|
M
|
|
||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Maceration Maserasi; melembutkan bahan pejal dgn
cara merendamkannya ke dlm cecair; salah satu proses dlm penyediaan ibu
larutan homeopati. Macule Makul; tompok yg tidak berbintat pada
kulit. Malaise Dedar, lesu, tidak senang; rasa tidak
sedap badan yg biasanya dialami
sebelum penyakit yg lebih teruk datang. Malaria Malaria, demam berkala; penyakit
berjangkit yg berhubung dgn kehadiran protozoa berparasit dr genus plasmodium di dlm sel darah merah, yg
ditular oleh nyamuk Anopheles, di
mana antara simptomnya ialah demam, tubuh menggigil dan berpeluh. Malformation Malformasi, salah
bentuk; pembentukan organ secara tak normal semasa perkembangan fetus. Malfunction Malfungsi, pincang tugas, salah fungsi. Malignant Malignan, membahayakan, ganas; tumor yg
cenderung menjadi lebih teruk dan mengakibatkan maut spt kanser. Malignant hypertension Hipertensi malignan Malignant tumor Tumor malignan, tumor
ganas. Malnutrition Malnutrisi, salah pemakanan, kekurangan
zat makanan, pemakanan tak seimbang Mania Mania, kegilaan; semua bentuk gangguan
mental atau kegilaan. Materia Medica Materia medika; koleksi
gambaran dan huraian terperinci
remedi-remedi homeopati serta kesan-kesannya; bdgkan dgn repertory. Maxilitis Maksilitis, inflamasi maksila. Maximum Dose Dos maksimum;
pengambilan ubatan dalam kuantiti yang banyak, selalunya dirujuk kepada dos
alopati. Measles Sakit campak; penyakit virus yg berjangkit
(khususnya kanak-kanak) dgn gejala spt selsema, demam panas dan ruam yg
berbintik berwarna merah jambu. Medical ethics Etika perubatan; nilai dan garis panduan yg harus dipatuhi oleh para doktor dalam pengamalan perubatan. Medical
Jurisprudence
Jurisprudens perubatan; kajian atau amalan aspek undang-undang berkenaan dgn
ilmu perubatan; lih. forensic
medicine. Medication Pemberian penawar. Medical practitioner Pengamal perubatan; lih. practitioner, doctor. Medicament
Ubat, penawar. Medicinal substance Bahan-bahan penawar; Medicine Ubat, penawar; sebarang bahan yg digunakan
utk mencegah atau merawat penyakit serta terbukti berkesan; lih. drug,
remedy. Medium potency Potensi sederhana, potensi pertengahan;
potensi penawar di antara 30c hingga 200c; lih. low potency, high potency. Megalgia Megalgia; kesakitan yg amat sangat spt
dalam reumatisme otot. Membrane Membran; lapisan nipis tisu yg menjadi
bahagian penting sesuatu struktur spt membran germa dan membran mukosa. Membrane covering Selaput membran. Meniere's disease Penyakit Meniere;
penyakit yg melibatkan telinga dalam dgn dengungan di dlm telinga dan
vertigo. Meninges Meninges; tiga lapisan membran yg
menyelaputi otak dan korda spina. Meningitis Meningitis; radang meninges, lapisan
membran yg menyelaputi otak dan korda spina. Menopause Menopaus, klimakterik; masa dlm kehidupan
seorang perempuan apabila ovulasi dan haid berhenti serta sistem reproduksi
tidak dapat berfungsi lagi. Menstruation Haid, katamenia; pengeluaran darah dan serpihan lapisan uterus
dr faraj pd selang kira-kira empat minggu pd perempuan dewasa, sebelum
menopaus; lih. menopause.
Mental age Usia mental; ukuran kecerdasan seseorang
berdasarkan peringkat umur yg dicapai melalui ujian kecerdasan. Mental
Mental;
simptom-simptom yang berhubung dengan minda dan emosi pesakit. Mental generals Simptom-simptom yang
berkaitan dengan tingkah laku dan personaliti pesakit secara menyeluruh; lih.
general symptoms. Mental indications Indikasi mental; Mental State Kedudukan mental. Mental symptoms Simptom-simptom mental; lih. symptoms. Mesmerism
Mesmerisme; hipnosis berdasarkan Franz Mesmer, kadangkala dgn menggunakan
magnet (besi berani) dan pelbagai alat lain; kaedah ini dipersetujui dan
disebut oleh Dr. Hahnemann di bahagian akhir buku Organon of Medicine; lih.
hypnotism. Metabolism Metabolisme; proses keseluruhan perubahan kimia yg berlaku pada sel organisma hidup. Metastatic Metastasis; perpindahan sel kanser atau
mikroorganisma patogen dari satu organ ke tempat lain tubuh samada melalui
darah, sistem limfa dan lain-lain. Miasm Miasma, kesan buruk, pengaruh buruk;
merupakan faktor-faktor yang diwarisi sejak lahir yang menghasilkan satu-satu
penyakit dengan cara melemahkan tenaga hayat. Miasma ini mungkin sekadar merupakan miasma akut atau mungkin
juga miasma kronik; lih. acute miasm, chronic miasm.
Miasmatic causes Sebab-sebab miasma; sebab-sebab
penyakit kronik spt.
sifilis, sikosis dan psora; lih.
miasm, juga syphilis, psychosis, psora. Miasmic theory Teori miasma; lih. theory
of miasm. Microorganism Mikroorganisma, mikrob;
sebarang organisma yg tersangat kecil utk dilihat dgn mata kasar termasuk
bakteria, kulat, mikroplasma, protozoa, riketsia dan virus. Midbrain Otak tengah; struktur yg menyerupai
batang, yg menghubungkan serebrum dgn otak belakang melalui pons. Middle ear Telinga tengah; rongga telinga yg berisi
udara yg terpisah drpd luar oleh membran timpanum, dan drpd telinga dalam
oleh jendela bujur. Midwifery Perbidanan, obstetrik; kerjaya yg memberikan bantuan dan rawatan perubatan kpd perempuan yg mengalami sakit bersalin dan kelahiran; lih. obstetrics. Miliary Miliari; perihal atau dicirikan oleh lesi-lesi kecil menyerupai biji sekoi, yg disebut juga letusan miliari. Miliaria purpurea Purpurea milaria, ruam skarlet. Millesimal dilution Bancuhan milesimal; persediaan potensi
berasaskan bancuhan mengikut skala milesimal; lih. millesimal
series of potency. Millesimal scale Skala milesimal; lih. millesimal
series of potency. Millesimal series of potency Potensi bersiri
milesimal; potensi berskala milesimal yg berasaskan ibu larutan dibancuh
secara bersiri dgn 999 bahagian alcohol / air suling; bdgkan centesimal
potency, decimal potency. Mineral salts Garam mineral; lih. tissue salts. Miner's
elbow Siku pelombong; inflamasi bursa ke atas
siku disebabkan oleh tekanan, spt lutut babu yg dialami pd lutut pengasuh; lih.
housemaid's knee. Minimum dose Dos minimum; kuantiti minimum penawar
potentais homeopati yang boleh mempengaruhi kuasa hayat serta memberi
kesembuhan. Miscellaneous modality Modaliti pelbagai; lih. modality. Modality Modaliti;
faktor-faktor penyebab atau perubah yang ada hubungan dengan aduan pesakit
samada menjadikan sakitnya melarat atau lega, spt. faktor suhu, masa, tempat
dll.; lih. aggravation, amelioration. Modality aggravation Agravasi modaliti, kemelaratan
modaliti; lih. aggravation, amelioration. Modifying factors Faktor-faktor pengubah; faktor yg merubah keadaan atau aduan
pesakit. Molar tooth Gigi geraham. Molecules Molekul-molekul; zarah yg terdiri drpd
dua atau lebih atom dicantum bersama oleh ikatan kimia. Monocyte Monosit; jenis sel darah putih tanpa granul
yg mempunyai nukleus. Morbid Berpenyakit, abnormal. Mortality Mortaliti; kadar kematian atau nisbah
bilangan kematian berbanding dgn jumlah populasi pd sesuatu kawasan. Motor
nerve Saraf motor Mother tincture Titikan ibu, ibu larutan; tinktur yg disediakan drpd
tumbuh-tumbuhan atau bahan haiwan dgn bantuan alkohol sebagai sediaan awal bg
penyediaan semua penawar berpotensi homeopati; lih. tincture. Mouth to mouth resuscitatioon Resusitasi mulut
ke mulut Multiple pregnancy Kehamilan berbilang;
kehamilan yg menghasilkan dua orang bayi atau lebih. Mumps Beguk; jangkitan virus yg biasa
menghinggapi kanak-kanak dgn menzahirkan gejala yg lama, spt demam, sakit
kepala, bengkak kelenjar liur parotid, dll. Murmur Deruan; bunyi jantung yg luar biasa yg
didengar melalui auskultasi. Muscle Otot; tisu yg terdiri drpd sel yg
memanjang, yg mengandungi serabut yg menghasilkan pergerakan. Muscle cramp Kejang otot; kontraksi
tak voluntari pd otot. Muscle fatigue Lesu otot; kelesuan
otot akibat kekurangan sumber tenaga utk berkontraksi dan penimbunan asid
laktik. Myocardial infarction Infarksi miokardium,
serangan penyakit jantung; nekrosis atau kerosakan otot jantung akibat
terputusnya aliran darah ke kawasan tertentu
pd jantung, spt yg berlaku dlm trombosis koronari. Myopia Miopia, rabun jauh. |
|
||||||||||||||||||||||||||||||||
|
|
|
||||||||||||||||||||||||||||||||
©2004 -- HBI Health & Homoeopathy
Centre
Hakcipta Terpelihara