| 
   | 
  
   
  | 
 
 
| 
      | 
  
  C
   | 
  
      | 
 ||||||||||||||||||||||||||||||||
  
  | 
  
   Cachexia  Kakeksia; keadaan seseorang yg terlalu
  lemah, malnutrisi dan mengalami kekusutan tubuh.  Caecum 
  Sekum; bahagian pertama usus besar. Caesarean operation  Pembedahan Cesarian; pembedahan
  utk melahirkan bayi melalui dinding abdomen. Caffeine  Kafein; dadah alkaloid yg terdapat di dlm
  kopi dan teh. Ia mempunyai tindakan perangsang ke atas sistem saraf pusat dan
  digunakan dlm persediaan analgesia.  Calculus anuria  Anuria kalkulus;
  kegagalan anuria yg disebabkan oleh kewujudan batu karang di dalam ginjal. Calamine  Calamine; suatu persediaan zinkum karbonat
  yg digunakan sbg astringen sederhana ke atas kulit dlm bentuk losen, krim dan
  salap. Callosity  Kalositi; kawasan setempat yg keras dan
  tebal pd kulit akibat drpd tekanan atau geseran berkali-kali. Camphor  Kamfor, kapur barus; bahan habluran yg
  diperoleh drpd pokok cinnamomum
  camphora dan digunakan utk merawat senak kembung;  Camphor
  adalah salah satu penawar homeopati dan bahan yg boleh mengantidotkan
  sebahagian penawar homeopati lain. Cancer  Kanser; sebarang tumor malignan yg terdiri
  drpd karsinoma dan sarkoma. Cancrum  Kankrum; pengulseran, terutama bibir dan
  mulut. Cancrum oris  Oris kankrum; berkaitan kanser kaviti
  oral; lih. Cancrum. Candidiasis  Kandidiasis, sejenis penyakit yg
  disebabkan oleh kulat, dicirikan oleh infeksi pada membran mukus dan kawasan
  kulit yg lembab. Cane sugar  Gula tebu; lih. globules. Canker sores  Kudis kanker; ulser atau kudis yg merebak;
  lih. Cancrum.  Cannabis  Kanabis; dadah yg disediakan drpd tumbuhan
  rami India (Cannabis sativa) yg
  terkenal dgn nama ganja, hasyis, bhang dan pot. Ia boleh menghasilkan euforia
  dan halusinasi serta penggunaannya adalah salah di sisi undang-undang; cannabis dalam dos homeopati mempunyai
  kegunaan dalam merawat kelesuan, tersedak, sesak pernafasan, gangguan mata
  dan kencing. Canthus  Kantus; mana-mana satu sudut mata; sudut
  di mana kelopak mata atas dan bawah bertemu.  Carbuncle  Karbunkel; infeksi pada kulit dan tisu yg
  lesinya mempunyai banyak punat yg dipenuhi nanah. Cardiac  Kardiak; berkaitan dgn atau mempengaruhi
  jantung. Cardiac asthma  Asma jantung. Cardiac edema  Edema jantung.  Cardiac rate  Kadar kardium, kadar
  jantung; kadar denyut jantung. Cardiac failure  Kegagalan jantung;
  ketidakupayaan jantung utk mengepam darah secukupnya ke bahagian lain tubuh. Cardiac muscle  Otot jantung; otot
  khusus, terdiri drpd rangkaian sel-sel memanjang yg bercabang, yg membina
  dinding-dinding jantung. Cardiopulmonary resuscitation 
  Resusitasi kardiopulmonari (CPR);  Cardiovascular system  Sistem kardiovaskular,
  sistem peredaran.   Carcinogenic  Karsinogenik; berkaitan
  bahan yg boleh menyebabkan kanser. Carcinoma  Karsinoma; sejenis kanser, tumor epitelium
  yg malignan; lih. sarcoma. Caries  Karies; kebusukan dan luluhan bahan pada
  gigi dan tulang.  Carphologia  Karfologia; keadaan minda yg meracau di
  mana pesakit memetik-metik pakaiannya, bagaikan tidak sengaja. Caruncle  Karunkel; bengkak kecil merah berdaging. Case histories  Sejarah kes; latar belakang pesakit
  yang berkaitan dengan penyakit dan sejarahnya. Case taking  Pengambilan kes; pengumpulan maklumat
  berkaitan keseluruhan simptom-simptom pesakit termasuk simptom-simptom mental
  dan fizikal, mendapatkan rekod aduan-aduan pesakit, sejarah lampau dan
  latarbelakang keluarga, serta pemeriksaan fizikal dengan tujuan mengenalpasti
  penawar homeopati yang paling seraksi (similimum). Catalepsy  Katalepsi; keadaan yg dicirikan dgn
  penyitaan atau keasyikan serta penghentian sementara perasaan dan kesedaran;
  hilang kesedaran terhadap environmen atau tiada respons terhadap rangsangan
  eksternal, kerapkali dikaitkan dgn epilepsi, skizofrenia atau histeria. Catalyst  Katalis, pemangkin; bahan yg mengubah kadar
  tindakbalas kimia tetapi ia sendiri tidak berubah pada akhir tindak balas. Catamenia  Katemenia; discaj haid. Cataplexy  Katapleksi, hilang upaya utk menggerakkan
  otot-otot. Cataract  Katarak; sebarang kelegapan pd kanta
  mata, yg menyebabkan penglihatan 
  menjadi kabur. Catarrh  Kahak, katar; rembesan berlebihan kahak
  pekat atau mukus oleh membran mukus hidung, sinus, nasofarinks atau
  salur-salur udara. Causative factor  Faktor penyebab. Celibacy  Pembujangan; Keadaan
  sebelum kahwin.  Celsius temperature  Suhu Celsius; Suhu yg
  diungkap pd skala Celsius di mana takat beku ialah 0 0C manakala
  takat didih air ialah pd susu 100 0C; formula utuk menukarkan
  Celsius kpd Fahrenheit ialah F=9/5(C+32); lih. Fahrenheit scale.  Cell salts  Garam sel; lih. biochemic remedies, tissue salts, Schuessler
  salts Cellulitis  Selulitis; inflamasi tisu di bawah kulit
  yg disebabkan oleh infeksi. Centesimal dilution  Dilusi sentesimal, pencairan
  sentesimal; bancuhan secara peratusan bagi mendapatkan potensi penawar
  mengikut skala sentesimal; lih. decimal dilution. Centesimal scale  Skala sentesimal,
  sukatan sentesimal, sukatan peratusan; satu sistem bancuhan bersiri di mana
  nisbah antara zat terlarut (tinktur) dengan pelarut ialah 1:99 bagi setiap
  peringkat bancuhan; bdgkan dgn decimal scale.  Centesimal series of potencies 
  Potensi bersiri
  sentesimal; potensi penawar yang bersiri peratusan; lih. centesimal scale; bdgkan dgn decimal series of potencies, millesimal series of potencies. 
   Centigrade temperature  Suhu centigrade; lih. Celsius
  temperature. Central nervous system  Sistem saraf pusat;
  sistem yg bertanggungjawab  terhadap
  integrasi semua aktiviti saraf. Cephalic  Sefalus, berkaitan dgn kepala. Cerebellum  Serebelum; bahagian terbesar bagi otak
  belakang. Chamomile  Chamomilla; Sejenis
  pokok herba yang mempunyai bau seperti buah epal, digunakan dalam perubatan
  kerana rasanya yang pahit dan berguna sebagai tonik; lih. Chamomilla.  Chamomilla  Chamomilla; penawar homeopati
  yang disediakan secara homeopati drpd herba Chamomile, sangat berkesan
  dalam merawat kanak-kanak yang meragam. Chancre  Syanker; ulser venereal; ulser sbg gejala
  primer bg jangkitan sifilis yg timbul kira-kira dlm masa dua hingga tiga
  minggu selepas jangkitan. Chemosis  Kemosis; edema atau pembengkakan
  konjunktiva. Chemotherapy  Kemoterapi, rawatan yg
  menggunakan bahan kimia tertentu pada dos yg ditolerankan oleh sel normal
  pesakit. Chest  Dada, toraks, bahagian badan di antara
  leher dgn abdomen. Cheyne-stokes respiration  Pernafasan Cheyne-stokes;
  suatu bentuk pernafasan luar biasa yg dicirikan dgn kadar pernafasan yg cepat
  serta dalam dan diselangi dgn pernafasan yg perlahan atau apnea. Chicken pox  Cacar air, infeksi virus yg disertai dgn
  demam dan letusan pada kulit. Child  Kanak-kanak, dari bayi hingga baligh. Childbed  Pelahiran anak; keadaan
  seorang wanita ketika sakit bersalin; lih. labour.  Chilblains  Ruam sejuk, bengkak (merah bulat) serta
  gatal menyakitkan  pada jari kaki,
  jari tangan dan telinga disebabkan sejuk. Chills  Seram sejuk. Chloasma 
  Kloasma; Penimbulan tompok-tompok perang pada kulit, terutama muka,
  biasa timbul semasa kehamilan atau putus haid. Chloroform  Kloroform; cecair jernih, tanpa warna dan
  meruap yg berbau spt. eter dan pernah digunakan sebagai anestesia. Ia biasa
  digunakan sebagai anestatik dlm makmal zoology bagi tujuan pembedahan haiwan
  kecil spt katak dll. Chlorosis  Klorosis; jenis anemia yg kekurangan zat besi;
  penyakit di kalangan wanita yg ditandai dgn anemia, haid yg tidak teratur dan
  muka pucat.  Cholera  Kolera, taun: penyakit usus tropikal atau
  cirit-birit yg disebabkan oleh jangkitan bakteria.  Cholesterol  Kolesterol, bahan spt lemak (sterol) yg
  terdapat dalam darah dan kebanyakan tisu. Chordee  Kordi; ereksi yg menyakitkan, kadangkala
  dikaitkan dgn uretritis; lih. urethritis. Chorea  Korea; pergerakan anggota tubuh yg berlaku
  secara luar kawalan spt tersentak-sentak berterusan, yg melibatkan bahu, pinggul
  dan muka. Choroid 
  Koroid; lapisan bola mata antara retina dan sklera. Chronic  Kronik, teruk, tenat; lih. chronic diseases. Chronic disease  Penyakit kronik;
  penyakit yang bersifat kekal atau hampir kekal yang dikesan puncanya drpd
  miasma, dan ia merupakan salah satu dari dua kategori penyakit mengikut
  klasifikasi Dr. Hahnemann; lih. chronic miasm, bdgkan dgn acute disease.   Chronic miasm  Miasma kronik; merupakan teori penyakit
  kronik yang diketengahkan oleh Dr. Hahnemann di mana ia merupakan satu cara
  mengklasifikasikan tanda-tanda dan simptom-simptom pesakit berasaskan
  kecenderungan-kecenderungan yang diwarisi (dan ditekan) kepada
  gangguan-gangguan kronik tertentu. 
  Umumnya terdapat tiga kumpulan miasma kronik yang asas iaitu psora,
  sikosis dan sifilis. Circulatory system  Sistem sirkulatori, sistem peredaran. Cirrhosis  Sirosis; penyakit kronik hati yang
  dicirikan pengerasan hepar, akibat perubahan degeneratif dalam tisu serta
  menghasilkan bebenang jalinan tisu berserat yg di antaranya terdapat nodul-nodul
  sel regenerasi.  Clairvoyance  Klairvoyans; kuasa menanggapi sesuatu yg
  melebihi deria manusia biasa; tanggapan intutif akut. Claustrophobia  Klaustrofobia; satu bentuk gangguan mental
  di mana pesakit takut pd tempat tertutup. Clavicle  Klavikel, tulang selangka. Climacteric
  period Tempoh klimakterik; tempoh masa bilamana
  kitaran haid hendak terhenti: lih. menopause. Climaxis  Klimaksis; akhir tempoh reproduksi seksual
  yg ditandai dgn penghentian haid; lih. menopause. Clinical  medicine  Perubatan
  klinikal; cabang perubatan  yg
  melibatkan kajian ke atas pesakit-pesakit serta diagnosis dan rawatan
  penyakit di sisi katil, berbeza dgn pengkajian penyakit melalui kerja-kerja
  makmal atau patologi. Clinical pathology  Patologi klinikal; ilmu ttg kajian
  penyakit seseorang pesakit yang mempunyai tanda-tanda dan simptom-simptom,
  termasuk juga perjalanan dan diagnosis penyakit. Clinical picture  Gambaran klinikal; gambaran penawar
  yang dibukti secara klinikal atau memberi kesan klinikal. Clinical trials  Percubaan klinikal; percubaan yg dibuat
  secara klinikal atau berasaskan rawatan terhadap pesakit; lih. trials. Coccyx  Koksiks; unsur paling
  bawah bagi tulang belakang dan berbentuk segi tiga serta sedikit melengkung.  Cold  Selsema, (common cold) demam selsema; penyakit virus berjangkit yg meluas,
  menyebabkan inflamasi pd membran mukus hidung, tekak dan tiub-tiub bronkial
  dgn gejala spt sakit tekak, hidung tersumbat, bersin berair, pening kepala,
  batuk, letih dsbnya. Lih. juga coryza. Colic  Kolik, cika, sakit perut, berkaitan dgn
  kolon; sakit abdomen akut dan memulas-mulas. Colon  Kolon; bahagian utama usus besar  yg terdiri drpd empat bahagian, iaitu
  kolon menaik, transvers, menurun dan sigmoid. Coma  Koma, pengsan, tidak sedar; hilang
  kesedaran sepenuhnya yg diakibatkan gangguan fungsi otak yg teruk. Coma vigil  Koma vigil; keadaan tidak sedar diri di
  mana pesakit berbaring dengan mata terbuka. Comedo (@ Comedone)  Komedo, jerawat hitam; suatu sumbatan terbentuk drpd bahan
  berlemak kelenjar sebum dalam kulit dan merupakan ciri bagi akne vulgaris;
  lih. acne. Combination remedies  Remedi-remedi kombinasi; menggunakan
  atau mencampurkan lebih dari satu penawar sebagai remedi untuk merawat
  pesakit atau penyakit; lih. polypharmacy.  Complementary medicine  Perubatan komplemen,
  sistem rawatan pelengkap atau penggenap; sistem rawatan yang boleh saling
  membantu dengan sistem perubatan yang lain seperti alopati, ayurveda,
  naturopati,  akupunktur, refleksologi
  dan seumpamanya.  Complementary remedy  Penawar penggenap,
  remedi penggenap; remedi yang berjaya melengkapkan tindakan terapeutik
  penawar pertama yang similimum; juga lih. complementary medicine dengan makna yang berlainan.                                         Complex disease  Penyakit kompleks;
  homeopati menjelaskan a complex disease
  sebagai  dua penyakit yang tidak
  serupa yang wujud pada waktu yang sama tetapi tidak boleh saling menyembuhkan
  antara satu sama lain. Complication  Komplikasi, masalah
  yang semakin rumit.  Concomittant  Konkomitan; sesuatu yg berhubungan dgn,
  menyertai atau berlaku pada masa yg sama. Concussion  Konkusi; keadaan akibat hentakan atau
  terjatuh pd kepala yg dicirikan dgn tidak sedar, kesejukan dan denyutan nadi
  yg meningkat. Condylomata  Kondilomata; suatu ketumbuhan spt kutil yg
  timbul, spt ketuat. Congenital  Kongenital, bawaan; perihal keadaan yg
  dicamkan  semasa kelahiran atau
  dipercayai telah wujud sejak lahir. Congestive dysmenorrhea  Dismenorea kongestif;
  senggugut yg terjadi kerana peningkatan bekalan darah ke organ yg terdapat di
  dalam pelvis, yg timbul akibat sesuatu penyakit. Conjunctivitis  Konjunktivitis, mata merah; inflamasi
  konjunktiva yg menjadikan mata kelihatan merah dan bengkak serta menghasilkan
  lelehan berair atau mengandungi nanah. Conscious  Sedar, kesedaran; berupaya bergerakbalas
  terhadap rangsangan atau menghayati sesuatu pengalaman. Constipation  Sembelit, konstipasi;
  gagal buang air besar mengikut kekerapan. Constitution  Konstitusi; berdasarkan batang tubuh
  pesakit; konsep homeopati yg merujuk kpd sesetengah jenis orang yg mempunyai
  afiniti khusus terhadap penawar tertentu dan akan memberi tindak balas secara
  positif kpd penawar tersebut; lih. constitutional prescribing. Constitutional prescribing 
  Pempreskripsian
  konstitusional; memberi rawatan dan preskripsi berdasarkan susuk tubuh
  pesakit; bdgkan dgn pathological
  prescribing. Constitutional remedy  Penawar @ remedi konstitusional; remedi
  atau penawar yang berkait dengan dasar simptom-simptom kronik yang dizahirkan
  oleh pesakit (termasuk faktor-faktor keturunan) yang menyerupai ciri-ciri
  personaliti pesakit, batang tubuh fizikalnya, tingkah laku, gaya hidup dan
  juga tabiatnya; lih. constitutional prescribing. Constitutional type  Jenis konstitusional;  jenis susuk tubuh; lih. constitution. Consultant  Konsultan, perunding, jururunding;
  seseorg yg terlatih dlm satu-satu cabang perubatan di mana sesuatu masalah
  itu dirujuk, atau yg bertanggungjawab utk memberi nasihat pakar. Consultation Konsultasi, perundingan.     Consumption  Konsumsi, penggunaan;
  sebarang penyakit yg menyebabkan penyusutsn tisu-tisu, terutama tuberkulosis
  pulmonari. Contagion  Penjangkitan, infeksi; pemindahan penyakit
  dari seorang individu kpd yg lain.  Contagious disease  Penyakit berjangkit;
  sebarang penyakit yg ditularkan samada melalui sentuhan fizikal atau tidak. Contraception  Kontrasepsi, pencegah
  hamil; mencegah penghamilan yg tidak diingini. Contraction  Kontraksi, pengecutan; pemendekan  suatu otot sbg gerak balas kpd impuls
  saraf motor. Contraria contrariis  Contraria contrariis; kaedah alopati di mana rawatan dilakukan
  dgn cara memberi remedi yg bertindak berlawanan dgn simptom penyakit; bdgkan Similia
  similibus.  Contusion  Kontusi, luka memar; lih. bruise.  Corn  Kematu; kawasan kulit yg keras dan tebal
  pada atau antara jari-jari  kaki. Coronary arteriosclerosis  Arteriosklerosis
  koronari; arteriosklerosis yg terjadi pada koronari arteri. Coronary artery  Arteri koronari; arteri
  yg membekalkan darah ke semua bahagian jantung.  Coronary heart disease  Penyakit koronari jantung Coronary thrombosis  Trombosis koronari;
  pembentukan darah beku (trombus) dalam arteri koronari yg menyekat aliran
  darah ke jantung.  Cortex  Korteks; bahagian atau lapisan luar sesuatu
  organ spt. korteks otak atau kelenjar adrenal.  Coryza  Koriza, hidung berair; lih. cold.
   Counseling  Kaunseling, rundingcara, penasihatan;
  kaedah mendekati masalah psikologi dlm penyesuaian yg bertujuan utk membantu
  klien menyelesaikan masalahnya sendiri. Cranial nerve  Saraf kranium; dua
  belas pasang saraf yg muncul dari otak.  Cranium  Kranium; bahagian tengkorak yg melindungi
  otak. Cream  Krim; lih. petroleum jelly. Cyanosis  Sianosis; keadaan kulit atau membran mukus
  yang menjadi biru kerana kekurangan oksigen.  Curative therapy  Terapi kuratif; terapi yang
  menyembuhkan. Curettage  Pengkuretan; pengikisan
  tisu berpenyakit atau spesimen drpd organ internal (biasanya rahim) atau
  rongga tubuh dengan menggunakan alat berbentuk sudu (kuret).  Cure-all  Ubat semua penyakit; lih. panacea. Cuts  Terhiris, terpotong, luka.     | 
  
      | 
 ||||||||||||||||||||||||||||||||
| 
      | 
  
      | 
  
      | 
 ||||||||||||||||||||||||||||||||
©2004 -- HBI Health & Homoeopathy
Centre
Hakcipta Terpelihara