| 
   | 
  
   
  | 
 
 
| 
      | 
  
  U
   | 
  
      | 
 ||||||||||||||||||||||||||||||||
  
  | 
  
   Ulcer  Ulser; luka atau hakisan setempat pd
  permukaan sesuatu organ atau tisu akibat kematian tisu yg mengalami
  inflamasi. Ulceration  Ulserasi; proses pembentukan ulser. Ulcerogenic  Ulserogenik; sesuatu yg menyebabkan
  terjadinya ulser. Ulitis  Ulitis, inflamasi gusi. Ulna  Ulna, tulang lengan; tulang terbesar pd
  lengan bawah. Ultrasound  Ultrabunyi; tenaga pancaran mekanik yg
  digunakan dlm mendiagnos pelbagai jenis penyakit secara tak invasif. Umbilical areola  Areola pusat, areola
  umbilicus; tompok berpigmen yg kadangkala mengelilingi pusat, yg mungkin
  ketara semasa ibu itu hamil. Umbilical hernia  Hernia umbilicus,
  omfalosele; bonjolan pd pusat pd waktu dilahirkan akibat sebahagian drpd usus
  menonjol melalui kecacatan pd dinding abdomen. Umbilicus  Umbilikus, pusat; kawasan lekuk pd dinding
  abdomen yg menandakan tempat persambungan di antara tali pusat dgn janin.  Unconscious  Tidak sedar, pengsan; keadaan apabila
  seseorang itu tidak dapat merasa dan tidak berupaya memberi gerak balas
  terhadap rangsangan deria. Upper arm  Lengan atas; bahagian anggota atas di
  antara bahu dgn siku. Upper limb  Anggota atas; bahagian tubuh yg terdiri
  drpd lengan dan tangan, lih. extremity. Uraturia  Uraturia; kehadiran asid urik melebihi
  paras normal dlm air kencing.   Urea  Urea; bahan bernitrogen larut air hasil
  drpd metabolisme protein yg terdapat di dlm darah dan dikumuhkan ke dlm air
  kencing; satu penawar homeopati yg berguna bg tuberkulosis, bengkak
  kelenjar, dropsi renal, gout dan diabetes. Urea clearance test  Ujian perkumuhan urea;
  ujian utk mengesan fungsi ginjal berdasarkan isipadu darah yg dibersihkan
  drpd urea dlm masa seminit. Urea concentration test  Ujian kepekatan urea;
  ujian utk menentukan kepekatan ginjal. Uremia  Uremia; keadaan kepekatan urea dalam darah
  melebihi paras normal akibat kelemahan fungsi ginjal sehingga boleh
  menimbulkan  simptom spt
  muntah-muntah, pening, vertigo, kabur penglihatan koma atau konvulsi. Ureter  Ureter; tiub yg bermula drpd ginjal hingga
  ke pundi kencing. Ureteral colic  Kolik ureter; sakit
  kolik yg berlaku kerana terdapat halangan pd ureter. Ureteritis  Ureteritis, inflamasi ureter. Urethra  Uretra; saluran yg menyalirkan air kencing
  dari pundi kencing ke luar tubuh. Urethral syndrome  Sindrom uretra; sindrom
  yg menunjukkan gangguan pd uretera tanpa disebabkan sebarang jangkitan, yg
  mungkin ditandai dgn simptom kerap kencing, sakit pundi kencing dsbnya.  Urethritis  Uretritis, inflamasi uretra.  Urethrocele  Uretrosele; keadaan prolaps atau penurunan
  uretra wanita melalui meatus kencing. Uric acid  Asid urik; asid organik yg mengandungi
  nitrogen yg kepekatannya melebihi normal di dlm darah pesakit gout. Urinary bladder  Pundi kencing; kantung
  yg terletak di bahagian anterior rongga pelvis di mana ia berfungsi mengumpul
  air kencing yg masuk menerusi ureter dan kemudian dikeluarkan menerusi uretra. Urine  Urin, air kencing; air najis yg
  dikeluarkan dr tubuh.  Urticaria  Urtikaria, gegatal, ruam hive; satu reaksi
  alergi akut atau kronik di mana bintat-bintat yg biasanya merah dan bulat
  muncul pd kulit; lih. nettle rash.  Urology  Urologi; kajian ttg perawatan penyakit dan
  fungsi saluran kencing. Uterine inertia 
  Kelengaian uterus; kontraksi rahim yg tidak kuat semasa pelahiran. Uterus  Uterus, rahim; organ berotot yg berongga yg
  menyediakan tempat  bagi ovum
  tersenyawa yg akan berkembang menjadi fetus. Uvula  Uvula, anak tekak; tisu kecil di dlm
  kerongkong. .  | 
  
      | 
 ||||||||||||||||||||||||||||||||
| 
      | 
  
      | 
  
      | 
 ||||||||||||||||||||||||||||||||
©2004 -- HBI Health & Homoeopathy
Centre
Hakcipta Terpelihara