|
F
|
|
||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Facial Fasial, berkaitan dgn muka. Fahrenheit scale Skala fahrenheit; skala
di mana suhu mendidih pada 212 0F dan suhu beku 32 0F;
lih. Centigrade temperature. Failure Kegagalan; ketidakupayaan organ atau
struktur tubuh untuk berfungsi. Fainting Pengsan; pitam, hilang kesedaran buat
sementara disebabkan tidak cukup darah sampai ke otak. Fallopian tube Tiub fallopio; saluran
yg menghubungkan antara ovari dgn rahim. False rib Tulang rusuk sampingan, lima pasang tulang
rusuk yg bawah yg tidak berhubungan secara langsung dgn sternum. Family Keluarga; berkaitan dgn pertalian darah
daging yg sama. Farsightedness Rabun dekat,
hipermetropia: tidak dapat melihat objek dekat dgn terang. Fascia Fascia, lapisan tisu perantara yg terdiri
drpd tisu serat yg menyelaputi otot tertentu. Fat Lemak, gemuk; . Fatal Dose Dos fatal; dos yang memberi kesan toksik
atau membawa kematian. Fatigue Lesu,
letih, penat; kehilangan daya utk bergerak balas terhadap sesuatu
rangsangan. Fauces Fauses; ruang di bahagian belakang mulut
hingga ke farinks iaitu tekak. Fear Takut, respons emosi kepada keadaan bahaya.
Feces Tinja, isi perut, najis; bahan buangan
dari usus yg antara lain terdiri drpd makanan yg tidak tercerna serta
bakteria. Felon Felon; lih. whitlow. Feminism Feminisme, pemilikan ciri-ciri wanita oleh
si lelaki. Feminization Pewanitaan, pengaruh
normal ciri-ciri kewanitaan; perkembangan cirri-ciri seks sekunder perempuan
pd orang lelaki. Femur Femur, tulang paha, tulang yg memanjang
dari pelvis ke lutut. Fermentation Fermentasi, penapaian. Fertile Subur; keupayaan reproduksi atau
menghasilkan anak. Fetus Fetus; bayi di dalam rahim; anak selepas
peringkat embrio, anak dalam masa tujuh minggu selepas persenyawaan hingga
saat kelahiran. Fever Demam; peningkatan suhu tubuh yg melebihi
normal dan biasanya beserta dgn peningkatan kadar pernafasan dan denyutan
jantung. Fiber Serat; struktur berserabut yg terdiri drpd
fibril. Fibril Fibril, filamen atau serat halus. Fibrin Fibrin; sejenis protein serat yg tidak larut
yg terbentuk drpd fibrinogen di dalam plasma darah semasa proses
penggumpalan. Fibroid Fibroid; tumor benign pada rahim. Fibroma Fibroma; tumor benigna yg terdiri dr tisu
serat. Fibrosis
Fibrosis; pembentukan tisu berserat pada sesuatu struktur atau organ akibat
degenerasi atau kecederaan. Fine tremor Tremor halus; tremor yg getarannya berlaku
sangat cepat dan halus. Filtration Penurasan, filtrasi, penyaringan,
penapisan. First aid Pertolongan cemas. Fissure Fisur; rekahan sesuatu struktur. Fistula Fistula; saluran abnormal yg menghubungkan
rongga di antara satu organ dgn organ yg lain. Fits Sawan, konvulsi; serangan tiba-tiba,
pergerakan aktiviti motor secara tidak terkawal. Flaccid Flaksid, tidak tegar, lemah, lembut.. Flatulence
Kekembungan, kesenakan, flatulens; kembung, angin atau gas yg berlebihan
dalam perut atau usus. Fluid Bendalir; bahan yg mengalir spt cecair,
gas atau pepejal. Flush Muka merah. Flutter Fluter; denyutan atau getaran yg cepat. Flux Fluks; pengaliran sesuatu bahan secara
berlebihan; pengeluaran cecair spt disenteri. Fluxion potency Potensi fluks; potensi
di mana bahan tidak larut diubah kepada potensi likuida atau cecair Focus Fokus, titik penumpuan spt sinar cahaya
atau gelombang bunyi. Folliculitis Folikulitis, inflamasi
folikel rambut atau sebarang folikel lain.
Fomentation Penuaman, rawatan
inflamasi dgn bahan yg suam dan basah pada bahagian tubuh utk mengurangkan
inflamasi dan rasa sakit. Fontanelle Fontanel, ubun-ubun. Food poisoning Keracunan makanan;
serangan gastroenteritis oleh bakteria dan toksinnya secara akut selepas
memakan makanan tercemar. Foot Kaki; bahagian anggota bawah selepas
pergelangan kaki. Forceps Forseps; penyepit yg digunakan utk
memegang tisu, pembalut steril dan bahan-bahan lain semasa pembedahan. Forceps delivery Kelahiran forseps;
kelahiran bayi dari rahim secara memegang kepala bayi dgn forseps tanpa
mencederakan bayi dan ibu. Forearm Lengan bawah; anggota di antara siku dgn
pergelangan tangan. Forehead Dahi; bahagian muka di atas mata. Forensic medicine Perubatan forensik;
aspek perubatan yg berkaitan dgn undang-undang dan mahkamah. Formication Formikasi; sejenis kederiaan abnormal atau
perasaan seolah-olah serangga merayap di atas tubuh badan. Fracture Fraktur, retakan, pecahan; retak atau
patah tulang. Fragility Kerapuhan; sifat mudah rosak. Freezing Beku. Frequency of dosage Kekerapan dos. Frons Dahi; lih. forehead. Frontal Frontal; berkaitan dgn dahi. Frost bite Frosbit; kecederaan pada tisu atau keadaan
yg disebabkan terdedah kepada udara sejuk terlalu lama. Function Fungsi; tindakan normal dan khusus bagi
sesuatu spt sel, tisu dan organ. Functional disorder Gangguan fungsi; Keadaan
pesakit yg merungut ttg simptom-simptom atau gejala-gejala, yg mana tiada
sebab fizikal dapat ditemui (dlm amalan alopati), lantas memungkinkan dirujuk
kpd psikiatri; bdgkan dgn organic disorder. Fundus Fundus, dasar sesuatu organ atau bahagian
organ berlumen yg terjauh dari bukaannya. Fungus Kulat; tumbuhan ringkas yg tiada klorofil
pigmen hijau. Fur Deposit yg terbentuk di atas lidah. Furuncle Furunkel, bisul; bengkakan bernanah pada
kulit yg terjadi akibat infeksi setempat pada satu folikel rambut; lih. boil. Fusion Pertaupan; percantuman di antara dua struktur atau imej yg berhampiran. |
|
||||||||||||||||||||||||||||||||
|
|
|
||||||||||||||||||||||||||||||||
©2004 -- HBI Health & Homoeopathy
Centre
Hakcipta Terpelihara