|
R
|
|
||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Rabies Rabis, penyakit anjing gila; penyakit
berjangkit yg diakibatkan oleh sejenis virus RNA yg lazimnya menjangkiti
manusia melalui gigitan haiwan karnivor spt anjing yg terinfeksi oleh virus
berkenaan, dan ia boleh membawa maut. Radiation Radiasi; sinaran yg dalam dosej tertentu
boleh digunakan bagi merawat sesetengah penyakit. Radiology Radiologi; kajian ttg tenaga sinaran dan
bahan yg mengeluarkan sinaran tertentu, yg digunakan dlm diagnosis dan rawatan
penyakit. Radiotherapeutic Radioterapeutik;
penggunaan sinar-X atau radium sebagai rawatan; lih. therapy, occupational therapy. Radiotherapy Radioterapi; kaedah
merawat penyakit dgn menggunakan sinaran ion tertentu, spt radium. Radius Radius; tulang lengan yg bermula drpd siku
ke pergelangan tangan. Ranula Ranula; Tumor bersista atau
pembengkakan di bawah lidah kerana
sekatan pada kelenjar air liur. Rash Ruam, letusan kulit; sebarang bintat pada
permukaan kulit yg sementara dan pelbagai bentuk, spt. urtikaria. Rat-bite fever Demam gigitan tikus;
penyakit berjangkit yg menjangkiti manusia menerusi gigitan tikus yang telah
dijangkiti, di mana bekas gigitan tersebut mengalami inflamasi, membengkak,
mengeras, terasa sakit dan berwarna gelap. Rational Rasional; berdasarkan logik atau
kewarasan. Raynaud's disease Penyakit Raynaud;
gangguan sirkulasi yg dicirikan oleh kepucatan atau warna kebiru-biruan di
hujung anggota khususnya di hujung jari tangan atau kaki dan kadang kala di
telinga serta hidung. Rauwolfolia Rauwolfolia; dadah yg dapat menurunkan
tekanan darah dan boleh menyebabkan kerehatan pada minda dan badan; salah
satu penawar dlm homeopati yg berguna bg mengawal tekanan darah tinggi dan
masalah sistem saraf pusat. Reaction Reaksi, respons, gerak balas; gerak balas
terhadap stimulus atau kesan yg dihasilkan oleh suatu alergean. Rectalgia Rektalgia, sakit rektum. Rectum Rektum; bahagian hujung usus besar, iaitu
enam inci ke bawah drpd trek intestin yg berhubung dgn anus. Recurrent Rekuren, muncul semula; berkaitan dgn
penyakit yg muncul semula setelah reda beberapa ketika, penyakit berulang. Red blood cell Sel darah merah; sel
darah yg mengandungi hemoglobin. Referred pain Sakit rujukan; sakit di
mana-mana bahagian atau yg dirasai oleh tubuh badan yg disebabkan oleh
penyakit atau sakit di tempat lain. Reflex Refleks; tindakan atau pergerakan tak
voluntari yg dicetuskan oleh rangsangan dari tempat lain di dalam atau pada
permukaan tubuh. Regeneration Regenerasi; pertumbuhan
semula atau pemulihan bahagian tubuh Regimen Regimen; haluan terapi utk memperbaiki
kesihatan yg dilengkapkan dgn suatu siri penawar, amalan diet dan aspek lain
yg membantu kesihatan. Regurgitation Regurgitasi, muntah; mengeluarkan bahan yg belum tercerna dr
gaster ke mulut Rehabilitation Pemulihan;
mengembalikan semula kecergasan orang cacat atau sakit Reiter's syndrome Sindrom Reiter;
penyakit khusus lelaki yg dicirikan dgn cirit-birit beserta uretritis,
konjunktivitis dan poliartritis. Reichman's disease Penyakit Reichman;
keluaran gastrik yg lebih secara berterusan Relapse Relaps, kambuh; gejala penyakit yg muncul
semula sesudah kelihatan hampir sembuh selepas beberapa minggu. Relapsing fever Demam relaps, demam
kambuh; Demam yg sudah sembuh tetapi muncul semula selepas beberapa minggu,
atau penyakit di mana masa demam berselang seli dgn masa suhu normal. Relaxant Relaksan; agen yg mengurangkan tekanan
atau ketegangan, khususnya otot. Relaxation Istirehat, pengurangan tekanan, pengenduran;
pengurangan ketegangan pd suatu otot yg berlaku apabila otot itu berhenti
mengecut.. Remedy Remedi, penawar; dalam homeopati ia merujuk
kpd satu-satu ubat atau penawar yg digunakan berasaskan keserupaan simptom
dlm menyembuhkan penyakit; bdgkan drug, medicine; lih. homoeopathic remedy. Remedies curative power Kuasa kesembuhan penawar. Remission Remisi, meredakan; pengurangan gejala
sesuatu penyakit. Remitten fever Demam remiten; demam
dlm keadaan suhu tubuh berubah-ubah dgn ketara, tetapi sentiasa melebihi suhu
normal tubuh. Ren Ginjal, buah pinggang. Renal Renal; berkaitan dgn ginjal. Renal anuria Anuria ginjal;
kegagalan ginjal merembeskan air kencing walaupun tekanan penurasan di dalam
glomerulus mencukupi dan ureter didapati tidak terhalang; lih. anuria. Renin Renin; suatu bahan yg dibebaskan ke dlm
darah oleh ginjal sbg gerak balas terhadap tekanan jiwa. Reovirus Reovirus; sekumpulan virus DNA yg ditemui
pada kanak-kanak yg mengalami penyakit pada salur pernafasan dan usus. Repertorising Pengrepertorian; menyelidik penawar
seraksi dengan menggunakan repertori. Repertory Repertori;
indeks secara abjad yg menyenaraikan semua remedi-remedi yg menghasilkan
simptom-simptom tertentu atau yg telah menunjukkan kejayaan menyembuhkan
simptom tersebut. Repertory abbreviations Kependekan repertori; kependekan
istilah atau senarai penawar yg digunakan di dalam repertori. Repetition of doses Dos-dos yang diulang, pengulangan dos;
dos yg diberi secara ulangan mengikut garis panduan homeopati. Repression Represi; situasi pesakit mengelakkan diri
drpd menghadapi sesuatu masalah dgn memendamkan masalah tersebut drpd
pemikiran sedar kpd pemikiran subsedar. Reproductive system Sistem pembiakan;
kombinasi organ dan tisu berhubungan dgn proses pembiakan. Rescue remedy Penawar Rescue remedy;
salah satu dari penawar-penawar Flower
remedy Dr.bach yg terdiri drpd remedi Cherry
plum, Clematis, Impatiens, Rock rose dan Star of Bethlehem; lih. Dr. Bach flower remedy. Residue Sisa, baki; apa yg tinggal selepas
dibuangkan. Residual urine Air kencing baki; isi
padu air kencing yg tertinggal di dalam pundi kencing yg tidak dapat
dikeluarkan secara sengaja. Residual volume Isipadu baki; isi padu
udara yg masih tinggal di dalam peparu yg tidak dapat dikeluarkan selepas
ekspirasi maksimum. Resistance Rintangan; kemampuan mempertahankan diri
drpd penyakit. Resolution Keredaan; pengurangan keadaan sesuatu
penyakit spt. berkurangnya keradangan atau inflamasi. Resonance Resonans; pemanjangan dan penguatan bunyi
yg dipancarkan ke dalam rongga, terutama bunyi yg dijanakan dgn paluan alat
bunyian. Respiration Respirasi, pernafasan; aktiviti di mana
udara disedut dan dihembuskan semula dari paru-paru. Respiratory Respiratori, pernafasan; berkaitan dgn
pernafasan. Respiratory failure Kegagalan pernafasan;
keadaan apabila pertukaran gas oksigen dan karbon dioksida berhenti kerana
sebab-sebab tertentu, dan mengakibatkan oksigen tidak dapat dibekalkan ke
tisu. Respiratory system Sistem pernafasan;
sistem tubuh yg terdiri drpd peparu dan saluran udara serta terlibat dalam
proses pertukaran oksigen dan karbon dioksida. Response Gerak balas; sebarang manifestasi termasuk
gerakan yg terjadi akibat terdedah kpd sesuatu rangsangan. Rest Rehat; masa
ketiadaan aktiviti. Resuscitation Resusitasi; respirasi
tiruan yg digunakan utk memulihkan pernafasan selepas seseorang itu lemas,
terkena kejutan elektrik atau sebarang keadaan yang mengganggu pernafasan. Retained placenta Uri tertinggal; uri yg
terlekat atau terperangkap di dalam rahim kerana pengkontraksian rahim yg
tidak tetap dan mengakibatkan plasenta tersebut tidak dapat tertolak keluar. Retardation Kebantutan, rencatan; perlambatan sesuatu
proses atau menyebabkan terbantut. Retch Jeluak; pengeluaran bunyi dari kerongkong
secara tidak sengaja diikuti dgn gerakan otot seolah-olah hendak muntah
tetapi tidak keluar. Retching Rasa menjeluak; usaha utk muntah yg tidak
memuaskan. Retention Retensi, pengekalan, pembendungan; penahanan
atau penyimpanan bahan-bahan yg biasanya dikumuhkan di dalam tubuh. Retention of urine Retensi air kencing;
keadaan apabila pembuangan air kencing tertahan kerana gangguan saraf pada
pundi kencing. Retina Retina; bahagian mata yg menerima imej dan
berhubungan dgn otak menerusi saraf optik. Retinitis Retinitis, inflamasi retina; keadaan yg
merosakkan penglihatan dgn menimbulkan edema, eksudat dan kadangkala perdarahan
pada retina. Retro- Belakang; menunjukkan kedudukan sesuatu
struktur di belakang struktur lain. (Retrocolic: Belakang kolon;
Retronasal: Belakan hidung). Retroflexion Retrofleksi;
kebengkokan sesuatu organ sehingga bahagian atasnya terlipat ke belakang. -Rhagia Pendarahan, Rhesus factor Faktor Rhesus; antigen
yg terdapat di permukaan sel darah manusia. Rheumatic endocarditis Endokarditis reumatik;
endokarditis yg mungkin terjadi akibat demam reumatik; lih. endokarditis. Rheumatic fever Demam reumatik; demam
atau penyakit yg melibatkan sendi, kulit dan kadangkala jantung yg dipercayai
disebabkan reaksi alergik terhadap bakteria tertentu. Rheumatism Reumatisme; penyakit yg dicirikan dgn
pembengkakan atau inflamasi struktur tisu perantara khususnya otot dan sendi
yg diiringi dgn rasa sakit. Rheumatoid arthritis Artritis reumatoid:
penyakit sendi kronik di mana inflamasi membran sinovium dan struktur sendi
boleh mengakibatkan kecacatan pada sendi serta ankilosis. Rheumatoid factor Faktor reumatoid;
protein dalam darah kebanyakan penyakit artritis reumatoid dan penyakit-penyakit
yg berkaitan. Rhinalgia
Rinalgia, sakit hidung. Rhinitis Rinitis; inflamasi lapisan atau membran
mukus hidung. Rhinology Rinologi; cabang perubatan yg mengkaji
hidung dan penyakit yg berkaitan dgnnya. Rhinorrhea Rinorea; lelehan mukus cair hidung. Rhinorrhagia Rinoragia, hidung
berdarah, lih. epistaksis. Rhus tox Penawar drpd sejenis tumbuh-tumbuhan;
homeopati mengguna khasiatnya dlm bentuk potensi bagi simptom-simptom yg
berkaitan dgn reumatisme, terik-regang tendon dan sendi, lumbago, skiatika
dan herpes pada bibir mulut; lih. poison ivy. Rib Tulang rusuk; 12 pasang tulang yg
bertempat di dada di mana setiap satunya bermula dari belakang hingga ke arah sternum di bahagian depan dada. Riboflavin Riboflavin; salah satu drpd vitamin B
kompleks yg terdapat di dalam sayuran hijau, yis dan hati, di mana kekurangan
vitamin ini mengakibatkan penyakit pelagra. Rice water stool Tinja air beras; tinja
atau najis yg sangat cair dan kelihatan berbuih-buih spt air basuhan beras dgn
gumpalan putih terapung, biasanya didapati dlm penyakit kolera. Rickets Rikets; penyakit yg disebabkan kekurangan
vitamin D, yg biasanya diiringi dgn gangguan tulang menjadi lembut. Rigidity Kekakuan; satu gejala parkinsonisme. Rigor Rigor; serangan menggigil secara mendadak
dan berasa sejuk (seram sejuk) yg diiringi dgn kenaikan suhu, menandakan
permulaan demam. Ringworm Kurap; penyakit kulit yg ditandai dgn
tompok-tompok berpigmen akibat drpd infeksi fungus. Ritter's disease Penyakit Ritter; inflamasi
kulit teruk di kalangan bayi. Rosacea Rosasea; penyakit kulit di muka di mana
terdapat kemerahan yg kekal pada hidung dan pipi. Rose fever Demam Ros, demam jerami. Roundworm Cacing bulat; sekumpulan cacing yg
berbentuk silinder tanpa segmen serta hujung badan yg menirus. Rubella Rubela, campak German; penyakit akut yg
dicirikan dgn tompok-tompok makul merah pada kulit disertai gejala demam ringan,
artralgia, rinorea dan pembesaran nodus limpa. Rubeola Rubeola, campak; lih. measles. Rubrics Rubrik, petunjuk; simptom yang
disenaraikan dlm sesebuah repertori. Setiap rubrik akan diikuti oleh
sekumpulan penawar yang dapat menghasilkan simptom tersebut pada diri orang
yg sihat atau melegakan simptom tersebut dlm diri orang yg sakit. Rupture Ruptur, pecah; letusan sebahagian atau pemecahan satu organ ataupun tisu; lih. hernia. |
|
||||||||||||||||||||||||||||||||
|
|
|
||||||||||||||||||||||||||||||||
©2004 -- HBI Health & Homoeopathy
Centre
Hakcipta Terpelihara