. Excretory organs  Organ perkumuhan Excretory system  Sistem perkumuhan Excretory tissues  Tisu perkumuhan Exercise  Senaman, latihan, gerakan fizikal, riadah. Exhalation  Penghembusan; perbuatan bernafas di mana
  udara drpd paru-paru keluar melalui mulut dan hidung.  Exhaustion  Tersangat letih. Exhibitionism  Ekshibisionisme;
  penonjolan tubuh atau sebahagian tubuh dgn tujuan merangsang perasaan ghairah
  pada sesorang. Exogenous  Eksogen, berkaitan dgn bahan yg berpunca
  dari luar tubuh.  Exogenous toxins  Toksin eksogenus; lih. toxins. Expansion  Pengembangan.   Expectorant  Ekspektoran, agen yg menggalakkan
  pengeluaran mukus dan cecair dari peparu, bronkus dan trakea.  Expectoration  Ekspektorasi, proses
  mengeluarkan cecair, mukus atau kahak dgn membatukkan atau meludahkannya. Expiration  Ekspirasi, proses menghembuskan nafas atau
  mengeluarkan udara dari peparu. Expired air resuscitation  Resusitasi
  hembusan udara Experiment  Eksperimen,
  ujikaji, percubaan; penyelidikan dan usaha utk mengetahui (mempastikan)
  sesuatu. Dalam ilmu perubatan homeopati eksperimen dibezakan dengan ujibukti;
  lih. proving. Extension  Ekstensi, gerakan yg terhasil drpd otot
  ektensor berkontraksi.  Extrauterine pregnancy  Kehamilan ekstrauterus,
  kehamilan luar uterus.   Extraction  Pengekstraktan, perahan; merujuk kpd
  ekstrak bahan asal untuk dijadikan penawar, atau dlm situasi lain merujuk
  pembuangan sebahagian drpd tubuh melalui pembedahan.  Extremity  Ekstremiti; anggota kaki tanga. homeopati
  menggunakan perkataan ekstremiti bagi merujuk kpd simptom-simptom pada
  anggota kaki dan tangan.   Extrinsic  Ekstrinsik; berkaitan dgn sesuatu yg
  berasal dari luar atau bertempat di luar.  Extrovert  Ekstrovert; orang yg lincah dan peramah,
  berminat terhadap persekitaran dan suka bergaul dgn orang lain. Exudate  Eksudat; bahan spt cecair, sel dan
  puingnya yang meresap keluar dari pembuluh darah dan terkumpul di dalam atau
  di permukaan tisu.  Exudation  Pancutan, pengeksudantan, pengaliran
  keluar. Eye  Mata. 
   Eyeball  Bola mata; badan mata yg bentuknya spt sfera Eyelid 
  Kelopak mata; penudung perlindungan mata yg terdiri drpd kulit, otot
  dan tisu perantara. Eye tooth 
  Gigi mata; lih. canine. Eyestrain  Mata lesu, keletihan mata; kelesuan yg
  timbul akibat penggunaan mata utk membuat kerja dalam jarak dekat terlalu
  lama.     | 
  
      | 
 ||||||||||||||||||||||||||||||||
| 
      | 
  
      | 
  
      | 
 ||||||||||||||||||||||||||||||||
©2004 -- HBI Health & Homoeopathy
Centre
Hakcipta Terpelihara