| 
   | 
  
   
  | 
 
 
| 
   Penghargaan  | 
  ||||||||||||||||||||||||||||||||||
| 
     
      | 
  
      | 
  
      | 
 ||||||||||||||||||||||||||||||||
| 
     PENGHARGAAN  Sekali lagi saya mengucapkan ribuan
  terima kasih kepada Dr. (H) Anis
  Fatmawati Bt. Che Ahmad kerana
  sudi meneliti dan menyemak naskhah Kamus Istilah Perubatan Homeopati. Ini merupakan kali kedua saya memohon bantuan beliau menyemak buku
  yang ditulis supaya output dari penulisan saya, khususnya penyusunan kamus istilah
  ini benar-benar mantap dan memuaskan.    
  Walaupun buku ini mungkin masih boleh ditambah di sana sini, tetapi
  setakat inilah kemampuan saya. Jika saya menangguhkan lagi bagi tujuan
  mengemaskinikan lagi naskhah ini, maka dikhuatiri lambatlah penerbitannya.
  Sedangkan kita amat memerlukan sebuah kamus khusus yang memasukkan banyak
  istilah-istilah perubatan homeopati bagi memandu masyarakat Malaysia terutama
  yang terlibat dalam arena perubatan homeopati.    
  Semoga ini merupakan satu lagi buah tangan yang dapat saya sumbangkan
  kepada perkembangan Sistem Perubatan Homeopati di Malaysia.     
  Akhir sekali, saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih untuk semua pelanggan HBI
  yang membantu memajukan produk homeopati keluaran HBI. Tanpa sokongan mereka semua, amat
  sukar bagi saya dan HBI Health & Homoeopathy Centre meneruskan perjuangan
  mengembangkan homeopati dalam gelanggangnya yang tersendiri.   Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD. Besut, Terengganu.        | 
  
      | 
 |||||||||||||||||||||||||||||||||
| 
      | 
  
      | 
  
      | 
 ||||||||||||||||||||||||||||||||
| 
      | 
  
      | 
  
      | 
 ||||||||||||||||||||||||||||||||