| 
   | 
  
   
  | 
 
 
| 
      | 
  
  G
   | 
  
      | 
 ||||||||||||||||||||||||||||||||
  
  | 
  
   Gait  Lenggok, lenggang, gaya jalan seseorang;
  lih. ataxia. Gall bladder  Pundi hempedu; sak
  berbentuk pir yg terletak di bawah lobus kanan hepar tempat hempedu disimpan. Gallstone  Batu hempedu, batu karang dlm hempedu;
  ketulan  keras (mendapan kolesterol
  atau kalsium karbonat) spt batu yg terbentuk di dlm pundi hempedu. Gamete  Gamet; sel jantina yg matang. Ganglion  Ganglion; tumor benigna  bersista yg terjadi pada kawasan
  sendi  atau tendon. Gangrene  Gangren, penyakit kelemayuh, kereputan
  tisu tubuh; kereputan tisu tubuh akibat terputusnya bekalan darah. Gargle  Ubat kumur, berkumur; larutan berubat yg
  digunakan utk mencuci mulut dan tekak; mencuci bahagian dalam mulut dan tekak
  dengan cecair secara menahan nafas. Gaster  Gaster, perut; salur pencernaan yg
  terletak di antara esofagus dgn duodenum. Gastralgia  Gastralgia, sakit perut; kesakitan dlm
  gaster.  Gastrektomy  Gastrektomi; pembuangan atau pemotongan
  sebahagian atau seluruh gaster secara pembedahan. Gastric  Gastrik, pedih hati, berkenaan dgn perut. Gastric  juice 
  Jus gaster; cecair yg dirembeskan ke dalam lumen gaster oleh sel
  mukosa gaster serta mengandungi asid hidroklorik dan enzim pencerna. Gastritis  Gastritis, inflamasi dinding perut;
  inflamasi mukosa gaster yg mungkin disebabkan oleh pengambilan makanan yg
  tidak sesuai, tekanan emosi atau bakteria.  Gastro-  Gaster. Gastrocele  Gastrosele; hernia pada gaster. Gastrocolic  Gastrokolik; berkaitan dgn gaster dan
  kolon. Gastroenteritis  Inflamasi bahagian
  gaster dan usus. Gastropathy  Gastropati; penyakit yg
  terdapat pada gaster dan usus. Gastrorrhagia  Pendarahan gaster. Gel  Gel, agar-agar; koloid yg agak kental yg
  menyerupai gelatin. Gelatin  Gelatin; protein yg diperolehi drpd
  kolagen yg terdapat pd kulit, tisu perantara, tulang dan rawan haiwan. Gemmotherapy  Gemoterapi; satu bentuk terapi
  penyaliran moden yg asalnya diperkenalkan di Perancis pd tahun 1965.  Gender  Jenis jantina; kategori seks lelaki atau
  perempuan. Gene  Gen, baka; unit biologi yg terdiri drpd
  nukleoprotein yg menentukan baka atau ciri keturunan. General anesthesia  Anestesia am, anestesia
  umum. General pathology  Patologi umum.                                                                    General symptoms  Simptom-simptom umum; terdiri drpd simptom-simptom
  umum mental (mental generals)
  dan  simptom umum fizikal (physical generals); bdgkan dengan particular
  symptoms; lih. mental
  generals, physical generals.  Generation  Generasi, keturunan; peringkat sejarah
  keluarga.  Genesis  Asal-usul, kejadian; titik permulaan atau
  asal usul sesuatu. Genetic  Genetik, mengenai baka; kajian tentang
  keturunan atau baka. Genital  Genital, kemaluan; berkaitan organ seks. Genitalia  Genitalia, organ pembiakan. Genu  Lutut atau sebarang struktur yg membengkok
  spt lutut.  Genus  Jenis; klasifikasi biologi, kategori
  taksonomi yg merujuk pd sekumpulan hidupan yg mempunyai ciri atau bentuk yg
  hampir sama.. Geriatrician  Ahli geriatrik, ahli
  kajiuzur. Geriatrics  Geriatrik, uzur; cabang perubatan yg
  mengkaji perawatan dan penyakit orang tua. Germ  Kuman; organisma yg menyebabkan penyakit
  atau menjangkiti manusia.  Germicide  Germisid, racun kuman; agen yg membunuh
  kuman.  Gerontology  Gerontologi, kajiusia tua. Gestation  Gestasi, kehamilan, pengandungan; tempoh
  perkembangan janin pada haiwan. Gingiva 
  Gingiva, gusi; lapisan tisu perantara yg padat dan membran mukus di
  atasnya menutupi alveolar dan leher gigi Gingivitis  Gingivitis, inflamasi gusi; inflamasi yg
  hanya melibatkan tisu gingiva. Girdle  Pelingkung, bengkung; susunan tulang yg
  mengepung atau membengkok. Gland  Kelenjar; organ atau sekumpulan sel yg
  khusus utk mensintesis dan merembeskan cecair tertentu, samada utk penggunaan
  dlm tubuh atau utk perkumuhan. Glans  Glans; jisim yg kecil dan bulat. Glans penis  Kepala zakar. Glaucoma  Glaukoma; penyakit mata di mana terdapat
  tekanan yg tinggi di dalam biji mata dan menyebabkan biji mata terasa keras
  dan sakit. -glia  glia; tisu
  perantara khusus dlm system saraf pusat. Glioma  Glioma; tumor pada sel saraf. Globule  Globul; pil yg bulat spt guli, biasanya
  diperbuat drpd gula tebu, sedikit sekali menggunakan gula susu. Dijadikan sbg
  perantara asas dalam menyampaikan penawar homeopati kepada pesakit. Globulin  Globulin; nama bagi satu kumpulan protein. Globulinuria  Globulinuria; kehadiran globulin
  di dalam air kencing. Glomerulitis  Inflamasi glomerulus
  ginjal. Glossa  Glosa, lidah. Glossitis  Inflamasi lidah. Glottis  Glotis; ruang antara korda vokal, peti
  suara di dalam larinks. Glucagon  Glukagon; hormon yg dihasilkan oleh
  pankreas yg dapat meningkatkan aras glukosa darah.  Glucose  Glukosa, gula madu; cecair yg manis dan
  penting bagi kimia tubuh, gula monosakarida. Glucosuria  Glukosuria; kehadiran glukosa di dalam air
  kencing. Glycogen  Glikogen; sejenis polisakarida yg
  merupakan karbohidrat simpanan di dalam haiwan. Glycemia  Glisemia; gula dalam darah. Goitre  Goiter, beguk; bengkak saraf leher atau
  kelenjar tiroid. Gonad  Gonad, kelenjar kelamin; kelenjar yg
  menghasilkan gamet iaitu ovari atau testis. Gonorrhea  Gonorea; penyakit venereal, inflamasi
  berjangkit (disebabkan oleh Neisseria gonorrhoeae) dan disebarkan terutamanya
  melalui persetubuhan yg boleh menimbulkan simptom uretritis pada kaum lelaki. Gout  Gout, sengal, pirai.; penyakit yg
  berkaitan dgn penimbunan asid urik dalam darah, simptom sakit pada sendi dan
  artritis akut.  Grading of symptoms  Peringkat simptom, darjah simptom;
  menetapkan markah secara relatif (3,2,1) kepada simptom-simptom dan
  gejala-gejala yang ditunjukkan oleh pesakit mengikut peringkat yang relevan.
  Peringkat yang pertama adalah paling penting dan diberi 3 markah. Graft  Graf, cantuman; bahagian kulit atau tisu
  yg digunakan dalam  transplantasi. Granulation  Granulasi, pembijian, proses penyembuhan
  luka. Granule  Granul, butir biji; butiran zarah kecil
  tanpa membran yg tidak larut; bahan perantara penawar homeopati yg paling
  halus diperbuat drpd gula tebu.  Gravel  Pepasir, kerikil. Gravity  Graviti, daya tarikan bumi, berat. Groin  Groin, selangkang, kelenjaran; depresi
  atau lekuk eksternal antara paha dan abdomen. Growth  Ketumbuhan, pertumbuhan. Growth hormone  Hormon pertumbuhan;
  hormon yg disintesis dan disimpan dlm kelenjar pituitari anterior, yg
  menggalakkan pertumbuhan tulang-tulang panjang pd anggota dan meningkatkan
  sintesis protein.. Gum  Gam, gusi; rembesan berlendir drpd
  pelbagai jenis tumbuhan; lih. gingiva.
   Gynaecology  Ginekologi, kajirahim, ilmu sakit puan;
  kajian penyakit-penyakit wanita, terutama yg mempengaruhi sistem pembiakan
  perempuan; bdgkan dgn obstetrics.     | 
  
      | 
 ||||||||||||||||||||||||||||||||
| 
      | 
  
      | 
  
      | 
 ||||||||||||||||||||||||||||||||
©2004 -- HBI Health & Homoeopathy
Centre
Hakcipta Terpelihara