| 
   | 
  
   
  | 
 
 
| 
      | 
  
  T
   | 
  
      | 
 ||||||||||||||||||||||||||||||||
  
  | 
  
   Tobaccosis  Keracunan tembakau. Tablet  Tablet; bahan yg berbentuk leper yg
  disediakan drpd gula susu; lih. lactose. Tachycardia  Takikardia; kenaikan kadar denyutan
  jantung melebihi normal secara tiba- tiba. Tachyphasia  Takifasia, pertuturan cepat; lih. tachyphrasia. Tachyphrasia  Takifrasia; percakapan
  atau pertuturan yg cepat dan berlebihan yg mungkin menggambarkan terdapat
  gangguan mental. Tachypnea  Takipnea; kadar pernafasan yg luar biasa
  cepat. Talc  Talkum; sejenis mineral lembut yg
  digunakan sbg bahan pendebu, di mana juzuk utamanya ialah magnesium silikat
  terhidrat.  Talipes  Talipes; kaki yg cacat sejak lahir. Tallus  Talus, buku lali; tulang pergelangan kaki
  yg membentuk sendi pergelangan kaki. Tapeworm  Cacing pita; cacing parasit yg terdapat di
  dlm usus dan berbentuk pipih spt pita serta bersegmen. Tarsalgia
  Tarsalgia; sakit nyeri yg timbul pd pergelangan dan tapak kaki. Tarsoplasty  Tarsoplasti; pembedahan utk membaikpulih
  tarsus kelopak mata. Tarsus  Tarsus; persendian di antara tungkai bawah
  dan kaki; tisu perantara yg membentuk kelopak mata.  Tay Sach's disease  Penyakit Tay Sach;
  penyakit keturunan yg disebabkan oleh gangguan metabolisme dan boleh memberi
  kesan lembam, gangguan mental dan buta. Taxonomy  Taksonomi; sains ttg klafikasi
  tumbuh-tumbuhan dan haiwan. Tears  Air mata; rembesan air yg beralkali dan
  masin, dikeluarkan drpd kelenjar lakrima yg berfungsi utk membasahi konjunktiva. Teeth  Gigi; satu set struktur menyerupai tulang
  yg bertempat di rahang utk menghancurkan makanan. Telepathy  Telepati; komunikasi antara dua minda dari
  jauh menerusi cara yg tidak dapat dikesan oleh ilmu sains. Temperament  Temperamen, pembawaan, tabiat; ciri-ciri
  mental dan fizikal seseorang individu. Temperature  Suhu, darjah; sukatan sejuk atau panas
  atmosfera, manusia atau tubuh. Temperature modality  Modaliti suhu; lih. modality. Temple  Pelipis; kawasan di depan telinga atau di
  sisi kepala yg bertempat di atas arkus zigoma. Temporal arteritis  Arteritis temporal;
  arteritis arteri temporal yg bercirikan demam, kekurangan berat badan, sakit
  kepala dan rasa sakit di sepanjang salur darah apabila disentuh; lih. arteritis. Temporal bone  Tulang temporal; tulang
  yg terletak pd sisi dan bahagian bawah tengkorak di mana terkandungnya organ
  pendengaran. Tenderness  Nyeri; rasa sakit pd bahagian tubuh
  apabila disentuh.  Tendinitis  Tendinitis, inflamasi tendon; inflamasi
  sesuatu tendon yg biasanya terjadi selepas penggunaan yg keterlaluan, atau
  mungkin juga kerana jangkitan bakteria atau penyakit reumatik. Tendon  Tendon; tisu fiber perantara yg
  menghubungkan otot dgn struktur lain. Tenesmus  Tenesmus; perasaan ingin membuang air
  besar terus-menerus atau perbuatan meneran tetapi tidak berhasil dan kadangkala
  menyakitkan. Tenia  Tenia; sejalur tisu lembut yg pipih dan
  menyerupai cacing pipih; cacing pita. Tenonitis  Tenonitis; lih. tendinitis. Tenoplasty  Tenoplasti; pembedahan utk membaikpulih
  kecacatan pd tendon.  Tension  Tensi, tegang; keadaan tegang atau situasi
  tegang. Teratoma  Teratoma; tumor yg terdiri drpd beberapa
  tisu yg biasanya tidak terdapat pd tapaknya, kerapkali terjadi pd testis dan
  ovari.  Term infant  Bayi cukup bulan; bayi yg lahir antara
  permulaan minggu ke 38 dan akhir minggu ke 41 gestasi. Testis  Testis; organ seks lelaki yg terdapat di
  dlm skrotum dan menghasilkan sperma. Testosterone  Testosteron; hormon seks
  utama lelaki yg dihasilkan oleh testis. Tetany  Tetani; spasma dan renggutan otot-otot
  terutama pd pergelangan tangan, kaki dan muka, lazimnya disebabkan
  kekurangan aras kalsium dlm darah. Tetanus  Tetanus, kancing rahang, kancing gigi,
  penyakit kejang mulut; penyakit infeksi akut 
  yg dicirikan dgn spasma otot. Tetraplegia  Tetraplegia, kuadriplegia; keadaan apabila
  keempat-empat anggota tubuh menjadi lumpuh; lih. quadriplegia. Thalamus  Talamus; pusat rangkaian utama utk impuls
  deria ke korteks serebrum yg berkait dgn banyak fungsi tubuh, biasanya
  dikatakan sbg tempat duduk emosi. Thalassemia  Talasemia; penyakit keturunan darah (terutama
  apabila diwarisi drpd kedua ibu dan bapa) dgn gejala spt anemia, pembesaran
  limpa dan sumsum tulang yg abnormal. Thalassophobia  Talasofobia; takut kpd
  laut. Theory of  Miasm  Teori miasma; teori ttg asal usul penyakit kronik mengikut
  klasifikasi Dr. Hahnemann; lih. miasm. Therapeutics  Terapeutik; cabang ilmu
  perubatan yg berhubungan dgn cara-cara rawatan dan penyembuhan penyakit,
  khususnya berkait dgn penggunaan ubat-ubatan. Therapy  Terapi, pengubatan, rawatan; berkenaan cara
  merawat atau mengubati penyakit.  Therapy  Terapi; rawatan yg dibuat ke atas
  pesakit atau ke atas penyakit yg dihidapi mengikut kaedah rawatan penyakit
  secara saintifik.. Thermometer  Termometer; alat utk menyukat suhu. Thermoplegia  Termoplegia, serangan panas,
  keletihan panas.    Thermotherapy  Termoterapi; perawatan
  penyakit dgn menggunakan haba. Thiamine  Tiamina; salah satu drpd vitamin B
  kompleks yg terdapat di dalam sayuran hijau, jagung, kuning telur dan hati, di
  mana kekurangannya boleh menyebabkan penyakit beri-beri. Thigh  Paha; bahagian anggota bawah dari lutut ke
  atas. Thorax  Toraks; bahagian badan di antara leher dgn
  abdomen.  Thrill  Gegaran, gentaran; getaran yg dapat dirasa
  dgn meletakkan tangan pada tubuh, spt deruan jantung atau tremor saluran
  darah. Throat  Kerongkong; kawasan antara mulut dan
  esofagus. Thrombocyte  Trombosit; lih. platelet. Thrombosis  Trombosis; suatu keadaan di mana darah
  berubah dari cecair menjadi pepejal dan membentuk bekuan darah; lih. coronary
  thrombosis, stroke.  Thrush  Seriawan; penyakit mulut dan kerongkong yg
  disebabkan oleh kulat yg dicirikan oleh tompok-tompok putih di dlm mulut
  serta diiringi dgn pembentukan ulser yg menyakitkan. Thymoma  Timoma; tumor pada tiroid yg berasal drpd
  unsur epitelium kelenjar timus. Thymus  Timus; struktur berkelenjar yg bertempat
  di bahagian leher di bawah kelenjar tiroid dan berkembang sehingga baligh. Thyrocele  Tirosel, goiter; pembengkakan kelenjar
  tiroid. Thyroid  Tiroid; kelenjar endokrin yg bertempat di
  hadapan trakea yg menghasilkan hormon tiroksina. Thyroid hormone  Hormon tiroid; bahan yg
  mengandungi iodin, disintesis dan dirembeskan oleh kelenjar tiroid, yg perlu
  bg proses metabolik dan mental yg normal. Thyroiditis  Tiroiditis; inflamasi
  kelenjar tiroid. Tibia  Tibia, tulang kering; tulang yg bersendi
  dgn lutut dan tulang pergelangan kaki.  Time modality  Modaliti masa; lih. modality. Tincture  Tinktur, larutan (ubat dlm alkohol);
  larutan yg disediakan selepas proses penyediaan ibu larutan.  Tinea  Tinea, kurap; jangkitan fungus pada kulit
  yg menyerupai gelung dan mengakibatkan gatal yg amat sangat khususnya pada
  kulit kepala dan kaki. Tinnitus  Tinitus; bunyi dlm telinga yg mungkin dlm
  bentuk berdengung, berdering, berklik-klik atau berdebup-debap. Tissue  Tisu; sekumpulan sel pd tubuh yg
  menjalankan fungsi tertentu, spt tisu otot dan tisu perantara. Tissue respiration  Respirasi tisu;
  pertukaran gas di antara sel tisu dgn darah iaitu darah membekalkan oksigen
  manakala sel membebaskan karbon dioksida ke dlm darah. Tissue salts  Garam tisu; lih. Schuessler’s salt.
   Tissue salts therapy  Terapi garam sisu; satu kaedah terapi
  yg berasaskan teori garam tisu atau biokimia Dr. Schuessler; lih. biochemic
  medicine. Tocalogy  Tokalogi, sains obstetrik; lih. obstetric. Tolerance  Tolerans; keupayaan tubuh mengendalikan
  keadaan supaya kekal normal tanpa mengakibatkan kesan buruk. Tongue  Lidah; organ berotot yang membantu dalam
  pengucapan dan berfungsi sbg deria rasa. Tonsil  Tonsil; jisim tisu yg terletak di bahagian
  posterior nasofarinks. Tonsilitis  Tonsilitis, inflamasi tonsil; inflamasi
  tonsil disebabkan oleh jangkitan bakteria atau virus dan menyebabkan sakit
  tekak, demam dan sukar menelan. Tonus  Tonus; keadaan normal kontraksi atau
  ketegangan otot. Torpor  Apati, tiada aktiviti; keadaan kelembaman
  dan reaksi yg berkurangan yg menunjukkan terdapatnya gangguan. Torticollis  Tortikollis, herotan
  leher; lih. wryneck. Total hysterectomy  Histerektomi total;
  pembuangan seluruh rahim; lih. hysterectomy. Totality of symptoms Keseluruhan semboyan; kesemua simptom-simptom yg dizahirkan
  atau terdapat pd pesakit (yg dikutip semasa sesi konsultasi), samada yg
  bersifat objektif atau subjektif. Tourniquet  Torniket, penasak; alat yg digunakan utk
  menekan salur darah supaya pengaliran darah tersekat. Toxaemia  Toksemia; sebarang sakit-demam atau
  keracunan darah yg disebabkan oleh toksin; bdgkan dgn pyaemia, septicaemia. Toxic goitre  Goiter toksik; gangguan
  yg ditandai dgn pembesaran kelenjar tiroid dan perembesan hormon tiroid yg
  berlebihan, dgn disertai denyutan nadi yg cepat, mata yg terbonjol,
  pengeluaran peluh yg berlebihan dan rangsangan saraf.  Toxicity  Ketoksikan, keracunan; darjah ketinggian
  racun sesuatu bahan. Toxicology  Toksikologi; ilmu atau kajian berkaitan
  dgn keracunan dan ketoksikan. Toxin  Toksin; suatu bahan yg dibentuk oleh
  organisma hidu, khususnya oleh bakteria. Tracer  Penyurih; agen yg dapat digunakan utk
  mengenalpasti atau mengesan bahan atau struktur tertentu di dlm tubuh. Trachea  Trakea, salur udara; tiub yg menyalurkan
  udara masuk ke dlm paru-paru. Trachitis  Trakitis, inflamasi trakea. Trachoma  Trakoma; penyakit mata berjangkit yg
  melibatkan konjunktiva dan kornea, yg disebabkan oleh bakteria Chlamydia trachomatis. Traditional medicine  Perubatan tradisional; umumnya memahami
  perubatan tradisional sebagai semua amalan perubatan selain drpd sistem
  perubatan moden atau alopati spt. akupunktur, homeopati, herba, urut dsbnya. Trituration  Triturasi, pengisaran; pengurangan
  bahan pepejal (yang tidak larut) kepada debu halus dengan cara mengisar bahan
  tersebut bersama laktos dalam kuantiti tertentu; lih. succussion,
  dynamisation. Trait  Trait; ciri-ciri yg membezakan atau
  diperoleh secara warisan, spt talasemia.  Tranquilizer Trankuilizer, neuroleptik; agen mententeram atau meredakan yg
  bertindak ke atas sistem saraf.   Trans-  Trans, melalui, merentangi. Transplant  Transplan; memindahkan organ atau tisu dr satu
  bahagian tubuh ke bahagian yg lain atau dr seorang individu kpd individu yg
  lain. Trauma  Kecederaan, luka; kecederaan fizikal atau
  gangguan mental akibat sesuatu kemalangan atau pengalaman yg pahit. Treatment  Perawatan; rawatan perubatan yg diberikan
  kpd pesakit. Tremor  Tremor; gigilan atau ketaran bahagian
  tertentu tubuh secara berentak.  Trials  Percubaan-percubaan; lih. clinical trials. Trichiasis  Trikiasis; keadaan apabila bulu di sekitar
  sesuatu rongga tumbuh menghala ke dalam atau apabila air kencing kelihatan
  mengandungi filamen spt rambut. Trichitis  Trikitis; inflamasi akar rambut. Trichology  Trikologi; ilmu atau kajian ttg penjagaan
  rambut. Trimester  Trimester; tempoh masa tiga bulan dlm
  setiap peringkat kehamilan.  Trismus  Trismus; ketidakupayaan membuka mulut
  disebabkan oleh spasme otot rahang, yg merupakan gejala awal tetanus.  Trophology  Tropologi; ilmu ttg pemakanan tubuh badan True rib  Tulang rusuk asli; tujuh pasang tulang
  rusuk yg atas yg berhubungan dgn tulang belakang dan sternum. Tuber  Pembengkakan, pembesaran. Tuberculosis  Tuberkulosis; penyakit
  berjangkit pd manusia dan haiwan yg disebabkan oleh tubercle bacilli yg mempunyai banyak dan pelbagai manifestasi dlm
  paru-paru, otak dan tulang. Tubule  Tubul, tiub kecil; suatu struktur yg
  berbentuk spt tiub. Tumour
  Tumor, ketumbuhan; ketumbuhan atau pembengkakan yg membesar secara tidak
  normal, samada benigna atau malignan. Turner's syndrome  Sindrom Turner; sindrom
  pd manusia yg mempunyai kromosom seks XO, di mana individu tersebut
  berfenotip perempuan tetapi biasanya mandul. Tussis  Tusis, batuk; lih. cough. Twitch  Gerenyet; gerak balas kontraksi oleh unit
  kecil otot rangka buat seketika. Tympanum  Timpanum; telinga tengah atau gegendang
  telinga. Typhus  Demam tifus; salah satu drpd sekumpulan
  jangkitan disebabkan oleh riketsia dan dicirikan oleh sakit kepala yg teruk,
  ruam, demam panas yg berterusan dan delirium..  Typhoid fever  Demam tifoid, demam
  kepialu; demam berjangkit yg disebabkan oleh Salmonella typh, yg dicirikan dgn seram sejuk, demam, diarea dan
  simptom-simptom lain. Typhomania  Tifomania; keadaan meracau-racau yg
  didapati dlm demam tifoid.     | 
  
      | 
 ||||||||||||||||||||||||||||||||
| 
      | 
  
      | 
  
      | 
 ||||||||||||||||||||||||||||||||
©2004 -- HBI Health & Homoeopathy
Centre
Hakcipta Terpelihara