| 
   | 
  
   
  | 
 
 
| 
      | 
  
  I
   | 
  
      | 
 ||||||||||||||||||||||||||||||||
  
  | 
  
   Iatrogenic  Iatrogenik; kemudaratan atau penyakit yg
  timbul akibat perawatan atau pembedahan, khususnya kesan drpd perubatan
  moden. Iatrogenic disease  Penyakit iatrogenik;
  lih. iatrogenic disorders. Iatrogenic disorders  Gangguan iatrogenik;
  sejenis gangguan yang disebabkan oleh terapi perubatan yang diamalkan itu
  sendiri, selalunya merujuk kepada kesan sampingan ubat-ubat dadah. Ice bag Beg ais. Ideology  Ideologi; falsafah mind. Idiocy Idiosi; rencat akal yg teruk atau kurang keupayaan mental dgn pencapaian IQ di bawah 25. Idiopathic  Ideopatik, penyakit primari; penyakit yang
  berpunca drpd miasma tertentu.  Idiopathy  Idiopati; penyakit yg puncanya tidak
  diketahui. Idiosyncracy  Idiosinkrasi, kelakuan
  tersendiri; tabiat atau gaya tersendiri seseorang individu; kesensitifan atau
  gerak balas abnormal seseorang individu terhadap ubat maupun bahan tertentu.  Ileitis  Ileitis, inflamasi ileum; keradangan ileum
  yg mungkin disebabkan oleh penyakit Crohn, tuberculosis, tifoid. Ileocolitis  Ileokolitis, inflamasi ileum dan kolon;
  lih. juga ileitis. Ileum  Ileum; bahagian usus dari jejunum ke sekum. Ileus  Ileus; kehilangan aktiviti kontraksi ileum
  tanpa penyumbatan yg mengakibatkan kembung. Ilium  Ilium; bahagian superior tulang pinggul
  atau tulang pangkal paha. Illicit drug  Dadah terharam; dadah
  yg penggunaannya diharamkan oleh kerajaan kerana dadah tersebut menimbulkan
  kesan buruk dan ketagihan spt heroin, morfin dsbnya. Illumination  Iluminasi, pencahayaan;
  pemancaran cahaya ke bahagian tertentu tubuh spt rongga dan organ atau objek
  lain utk pemeriksaan. Illusion  Ilusi, salah amatan; salah tafsiran
  terhadap sesuatu objek atau keadaan. Image  Imej; gambaran optik yg dihantar oleh
  saraf optik ke otak atau perwakilan mental 
  yg timbul drpd fikiran. Imbecility  Imbesiliti; darjah keabnormalan kecerdasan
  yg lebih baik sedikit drpd dungu. Immature infant  Bayi tak matang; bayi yg
  mempunyai berat tubuh antara 500-999 gm semasa lahir (biasanya pada minggu ke
  28 gestasi) dgn peluang utk hidup yg tipis. Immune system 
  Sistem
  pertahanan; yg mempertahan dan menentang jangkitan tertentu kerana kehadiran
  antibodi. Immunity  Imuniti, keimunan, kelalian, kekebalan;
  keresistanan seseorang individu terhadap penyakit atau jangkitan tertentu
  akibat gerak balas sel pertahanan dan antibodi terhadap antigen (yg
  diperoleh secara semula jadi atau pemvaksinan). Immunization  Pengimunan; penghasilan
  pengimunan dgn cara buatan atau pemberian penawar. Immunology  Imunologi; kajian ttg gerak balas tubuh
  terhadap mikroorganisma atau protein asing. Impetigo
  impetigo; inflamasi akut dan senang berjangkit pada kulit, yg dicirikan dgn
  pustul dan keruping akibat jangkitan streptokokus atau stafilokokus.  Implant  Implan; bahan spt tisu, bahan lengai atau
  radioaktif yg ditempelkan atau dimasukkan ke dalam tubuh. Implantation  Implantasi. Imponderabilia  Imponderabilia; sumber
  penawar homeopati drpd tenaga, yg didapati drpd reaksi fizikal atau
  semulajadi.  Impotence  Impotens, mati pucuk; kekurangan tenaga
  seks lelaki kerana kegagalan ereksi atau ketakupayaan ereksi sehingga ejakulasi. Impregnation  Impregnasi, proses menghamilkan manusia
  atau membuntingkan haiwan. Impulse  Impuls; daya tolakan yg dapat dirasai di
  sesuatu bahagian tubuh spt impuls jantung. In situ  In situ; berada dalam kedudukan asal atau
  normal. Incest  Sumbang, sumbang mahram, zina sebaka;
  perhubungan jenis antara saudara mara yang rapat. Incidence  Insidens, bilangan kes penyakit atau
  kejadian yg berlaku pd sesuatu populasi dlm tempoh tertentu. Incised wound  Luka hiris. Incision  Insisi; hirisan yg terhasil apabila tisu dihiris
  dgn alat tajam. Incisor  Insisor; gigi kacip atau sesuatu benda
  lain yg digunakan utk mengerat atau memotong.  Incisor tooth  Gigi kacip; salah satu
  drpd empat gigi hadapan pada setiap rahang. Incomplete fracture  Fraktur separa Incontinence  Inkontinens;
  ketidakupayaan mengawal pembuangan air kencing atau air besar. Idex Indeks, jari pertama; nisbah antara satu bahagian dgn yg lain yg diambil sebagai satu standard. Index finger Jari telunjuk. Indian
  hemp  Cannabis
  indica, hasis; salah satu sumber penawar homeopati; lih. hashish. Individualisation  Individualisasi; merawat seorang
  pesakit sebagai individu dan unik bagi mendapatkan penawar yang seraksi Induction  Induksi, pengaruhan; proses yg
  mempercepatkan terjadinya sesuatu keadaan atau peristiwa spt penghasilan
  anestesia umum atau proses kelahiran. Inertia  Inersia; ketidakmampuan bergerak;
  kelembaman atau ketiadaan aktiviti dlm otot-otot licin tertentu. Infant  Bayi; kanak-kanak berumur di bawah 1 tahun
  khususnya bayi baru lahir. Infantilism  Infantilisme; kelangsungan ciri
  keanak-anakan (spt terencat akal, pertumbuhan anggota seks yg tak sempurna
  atau kekerdilan) sehingga ke peringkat dewasa. Infarction  Infarksi; kematian sebahagian atau seluruh
  organ yg berlaku yg disebabkan penghalangan peredaran darah ke kawasan
  tersebut oleh trombus atau embolus. Infection  Infeksi, jangkitan; serangan terhadap
  tubuh oleh organisma berbahaya spt bakteria, fungus, protozoa atau virus;
  lih. infectious disease. Infections  Infeksi, jangkitan, kesan; lih. infectious disease. Infectious disease  Penyakit berjangkit; penyakit yg dapat
  ditularkan di antara manusia dgn manusia atau manusia dgn binatang, baik
  secara langsung ataupun tidak. Infertility
   Ketaksuburan; ketidakbolehan seorang
  wanita mengandung atau memulakan penghamilan (lelaki). Inflamations  Inflamasi, bengkak, keradangan; gerak
  balas perlindungan yg berupa kepanasan, kebengkakan, kemerahan dan kesakitan
  yg tercetus oleh kecederaan atau kerosakan tisu akibat sesuatu, spt bahan
  kimia, organisma dll. Influenza  Influenza; penyakit berjangkit akut yg
  melibatkan salur pernafasan bahagian atas akibat jangkitan virus. Infusion
  Infusi; kaedah pemberian terus ubat-ubatan atau cecair tubuh selain darah ke
  dalam vena utk rawatan, atau pengekstrakan bahan larut dari herba yg
  direndamkan ke dalam air. Ingesta  Ingesta; makanan dan minuman yg diambil ke
  dalam kanal alimentari melalui mulut. Inguinal  Inguinal; berkaitan dgn selangkang (groin). Inimical remedy  Penawar bermusuh;
  penawar atau remedi yang saling bermusuh antara satu sama lain dan
  menambahkan komplikasi penyakit bila diberi bersama atau berselang.   Injury  Kecederaan; lih. cuts, trauma. Inoculation  Inokulasi; proses memasukkan agen penyakit
  spt vaksin virus ke dalam individu sihat utk menghasilkan keimunan aktif pada
  individu tersebut. Inotropic  Inotropik; berkaitan dgn sesuatu spt dadah
  yg mempengaruhi kontraksi otot. Insanity  Ketidaksiuman; keadaan pesakit akibat
  gangguan mental yg teruk sehingga ia tidak ditaklifkan di atas setiap
  perlakuannya. Inscription  Inskripsi; bahagian preskripsi yg
  menyatakan nama ubat dan jumlah dosnya. Insemination  Permanian; kemasukan
  semen ke dlm faraj. Insomnia  Insomnia; keadaan tidak dapat tidur atau susah
  hendak tidur. Insufficiency  Lemah fungsi;
  ketidakbolehan organ atau bahagian spt jantung atau ginjal utk menjalankan
  fungsi normalnya. Insulin  Insulin; sejenis hormon peptida yg
  mengurangkan paras glukosa darah dan merangsang penggunaan glukosa dgn
  meningkatkan kadar pengangkutan glukosa menyeberangi membran sel.  Insulin dependent diabetes  Diabetes
  bersandarkan insulin, diabetes juvenil.  Insulinoma  Insulinoma; tumor benigna yg menyebabkan
  hipoglisemia. Intelligent quotient (IQ)  Hasil bahagi kecerdasan;
  indeks perkembangan kecerdasan mengikut umur atau secara relatif berbanding
  populasi lain.. Intensive care  Jagaan rapi, rawatan
  intensif; jagaan kesihatan secara rapi dan khusus bagi pesakit-pesakit yg
  sakit tenat oleh kakitangan terlatih di hospital. Intersex  Interseks; individu yg mempunyai
  kedua-dua sifat keperempuanan atau kelelakian samada dari segi fizikal atau
  perasaan. Intoxication Intoksikasi; gejala yg timbul akibat pengambilan larutan
  tertentu spt alkohol, air dan serum secara berlebihan. Intravenous  Intravena; ke dlm atau di dlm vena.  Intrinsic  Intrinsik; berkaitan dgn ciri semula jadi
  yg terdapat pd sesuatu. Iodine  Iodin; unsur yg diperlukan dlm jumlah kecil
  utk pertumbuhan dan perkembangan yg sihat, di mana kekurangannya boleh mengakibatkan
  goiter; Ia biasa digunakan dlm bentuk larutan sbg ubat; Iodine atau Iodium juga
  adalah salah satu penawar homeopati yg boleh digunakan bagi merawat penyaakit
  tertentu spt bengkak tiroid, kelenjar limfatik, ovari dsbnya.   Iophobia  Iofobia; tersangat takut kepada racun. Ipecacuanha Ipekakuanha; akar pokok yg biasa digunakan dalam bentuk tinktur dan sirap sebagai ekspektoran utk melegakan batuk dan mendorong muntah; penawar Ipecac homeopati juga biasa digunakan dalam kes loya, muntah-muntah atau sakit saluran pernafasan. Iridology  Iridologi; Ilmu
  tentang iris, yakni satu kajian mengenai apa yang tergambar pada iris mata dan
  pengamatan terhadap sebarang perubahan yang berlaku padanya. Ini adalah satu
  kaedah diagnosis dan boleh dijadikan sebagai alat bagi mengawasi keadaan
  kesihatan seseorang.  Iris  Iris; membran
  berwarna di bahagian hadapan bebola mata, yg mengawal jumlah cahaya yg
  memasuki mata. Iritis  Radang iris; inflamati sebarang trek uveal
  pada mata.. Ischaemia  Iskemia; aliran darah yg tidak mencukupi
  ke sebahagian tubuh yg disebabkan oleh pengecutan atau penyekatan pembuluh
  darah.  Isodes  Isod; penawar homeopati berpotensi yang
  disediakan drpd agen penyebab penyakit yang diambil drpd pesakit untuk
  merawat pesakit berkenaan, spt. darah, nanah, tisu, dsbnya; Dalam kes alergi,
  bahan-bahan yang menyebabkan seseorang itu alergik boleh juga digunakan dalam
  dos homeopati untuk merawat pesakit tersebut; lih. isotherapy. Isopathy  Isopati; merawat penyakit dengan
  menggunakan bahan yang identikal dengan apa yang menyebabkan penyakit, iaitu
  seperti yang diamalkan dalam vaksinasi dan imunisasi; lih. isodes,
  isotherapy. Isotherapy  Isoterapi; amalan merawat penyakit
  menggunakan isod; lih. isodes. Isolation  Isolasi; pemisahan pesakit yg dijangkiti
  penyakit berjangkit. Isthmus  Segenting; bahagian mencerut atau sempit
  pada organ atau tisu. Itch  Gatal; ketidak selesaan setempat atau
  iritasi kulit; lih. pruritus. 
   - itis  Inflamasi, keradangan.    | 
  
      | 
 ||||||||||||||||||||||||||||||||
| 
      | 
  
      | 
  
      | 
 ||||||||||||||||||||||||||||||||
©2004 -- HBI Health & Homoeopathy
Centre
Hakcipta Terpelihara