Muka Depan

Penghargaan

Pendahuluan

Penyusun

Rujukan

 

D

 

A

B

C

D

E

F

G

H

I

J

K

L

M

N

O

P

Q

R

S

T

U

V

W

X

Y

Z

 

 

 

Deafness  Kepekakan; hilang pendengan sebahagian atau sepenuhnya.

Death  Kematian; ketiadaan fungsi-fungsi vital; keadaan di mana tubuh terpisah drpd roh, atau dlm ertikata lain tanpa kuasa hayat (konsep homeopati).

Decimal dilution  Pencairan desimal; bancuhan secara perpuluhan bagi mendapatkan potensi penawar mengikut skala desimal; lih. dan bdg centesimal dilution.

Decimal scale  Skala desimal, sukatan desimal, sukatan perpuluhan; satu sistem bancuhan bersiri di mana nisbah antara zat terlarut (tinktur) dengan pelarut ialah 1:9 bagi tiap peringkat bancuhan; lih. centesimal scale.

Decimal series of potency  Potensi bersiri desimal; potensi penawar yang berasaskan bancuhan secara perpuluhan; bdgkan dgn centesimal series of potency atau millesimal series of potency dan lih. centesimal series of potency.

Defect Defek; ketiadaan atau kekurangan sebahagian drpd sesuatu struktur, tidak sempurna.

Defibrillation  Defibrilasi; penghentian fibrilasi otot jantung dan pemulihan rentak normal.

Deglutition  Penelanan; proses deglutisi (swallowing) di mana melaluinya makanan dipindahkan dr mulut ke esofagus.

Delirium  Delirium, racauan; gangguan mental yg biasanya berlaku ketika berlangsungnya penyakit berjangkit atau dipengaruhi dadah berbahaya. Biasa juga berlaku bila seseorang itu mengalami demam panas.

Delirium tremens  Racauan tremens; racauan mental akut yg berkai­tan dgn penagihan alkohol.

Delivery  Kelahiran, bersalin; lih. parturition.

Depressant  Depresan, bahan penekan; lih. regulatory, stimulant

Detoxification  Detoksifikasi, pendetoksikan, penyahtoksikan;

Delusion  Delusi; kepercayaan berasaskan tanggapan yg silap.

Dementia  Demensia; kemerosotan yg menjejaskan intelek.

Dendrit  Dendrit; cabang atau struktur sitoplasma neuron yg menyerupai benang.

Dengue  Denggi; penyakit demam yg dicirikan dgn gejala sakit kepala, mata, otot, sendi dan tekak, yg tersebar melalui gigitan nyamuk Aedes.

Dentition  Kegigian.

Denture  Dentur, set gigi tiruan.

Deposit  Deposit; bahan organik dan tidak organik yg terkumpul di dlm rongga atau tisu.

Depressant  Depresan; agen yg menghalang fungsi normal tubuh, yg selalunya dirujuk kpd kesan drpd tindakan ubat dadah  spt barbiturat, opiat dan anestetik umum; lih. juga suppression.

Depression  Depresi, kemurungan; keadaan mental yg dicirikan oleh kesedihan yg keterlaluan.

Dermatitis  Dermatitis, inflamasi kulit; inflamasi kulit akibat agen luar di mana kulit menjadi merah, gatal dan mungkin timbul repuhan kecil.

Dermatologi  Dermatologi; cabang ilmu perubatan moden yang meng­kaji kulit dan penyakitnya.

Dermis  Dermis, kulit.

Detoxification  Detoksifikasi; proses mengurangkan atau menyahkan kesan toksik pada sesuatu bahan.

Deviant  Devian; seorang yg mempunyai ciri-ciri yg berlainan drpd normal.

Deviation  Pesongan; kecenderungan paksi penglihatan mata menjadi tidak sejajar akibat ketidakseimbangan otot.

Diabetes  Diabetes, kencing manis; penyakit pembuangan air kencing yg berlebihan spt. kencing manis.

Diabetes mellitus  Diabetes melitus, kencing manis; penyakit ketidakupayaan tubuh mengawal glukos akibat drpd penghasilan atau penggunaan insulin yg tidak mencukupi.

Diabetes insipidus  Diabetes insipidus; jenis diabetes akibat kekurangan hormon pituitari vasopresin.

Diabetics  Pengidap kencing manis, berdiabetes.

Diagnosis  Diagnosis; cara utk mengenalpasti penyakit pesakit dan membezakannya dgn yg lain.

Diaphragm  Diafragma; otot yg memisahkan rongga abdomen drpd rongga toraks.

Diarrhoea  Diarea, cirit-birit; mengeluarkan najis cair terlalu kerap.

Diastole  Diastole; masa ventrikel jantung relaks dan dipenuhi darah.

Diastolic pressure  Tekanan diastole; tekanan minimum yg dicatat pada peringkat akhir relaksasi ventrikel; bdgkan dgn systolic pressure.

Diet  Diet, gizi; jumlah dan jenis makanan serta minuman yg diambil oleh individu setiap hari.

Dietary modality  Modaliti pemakanan; lih. modality.

Dietetics  Dietetik; ilmu tentang diet dan prinsip pemakanan.

Diathesis  Diatesis; kecenderungan tubuh utk mendapat penyakit tertentu.

Digestion  Penghadaman, pencernaan; proses di mana makanan yg dimakan diuraikan dlm kanal alimentari ke dlm bentuk yg dpt diserap dan diasimilasikan oleh tisu-tisu tubuh.

Digestive system  Sistem pencernaan; lih. digestion.

Digitalis  Digitalis; ekstrak drpd daun-daun kering pokok foxgloves yg mengandungi pelbagai bahan termasuk Digitoxin dan Digoxin, merupakan ubat yang digunakan dlm rawatan penyakit jantung; homeopati juga menggunakan Digitalis tetapi dalam bentuk potensi bagi merawat pesakit termasuk pesakit berpenyakit jantung yg berdegut perlahan dan tidak sekata.

Dilatation  Pendilatan; pembesaran bukaan (lumen) sesuatu struk­tur spt usus, pembuluh darah atau faraj.

Dilution  Pencairan, bancuhan; tindakan membancuh dgn mencampurkan cecair (spt titikan ibu) dengan cecair lain (spt air suling) yg mengakibatkan bahan asal hilang kekuatan dalaman(dadah)nya.

Diluted alcohol  Alkohol cair, alkohol terbancuh.

Dilution effect  Kesan pencairan; kesan bancuhan yang mengurangkan kuasa racun.

Dilution ratio  Nisbah dilusi, nisbah bancuhan, nisbah pencairan.

Dilution series  Siri bancuhan, siri pencairan.

Disease  Penyakit, tidak sihat; penyakit diklasifikasikan secara kasar oleh Dr. Hahnemann kepada dua jenis sahaja dan pengetahuan jenis-jenis penyakit mengikut klasifikasi alopati tidak banyak membantu rawatan homeopati dalam pemilihan penawar; lih. acute disease, chronic disease, disease entity.

Disease entity  Entiti penyakit, hakikat penyakit.

Diphtheria  Difteria; penyakit berjangkit dan akut yg menyebabkan gangguan hidung dan kerongkong.

Diplegia  Diplegia; kelumpuhan yg melibatkan kedua-dua belah bahagian tubuh (spt. kedua-dua belah bahagian bawah).

Diplopia  Diplopia; penglihatan berganda (nampak dua) drpd satu objek.

Disability  Ketidakupayaan; kekurangan daya utk berfungsi secara normal samada segi fizikal atau mental.

Discharge  Discaj, lelehan; cecair yg mengalir keluar drpd organ atau rongga tubuh.

Disease  Penyakit, tidak selesa; gangguan yg mempunyai sebab tertentu serta tanda-tanda dan gejala-gejala yang dikenali dan tidak dikenali pada tahap ilmu semasa, @ gangguan fungsi dan perasaan yang menegah seseorang drpd rasa tenteram; Dr. Hahnemann mengklasifikasikan penyakit kepada dua jenis utama, iaitu penyakit akut dan penyakit kronik; lih. acute disease, chronic disease.

Disease progress  Perkembangan penyakit.

Dislocation  Dislokasi, tergeliat; keteranjakan bahagian tubuh dari kedudu­kan normal, khususnya tulang.

Disorder  Gangguan; lih. disturbance.

Disorientation Disorientasi; kekeliruan mental berhubung dgn masa, tempat atau identiti.

Dispensary  Dispensari; tempat ubat dibancuh dan diberikan kpd pesakit.

Distention  Distensi; pengembangan atau pembesaran akibat penim­bunan sesuatu spt. angin, darah atau air.

Distilled water  Air suling.

Disturbance Gangguan; ketidaknormalan  fungsi sesuatu organ atau sesuatu sistem.

Diuresis  Diuresis; peningkatan penghasilan atau pembuangan air kencing.

Diuretic  Diuretik; ubat yg boleh meningkatkan pengeluaran air kencing; bdgkan antidiuretics.

Doctor  Doktor; orang yang mempunyai ijazah tertinggi drpd mana-mana fakulti  sesebuah universiti, atau orang yang mengamal perubatan; lih. medical practitioner.

Dominant  Dominan; sifat yg lebih kuat pengaruhnya, yg diwarisi drpd salah seorang ibu bapa.

Dorsal  Dorsal; berkaitan dgn bahagian belakang tubuh.

Dosage  Dosej, sukatan.

Dose  Dos; sukatan ubat atau penawar; kuantiti ubat dadah yg diberi pada satu-satu masa; lih. maximum dose, fatal dose, homoeopathic dose dan minimum dose.     

Down's syndrome  Sindrom down; sindrom yang lazimnya menyebabkan individu terencat akal.

Drainage  Penyaliran; lih. detoxification.

Dropsy  Dropsi; timbunan cecair di dalam tisu atau rongga tubuh, edema.

Drug  Dadah, ubat; bahan ubat, agen kimia yg memberi kesan pada semua benda hidup samada dlm keadaan sihat atau sakit.

Drug efficacy  Kemujaraban ubat, keupayaan ubat.

Drug picture  Gambaran ubat, gambaran penawar; satu susunan maklumat mengenai kesan-kesan atau simptom-simptom penawar homeopati yang didapati menerusi ujibukti penawar, pengalaman klinikal, cerapan epidemiologikal dan penemuan toksikologikal.

Duct  Duktus; saluran; laluan yg mempunyai dinding yg ketara spt. saluran kumuhan.

Duodenitis  Duodenitis; inflamasi mukosa duodenum.

Duodenum  Duodenum; bahagian usus kecil yg mengunjur; bahagian pertama drpd tiga bahagian usus kecil, yg memanjang dr pilorus gaster ke jejunum.

Duration of treatment  Jangkamasa rawatan, tempoh rawatan.

Dyscrasia  Diskrasia; keadaan tidak normal yg berlaku kerana ketidak­seimbangan komponen di dalam tisu tubuh spt. kekurangan sel tertentu dalam darah.

Dysentery  Disenteri; gangguan yg menyebabkan cirit berdarah.

Dysfunction  Disfungsi; gangguan atau ketidaknormalan fungsi organ.

Dyslexia  Disleksia; ketidakupayaan memahami sesuatu yg dibaca.

Dysmenorrhoea  Dismenorea, senggugut; sakit masa keluar haid.

Dynamis  Dinamis; homeopati merujuk dynamis kepada kekuatan vital force yang bersifat rohani dan menguasai tubuh.

Dynamization  Dinamisasi, potentisasi; satu proses di mana bahan asal penawar homeopati ditukarkan kepada penawar yang bertenaga dan berdinamik; lih. potentisation.

Dyspepsia  Dispepsia, senak; gangguan pencernaan makanan yg menyebabkan sakit sudu hati selepas makan.

Dysphagia  Disfagia, kesukaran menelan; lih. aphagia.

Dysphasia  Disfasia; gangguan pertuturan kerana ketidakupayaan menyelaras dan menyusun perkataan.

Dysplasia  Displasia, ketidaknormalan pembentukan tisu.

Dyspnoea  Dispnea, keadaan sukar utk bernafas yg biasanya dihubungkan dgn penyakit yg serius pd jantung atau paru-paru.

Dystaxia  Distaksia, kesukaran mengawal pergerakan voluntari.

Dystrophy  Distrofi; degenerasi atau kelemahan otot-otot kerana pertumbuhan tak normal.

Dysuria  Disuria; sukar atau sakit masa membuang air kecil.

 

 

 

 

 

©2004 -- HBI Health & Homoeopathy Centre
Hakcipta Terpelihara