Muka Depan

Penghargaan

Pendahuluan

Penyusun

Syarikat HBI

 

A

 

A

B

C

D

E

F

G

H

I

J

K

L

M

N

O

P

Q

R

S

T

U

V

W

X

Y

Z

 

 

 

Abacterial  Abakteria, steril; bebas drpd bakteria.

Abscess Abses, pengumpulan nanah; himpunan nanah yg terbendung oleh tisu-tisu yg rosak dan inflamasi.

Abdomen  Abdomen; kawasan tubuh antara diafram dan tulang pelvis; rongga yg mengandungi visera spt hati, usus dan limpa.

Absent-minded  Pelupa; sifat selalu lupa atau tidak peduli terhadap sekitarnya; sifat lupa kronik.

Accommodation  Akomodasi; keupayaan menyesuaikan bentuk kanta mengikut jarak objek.

Accupuncture  Akupunktur; sistem rawatan dari China yg menggunakan jarum-jarum logam halus yg ditusukkan ke tempat-tempat tertentu di bawah kulit bagi mengurangkan kesakitan atau menimbulkan anastesia.

Acetonaemia  Asetonemia; kehadiran bahan-bahan aseton dalam darah.

Acid  Asid; bahan yg membebaskan hidrogen apabila larut dlm air; rasanya masam, menukarkan warna litmus biru menjadi merah serta bertindakbalas dgn bes utk membentuk garam dan air sahaja.

Acid phosphate  Fosfate asid; enzim yg dirembeskan dlm cecair seminal oleh kelenjar prostat; satu nama penawar emosi homeopati yg juga berguna bagi simptom-simptom spt keletihan akibat banyak keluar air mani, jari-jemari lemah dan gementar.

Acidosis  Asidosis; keadaan di mana asid berlebihan di dalam darah.

Acne  Akne; kerosakan kulit yg menimbulkan radang pd kelenjar sebum sehingga timbul pustul atau jerawat hitam pada muka, dada dan belakang

Acne rosacea  Rosasea; Penyakit kulit muka kronik yg dicirikan dgn pelbagai peringkat papul, pustul dan hiperplasia; lih. acne.

Acne simplex  Akne simpleks; Penyakit keradangan kelenjar sebum dan folikel rambut yg dicirikan dgn papul, pustul dan jerawat hitam; lih. acne, comedone.

Acne vulgaris  Akne vulgaris: Jenis akne yg sering ditemui yg biasanya bernula sewaktu remaja, disebabkan oleh aktiviti yg berlebihan oleh kelenjar sebum, menyebabkan pustul jerawat hitam terutama pd muka, dada dan belakang, lih. acne.

Acoustic  Akustik; berkaitan dgn bunyi dan pendengaran.

Acquired  Perolehan; diwarisi sejak lahir. 

Acquired Immune Deficiency Syndrome (AIDS) Penyakit atau Sindrom kurang daya tahan.

Acromegaly  Akromegali; pertambahan saiz tangan, kaki serta muka akibat penghasilan hormon pertumbuhan yg berlebihan oleh tumor kelenjar pituitari anterior.

Active principle  Prinsip aktif; ramuan ubat yg terlibat secara aktif dalam kesan terapeutiknya.

Acrophobia  Akrofobia; takut berada di tembat tinggi.

Acute  Akut, mendadak, tenat; lih. acute disease.

Acute arthritis  Artritis akut; artritis hadir secara akut yg mempunyai ciri sakit sendi dan panas, yg kelihatan merah dan bengkak.

Acute disease  Penyakit akut; gangguan atau penyakit dari jenis yang bertindak mendadak dan sementara, berlawanan dengan penyakit (gangguan) kronik, iaitu satu lagi penyakit dalam klasifikasi Dr. Hahnemann; lih. chronic disease.

Acute gouty arthritis  Artritis gout akut; artritis akut yg terjadi akibat penyakit gout.

Acute rheumatic fever  Demam reumatik akut; demam yg berlaku terutamanya akibat infeksi streptokokus hemolisis dgn gejala spt demam, sengal-sengal sendi dan mungkin terdapat inflamasi jan­tung.

Acute miasm  Miasma akut; miasma yang menyebabkan timbulnya penyakit yang berulang (seperti serangan asma) atau tidak berulang (sperti campak, beguk) yang menyerang sekali sahaja dalam hidup seseorang; lih. miasm, bdgkan dgn chronic miasm.

Addison's disease  Penyakit Addison; penyakit akibat kekurangan fungsi kelenjar adrenal, yg mempunyai gejala pigmen yg berwarna coklat kemerahan, cirit-birit, tekanan darah rendah, anemia progresif, kelesuan dan gangguan proses pencernaan.

Adenitis  Adenitis; keradangan kelenjar atau nodus limfa.

Adenitis  Inflamasi kelenjar atau nodus limfa

Adenoids (@ Pharyngeal tonsils)  Adenoid; pengumpulan tisu limfatik pada bahagian belakang hidung, yg boleh menghalang pernafasan dan mengganggu pendengaran.

Adiposity  Keadiposan, obesiti; lih. adiposis.

Adiposis  Adiposis; kewujudan akumulasi lemak yg abnormal di dlm tubuh yg mungkin berlaku disebabkan makan berlebihan, ketakteraturan hormon atau kecacatan metabolik; lih. juga obesity.

Adiposuria  Adiposuria; kehadiran lemak di dlm air kencing; lih. lipuria.

Adolescent  Remaja; tempoh perkembangan antara baligh dan dewasa.

Adrenal  Adrenal; berkaitan dgn sesuatu yg berdekatan dgn ginjal.

Adrenal gland  Kelenjar adrenal; dua kelenjar endokrin yg setiap satunya menudungi permukaan superior ginjal.

Adult  Dewasa.

Aedes  Aedes; sejenis nyamuk spt Aedes Agypti yg menjadi pembawa penyakit demam denggi.

Aetiology  Aetiologi; sebab-sebab timbulnya penyakit;  Dr.Hahnemann menyebut tiga sebab utama hadirnya satu-satu penyakit; lih. natural causes, artificial causes, miasmatic causes.    

Affinity  Afiniti, tarikan; keupayaan sesuatu spt molekul utk bergabung dgn (molekul) yg lain. Homeopati merujuk afiniti kepada tarikan penawar dgn penawar yang lain.

Agent  Agen; sebarang daya, bahan atau organisma yg berupaya mengakibatkan perubahan samada segi fizikal, kimia atau biologi.

Ageing  Penuaan.

Aggravation  Agravasi, kemelaratan, semakin teruk; selalunya merujuk kepada simptom sakit yang semakin teruk; lih. aggravation of symptoms                             

Aggravation of symptoms  Kemelaratan simptom, kemelaratan semboyan; simptom-simptom yang melarat samada disebabkan oleh sakit sedia ada atau pengambilan penawar, biasanya merujuk kpd keadaan sakit yg semakin melarat dgn sesuatu; bdgkan dgn amelioration of symptoms.

Aggresive  Agresif, dorongan perasaan yg kuat atau yg timbul dr kekecewaan; berkaitan dengan tingkahlaku yang bengkeng atau reaksi yang kuat.

Agnosia  Agnosia, tidak dapat menanggapi sesuatu atau mengecam perangsang deria.

Agoraphobia  Agorafobia; keadaan ketakutan morbid bila bersendirian, berada pada tempat-tempat awam atau kawasan lapang.

Ague Agu; lih. malaria, intermittent fever.

Ailments  Penyakit; lih. disease.

Albuminuria  Albuminuria; albumin di dalam air kencing.

Alcohol  Alkohol, arak, etanol; sediaan rasmi BP (1973) yg mengandungi 95% etanol dan 5% air mengikut isi padu; lih. juga ethyl alcohol.

Alcoholism  Alkoholisme; ketagihan terhadap alkohol.

Algidity  Kesejukan dan seram sejuk; sebagaimana yang terdapat dalam kes kolera dan pelbagai penyakit lain yang melesukan.

Alimentary  Alimentari; berkaitan dgn nutrisi; lih. alimentary system.

Alimentari canal  Kanal alimentari; saluran panjang yg melunjur dr mulut ke anus, yg melaluinya makanan bergerak utk dicernakan dan diserap.

Alimentary system  Sistem alimentari; lih. alimentari canal.

Alkali  Alkali, bes; bahan yg dapat meneutralkan asid.

Alkaloid  Alkaloid; sebatian semulajadi  yg mengandungi nitrogen yg biasanya terdapat dlm tumbuhan serta bersifat bes dan aktif dari segi farmakologi.

Alkalosis  Alkalosis; berlebihan alkalin di dalam tubuh dan darah.

Allergen  Alergen; bahan yg boleh menghasilkan reaksi alergik, terutama bagi orang yg hipersensitif.

Allergy  Alergi, alahan; sensitiviti luar biasa terhadap bahan/makanan tertentu atau keadaan tertentu spt cuaca, angin, habuk dsbnya; lih. allergic disease.

Allergic  Alah, alahan, beralergi; lih. allergic disease, allergic reaction

Allergic disease  Penyakit alergi, penyakit jenis alahan kepada sesuatu.

Allergic reaction  Tindak balas alergi; lih. allergy.

Allopathy  Alopati, berlainan penyakit; rawatan sesuatu penyakit dgn menggunakan ubatan yg kesannya adalah berlawanan dgn manifestasi penyakit, di mana bahan yg dipreskripsi sebagai terapi tidak berhubungan langsung dgn gangguan pesakit; bdgkan dgn homoeopathy.

Alopecia  Alopesia, kebotakan; ketiadaan rambut atau bulu pada kawasan yg biasanya berambut atau berbulu.

Alternative medicine  Perubatan alternatif, perubatan pilihan;  perubatan alternatif selalunya dimaksudkan terhadap semua sistem perubatan selain drpd perubatan moden atau konvensional; lih. traditional medicine, complementary medicine.

Alternative treatment  Rawatan alternatif, rawatan pilihan. 

Alveolitis  Alveolitis; inflamasi alveolus.

Alveolus  Alveolus; struktur kantung  iaitu spt yg terdapat dlm paru-paru.

Alzheimer's disease  Penyakit Alzheimer, dementia prasenil; dementia yg tidak diketahui sebabnya yg bermula pd pertengahan umur iaitu antara 30 hingga 60 tahun.

Amaurosis  Amaurosis; buta separa atau buta lengkap disebabkan kerosakan pd saraf optik.

Amblyopia  Ambliopia; penglihatan yg tidak sempurna yg bukan diakibatkan oleh sebarang penyakit.

Amelioration  Ameliorasi, kelegaan, pembaikan, kebah; perbaikan secara umum keadaan atau gejala-gejala pesakit; pengurangan intensiti simptom atau perasaan kelegaan secara menyeluruh (khususnya selepas satu-satu penawar similimum diberi atau berkaitan dgn modaliti terapeutik tertentu); lih. amelioration of symptoms.         

Amelioration of symptoms  Ameliorasi simptom; selalunya merujuk kepada simptom sakit yang semakin lega dengan sesuatu; bdgkan dgn aggravation of symptoms.

Amenorrhoea  Amenorea, tiada haid; haid tertahan atau berhenti secara tidak normal. 

Amnesia  Amnesia, hilang ingatan; kehilangan separa atau keseluruhan ingatan akibat kecederaan fizikal, penyakit, ubatan ataupun trauma psikologikal.

Amputation  Amputasi; pembedahan utk membuang sebahagian atau keseluruhan anggota, apendaj atau ketumbuhan drpd tubuh.

Anaemia  Anemia; keadaan bilamana jumlah sel darah merah berkurangan.

Anaesthesia  Anestesia, ubat bius, pelali, hilang rasa; kehilangan perasaan atau kederiaan pd sebahagian atau seluruh tubuh, khususnya apabila ubat-ubat tertentu diberikan.

Anaesthetic  Anestetik, biusan, lalian, bahan pengebas; agen atau bahan bius.

Anal fissure  Fisur dubur; lubang di hujung salur pencernaan.

Analgesia  Analgesia, hilang rasa sakit.

Analgesic  Analgesik, ubat penahan sakit; agen atau dadah yang dapat melalikan rasa sakit, spt aspirin, parasetamol dan pethidine; lih. narcotic.

Analogy principle  Prinsip analogi, prinsip keserupaan; lih. law of similars.

Anasarca  Anasarka; bengkak besar pd kaki, trunkus dan genitalia akibat penimbunan cecair; edema umum.

Anastomosis  Anastomosis; suatu penghubung antara dua pembuluh darah tanpa rangkaian kapilari di antaranya.

Anatomy  Anatomi; kajian ttg bentuk dan struktur organisma hidup, khususnya manusia.

Anchylosis  Ankilosis; lih. ankylosis.

Aneurysm  Aneurisme; bengkak spt belon dlm dinding arteri yg mungkin diakibatkan oleh penyakit, kecederaan atau kecacatan kongenital.

Angina  Angina; perasaan sesak atau rasa sakit yg melemaskan (dgn simptom menekan, mencucuk). 

Angina pectoris  Angina pektoris; sakit pd pertengahan dada yg dicetuskan oleh senaman dan dilegakan  oleh rehat. Ia berlaku apabila permintaan darah oleh jantung melebihi bekalan dari koronari arteri. 

Angioma  Angioma; tumor pada salur darah, satu gumpalan pembuluh darah yang mengembung.

Angiosarcoma  Angiosarkoma; suuatu sarkoma yang timbul dalam pembuluh darah.

Ankle  Pergelangan kaki; sendi engsel antara kaki dan tapak kaki.

Ankylosis  Ankilosis; cantuman tulang-tulang di antara ruang sendi, sama ada oleh tisu-tisu bertulang atau akibat pemendekan tisu berserat penghubung yg menyebabkan imobiliti.

Anomaly  Anomali; kelainan atau penyimpangan yang ketara drpd biasa.

Anorexia  Anoreksia; kehilangan selera makan. 

Anorexia nervousa  Anoreksia nervosa, keadaan di mana pesakit tidak berselera makan atau tidak mahu makan sehingga menjadi kurus kering.

Antacid  Antasid; bahan yg meneutralkan asid spt natrium bikarbonata yg meneutralkan asid hidroklorik.

Antenatal  Antenatal, sebelum lahir; tempoh seseorang yg mula hamil sehingga kelahiran bayi; umunya merujuk kepada tempoh 40 minggu atau 280 hari.

Antepartum  Antepartum; masa sebelum kelahiran bayi.

Anterior  Anterior, sebelum; berkaitan dgn sesuatu struktur yg terletak di bahagian hadapan.

Anthrax  Antraks; penyakit berjangkit pada haiwan ternakan yg disebabkan oleh bakteria Bacillus anthracis. Ia juga menyerang manusia sama ada pada paru-paru yg menyebabkan pneumonia atau pada kulit yg menghasilkan ulser teruk.

Anthropology  Antropologi; ilmu atau kajian tentang manusia.

Anthropophobia  Antropofobia; takut kepada orang atau manusia lain secara umum, takut pada tempat ramai atau masyarakat manusia.

Antibiotic  Antibiotik; ubat pembunuh kuman yg diperolehi drpd kulat dan bakteria sendiri.

Antibody  Antibodi; sejenis protein yg dihasilkan oleh tubuh yg bertindak terhadap kehadiran antigen tertentu. Pembentukan antibodi adalah asas bagi keimunan dan alergi.

Anticoagulant  Antikoagulan, sekumpulan dadah  yang mengurangkan atau mencegah proses penggumpalan darah.

Anticonvulsant  Antikonvulsi; ubat yg menghalang atau mengurangkan keterukan sawan dalam pelbagai jenis epilepsi.

Antidepressant Agen antimurung; ubat yg mengurangkan gejala-gejala depresi.

Antidiuretics  Antidiuretik; agen yg menghalang penghasilan air kencing; bdgkna dgn diuretik.

Antidiuretic hormone  Hormon antidiuresis

Antidotal remedy  Penawar (remedi) antidot; bahan atau penawar pembatal racun.

Antidote  Antidot, penawar, pembatal racun; satu bahan atau penawar yg diberi untuk meredakan atau meneutralkan tindakan satu-satu ubat atau remedi yg lain. Biasanya antidot diberi untuk menawarkan agravasi akibat pengambilan penawar.

Antiemetic  Antiemetik, bahan yg dapat mencegah muntah atau melegakan rasa loya.

Antienzyme  Antienzim, agen yg dapat merencatkan aktiviti sesuatu enzim.  

Antifebrile  Antidemam, sebarang rawatan yg dapat mengurangkan atau meredakan demam. lih. antipyretic.

Antifungal  Agen antikulat.

Antigen  Antigen; bahan asing yg merangsang penghasilan antibodi khusus terhadapnya.  

Antigens  Antigen; sebarang bahan yg dipandang asing atau berbahaya oleh tubuh yg menghasilkan antibodi utk menentangnya.

Antihistamine  Antihistamina, bahan penghalang pantangan; sejenis ubat yg merencatkan sebahagian dari kesan-kesan histamina dlm tubuh, khususnya digunakan utk melegakan kesan dan tindak balas alergik.

Anti-inflamatory  Agen antiinflamasi; bahan yg digunakan bagi mengurangkan keradangan.

Antimiasmatic remedy  Remedi antimiasma; remedi atau penawar yg berupaya menghasilkan simptom-simptom miasma kronik dan boleh digunakan utk mengurangkan atau menghapuskan kronik miasma tertentu. Di antaranya, tiga jenis remedi antimiasma homeopati yg utama ialah sulphur, mercury dan thuja.

Antipsoric remedies  Penawar-penawar antipsorik; penawar yg berupaya menghasilkan simptom-simptom psora dan digunakan untuk merawat miasma psora, spt penawar sulphur; lih. antimiasmatic remedy, psora.

Antiseptic  Antiseptik; bahan kimia yg merencatkan atau memusnahkan pertumbuhan bakteria dan mikroorganisma.

Antispasmodic  Antispasmodik; ubat yg melegakan spasma otot licin.

Antisycotic remedies Penawar-penawar antisikosis; penawar yg berupaya menimbulkan simptom-simptom sikosis dan digunakan utk merawat miasma sikosis, spt penawar thuja, medorrhinum dsbnya.

Antisyphilitic remedies  Penawar-penawar antisifilitik; penawar yg dapat menghasilkan simptom-simptom sifilis dan digunakan bagi merawat miasma sifilis spt mercurius sol, syphilinum, silicea dll.

Anuria  Anuria; kegagalan ginjal utk menghasilkan air kencing.

Anxiety Anziati, kekhuatiran; ketakutan atau keresahan yg menyerap secara umum, ketidakselesaan dan kemurungan mengenai ketidakpastian di masa hadapan, ketakutan yg amat tanpa sebab yg jelas - di mana semua pengertian ini ditandai oleh simptom-simptom spt tensi, gementar, perpeluhan, palpitasi dan kadar denyutan nadi yg tinggi.

Aphagia  Afagia; hilang upaya utk menelan.

Aphonia  Afonia; ketiadaan atau hilang suara akibat penyakit pada larinks atau mulut.

Aphorism  Aforisme, fasal, paragraf, para; aforisme yang digunakan dalam homeopati selalunya merujuk kepada para-para tertentu dalam Organon of Medicine.

Aphthae  Afta; suatu ulser kecil dalam mulut yg berupa bintik-bintik putih atau merah.

Apnoea  Apnea; pernafasan yang terhenti utk sementara waktu.

Apoplexy  Apopleksi, strok; hilang kawalan terhadap otot-otot tertentu dgn tiba-tiba yg mengakibatkan kelumpuhan; keadaan yg disebabkan oleh pengurangan pengaliran darah ke bahagian otak.

Appendicitis  Apendisitis, radang pada apendiks vermiform.

Apyrexia  Apireksia; ketiadaan demam.

Aqua  destillata  Akua destilata, air suling.

Arndt-Shultz law  Undang-undang Arndt-Shultz; undang-undang yang menyatakan bahawa ubat-dadah dalam dos yang kecil merangsang aktiviti kehidupan, yang sederhana meningkatkan, yang besar menekan dan apabila dos itu terlalu banyak ia boleh membunuh organisma. 

Aroma  Aroma, raksi, wangian, bau-bauan.

Aromatherapy  Aromaterapi; satu kaedah rawatan alternatif yg menggunakan bahan-bahan wangian atau haruman tertentu dalam losyen dan inhalan sbg usaha mempengaruhi perasaan hati dan kesihatan seseorang.

Arsenic  Arsenik; unsur logam kelabu beracun yang boleh menimbulkan gejala-gejala loya, muntah, cirit-birit, kejang, konvulsi dan koma apabila dimakan dalam dos yang besar; homeopati mengenalinya sebagai Arsenicum album; lih. Arsenicum.

Arsenicum  Arsenicum album; penawar homeopati drpd Arsenik, tetapi tidak digunakan dalam bentuknya yang kasar. Dipreskripsi bagi merawat masalah cirit-birit keracunan, asma, demam dan sebagainya selepas melalui proses perkuatan kuasa.

Arteritis  Arteritis, inflamasi arteri.

Artery  Arteri; saluran yg mengalirkan darah dari arah jantung ke semua bahagian tubuh. 

Arthritis  Artritis, radang sendi, penyakit sesengal, lenguh sendi; inflamasi satu atau lebih sendi yg dicirikan oleh pembengkakan, kepanasan, kemerahan kulit, rasa sakit dan pergerakan yg terhad.

Artificial Disease Penyakit buatan; simptom-simptom penyakit yang ditimbulkan oleh penawar-penawar homeopati yang serupa dengan simptom-simptom penyakit pesakit.

Artificial causes  Sebab-sebab buatan, sebab-sebab palsu; ia merujuk kepada punca penyakit yang disebabkan oleh dadah, racun atau kemelaratan kerana pemberian penawar homeopati.

Artificial disease inducing agent  agen menghasil penyakit buatan; lih. artificial disease.

As if  Seolah-olah; simptom perasaan pesakit, spt. panas tapak kaki seolah-olah dibakar, sakit hendak menelan seolah-olah tersangkut tulang ikan.

Ascites  Asites; kehadiran atau pengumpulan cecair dlm kaviti peritoneal, menyebabkan bengkak pd abdomen.

Asphyxia  Asfiksia; penghentian pernafasan, hal mati lemas, atau keadaan apabila oksigen dihalang drpd sampai ke tisu oleh penyekatan atau kerosakan pd mana-mana bahagian sistem pernafasan sementara.

Aspiration  Aspirasi, penyedutan; pengeluaran cecair drpd tubuh melalui penyedutan.

Aspirin  Aspirin; bahan yg digunakan dalam amalan alopati bagi melegakan rasa sakit, mengurangkan inflamasi dan demam, disebut sebagai analgesik, agen antipireksia dan agen antireumatisme - aspirin mungkin mengiritasikan pelapik gaster.

Asthma Asma, lelah, mengah, semput.  

Ataxia  Ataksia; gaya jalan yg tidak stabil berpunca drpd  kegagalan otak utk mengawal postur tubuh serta kekuatan dan arah pergerakan anggota.

Auscultation  Auskultasi; kaedah mendengar bunyi pada tubuh seseorang dengan menggunakan stetoskop untuk membantu diagnosis.

Autism  Autisme; pemusatan fikiran pada diri sendiri yg mungkin merupakan suatu gejala gangguan personaliti.

Automatic Automatik, pergerakan tidak sengaja.

Autopsy  Autopsi, pemeriksaan mayat untuk tujuan diagnosis atau mengenalpasti sebab kematian.

Autonomic nervous system  Sistem saraf autonomi.

Autogenous toxins  Toksin autogenus; lih. toxins.

Avogadro’s hypothesis  Hipotesis Avogadro; hipotesis yang berasaskan nombor  Avogadro yang menyatakan bahawa bagi penawar homeopati yang menjangkau potensi melebihi 24x (atau 12c), maka tidak mungkin ada sebarang molekul dapat dikesan di dalam kandungan penawar homeopati berkenaan; lih. Avogadro’s number. 

Avogadro’s number  Nombor Avogadro; bilangan molekul dalam satu mol bahan (atau satu gram molekul bagi satu-satu bahan), iaitu pemalar yang bersamaan dengan 6.02 ´ 1023; lih. Avogadro’s hypothesis.

Axilla  Aksila, ketiak; sudut antara lengan dengan sisi badan.

 

 

 

 

 

©2004 -- HBI Health & Homoeopathy Centre
Hakcipta Terpelihara