Muka Depan

Penghargaan

Pendahuluan

Penyusun

Rujukan

 

S

 

A

B

C

D

E

F

G

H

I

J

K

L

M

N

O

P

Q

R

S

T

U

V

W

X

Y

Z

 

 

 

Sac  Kantung; organ atau struktur seakan beg, spt kantung lakri­ma.

Saccharides  Sakarida; pelbagai jenis gula termasuk gula ringkas.

Saccharin  Sakarin, pengganti gula, bahan pemanis.

Sacrum  Sakrum; tulang segi tiga dan sebahagian drpd kolum verte­bra atau spina.

Sadism  Sadisme; penyimpangan seksual di mana kenikmatan seksual diperolehi dgn cara menyakiti pasangannya.

Salicylic acid  Asid salisilik; sejenis asid yg mempunyai kesan analgesia, antiinflamasi dan antidemam.

Saliva  Air liur; rembesan jernih bersifat alkali yg dihasilkan oleh kelenjar liur.

Salivary gland  Kelenjar liur; kelenjar yg menghasilkan air liur.

Salmonella  Salmonela; bakteria yg menyebabkan gangguan usus.

Sarcode  Sarkod; penawar homeopati yang disediakan secara potentisasi drpd sumber tisu sihat atau sekresi normal, contohnya drpd ginjal yg sihat; lih. nosode, organotherapy.

Sarcoma  Sarkoma; tumor tisu perantara yg mungkin malignan dan merupakan salah satu drpd dua jenis kanser yg utama; lih. carci­noma.

Sarcomatosis  Sarkomatosis; keadaan terdapat pembentukan sejenis sarkoma.

Scabies  Skabies, kudis buta; sejenis penyakit kulit yg mudah berjangkit yg menimbulkan rasa gatal-gatal dan berkudis, dikaitkan dgn kehadiran tungau gatal Sarcoptes scabies.

Scald  Lecur; lepuh yg terjadi akibat terkena haba spt air panas atau api.

Scan  Pengimbasan; kaedah memeriksa bahagian tertentu tubuh, samada dgn menggunakan gelombang bunyi ataupun sinaran.

Scanning speech  Pertuturan berjeda; pertuturan yg suku katanya terhenti-henti.

Scapula  Skapula, tulang belikat; sepasang tulang yg berbentuk segi tiga yg terdapat pada bahagian belakang bahu. 

Scar  Parut; kesan luka setelah sembuh.

Scarlatina  Skarlatina, demam skarlet; penyakit berjangkit khususnya kanak-kanak disebabkan oleh bakteria genus Strepcoccus dgn gejala spt demam, rasa tidak sihat, sakit tekak dan ruam skarlet; bdgkan german measles dan lih. scarlet fever.

Scarlet fever  Demam skarlet; penyakit berjangkit yg disebabkan oleh bakteria streptokokus dan menimbulkan seram sejuk, demam panas, sakit kerongkong, ruam kulit dan lidah pudar warna.

Schizophrenia  Skizofrenia; gangguan psikiatrik di mana seseorang itu hilang kontak dan menyalahtafsir realiti.

Schuessler salts  Garam tisu Schuesler; penawar biokimia yg disediakan secara triturasi dan dipreskripsi mengikut keperluan tubuh, iaitu yg berjumlah 12 kesemuanya; lih. tissue salts.

-scope  -skop; alat utk melihat sesuatu struktur atau mendengar sesuatu bunyi.

Sciatic nerve  Saraf skiatik; saraf paling besar yg terletak di bahagian belakang kaki

Sciatica  Skiatika; inflamasi atau kecederaan saraf skiatika di belakang paha, betis dan kaki.

Scler-  Skler (sklero), pengerasan, penebalan.

Sclerosis  Sklerosis, pengerasan tisu, biasanya akibat parut yg tertinggal selepas inflamasi.

Scopophobia  Skopofobia; sangat takut bila dilihat.

-scopy  -skopi; kaedah utk melihat sesuatu struktur tubuh atau mendengar sesuatu bunyi.

Scurvy  Skurvi; penyakit yg disebabkan kekurangan vitamin C, menyebabkan perdarahan, kelemahan dan pembengkakan kulit.

Seborrhea  Seborea; keadaan kulit terlalu berminyak kerana gang­guan kelenjar.

Sebum  Sebum; bahan berminyak yg dirembeskan oleh kelenjar sebum.

Secretion  Sekresi, rembesan; discaj cecair drpd kelenjar atau organ.

Sedative  Sedatif; ubat alopati yg mempunyai kesan mententeram, atau meredakan keresahan dan tekanan pesakit.

Seizure  Seizur, perampasan, penyitaan; serangan tiba-tiba.

Seed  Benih, air mani.

Semenuria  Semenuria; kehadiran air mani di dalam air kencing.

Senile  Senil, tua; kemerosotan fizikal dan mental yg lazim pada usia tua.

Sensation  Sensasi, kederiaan; sedar terhadap stimulus sistem saraf

Sensations ‘as if’  Rasa ‘seolah-olah’; lih. as if.

Sense  Deria; tanggapan menerusi sistem saraf atau berasaskan pancaindera.

Sensitive  Sensitif, responsif; rentan terhadap sesuatu; lih. susceptibility.

Sensory aphasia  Afasia deria; ketidakupayaan memahami makna perkataan yg tertulis atau yg dituturkan akibat kecederaan pada bahagian pusat auditori dan visual di otak.

Sensory nerve  Saraf deria; saraf aferen yg mengalirkan impuls dari hujung saraf periferi organ deria ke sistem saraf pusat.

Sepsis  Sepsis; keracunan badan oleh penghasilan bakteria

Septicemia  Septisemia, keracunan darah; infeksi teruk apabila aliran darah mengandungi banyak mikroorganisma atau toksinnya.

Septic  Septik, busuk, bernanah; berkaitan dgn atau mengalami sepsis.

Septum  Septum; dinding atau tisu yg memisahkan sesuatu struktur atau organ dgn struktur atau organ yg lain.

Sequential dilution  Bancuhan berturut-turut; lih. serial dilution.

Serial  Bersiri; diatur mengikut dahulu kemudian; lih. serial dilution.

Serial dilution  Bancuhan bersiri; sebahagian drpd proses potentisasi di mana sebahagian drpd ibu larutan atau larutan penawar dibancuhkan dengan 9 bahagian alkohol dan air suling (skala desimal) dalam usaha untuk mempertingkatkan potensi penawar; bdgkan dgn succusion, lih. potentisation.

Serology  Serologi; kajian ttg serum.

Serous Serum; halus dan berair.

Serum  Serum; cecair jernih yg terpisah drpd darah apabila ia membeku.

Sex  Seks; ciri yg membezakan antara lelaki dan perempuan.

Sexual  Seksual; berkaitan dgn seks.

Sex deviant  Devian seks; seseorang yg menunjukkan kelakuan seks yg luar biasa.

Sex hormone  Hormon seks; sekumpulan hormon yg dibentuk dan dirembeskan oleh gonad atau kelenjar yg menghasilkan gamet.

Shin  Tulang kering; bahagian depan kaki bawah.

Shingles  Kayap, herpes zoster; inflamasi kulit yg disebabkan oleh infeksi virus dgn gejala lepuh-lepuh kecil.

Shiver  Gigilan, menggeletar.

Shocks Renjatan, kejutan; keadaan yg berkaitan dgn kolaps peredaran, iaitu apabila tekanan darah arteri bg mengekalkan bekalan darah yg mencukupi kpd tisu-tisu menjadi sangat rendah.

Shortsightedness  Rabun jauh; dapat melihat jarak yg dekat saha­ja.

Shoulder  Bahu; sendi antara lengan dan tubuh badan.

Shoulder girdle  Pelingkung bahu; tulang yg melingkungi rongga toraks bahagian atas yg terdiri drpd tulang selangka dan tulang belikat.

Sibling  Adik beradik; abang, kakak atau adik.

Sick  Sakit, sakit demam.

Side effects  Kesan sampingan; kesan yg tidak dikehendaki drpd pemberian satu-satu ubat yg bertujuan utk menyembuhkan; bdgkan dgn aggravation; lih. juga iatrogenic.

Sign  Tanda; tanda atau gejala gangguan yg dapat diperhatikan oleh doktor dan bersifat objektif; lih. symptom.

Similia  Similia, serupa; prinsip homeopati yg rawatannya berasaskan keserupaan simptom dan berlawanan dgn prinsip contraria; bdgkan dgn contraria.

Similia similibus curentur  Similia similibus curentur, serupa dengan serupa menyembuhkan, iaitu prinsip yg paling asas dlm rawatan homeopati; bdgkan dgn Contraria contraries.

Similimum  Similimum, paling hampir; merujuk kpd penawar yg simptomnya serupa dalam hampir setiap aspek dgn simptom pesakit.

Simple goitre  Goiter ringkas; hiperplasia ringkas pada kelenjar tiroid yg mungkin disebabkan oleh kekurangan iodin dalam diet.

Single medicine  Satu ubat, satu penawar; lih. single remedy.

Single remedy  Satu remedi, satu penawar; ia merujuk kepada peraturan mengguna satu penawar pada satu-satu masa dlm rawatan homeopati; lih. law of single remedy.

Sinus  Sinus; suatu kaviti berisi udara di dlm suatu tulang terutama kaviti-kaviti di dalam tulang muka atau tengkorak.

Sinusitis  Sinusitis; inflamasi sinus atau bahagian dalam hidung.

Skeletal muscle  Otot rangka; otot jalur yg terdapat pada tulang dan bertanggungjawab bagi gerakan tulang.

Skeletal and muscular system  Sistem tulang dan otot.

Skin  Kulit; pelindung luar tubuh terdiri drpd lapisan luar iaitu epidermis dan lapisan dalam yg dikenali sbg dermis.

Skull  Tengkorak; tulang yg terdiri drpd  tulang kranium dan tulang muka.

Sleeping sickness  Penyakit tidur; infeksi otak yg disebabkan oleh kehadiran sejenis protozoa berparasit yg mengakibatkan seseorang itu rasa mengantuk dan tidak bermaya.

Slough  Selumur; tisu mati yg berpisah drpd tisu hidup.

Small dose  Dos kecil; dos yg telah dipotentaiskan.

Smallpox  Cacar; penyakit berjangkit beserta demam, sakit-sakit, muntah-muntah dan timbul letusan bertompok-tompok merah yg kemud­iannya melecur dan akhirnya menjadi nanah.

Smear  Calitan; bahan yg disediakan sbg lapisan nipis di atas slaid utk kajian mikroskopi spt darah dan tinja.

Smooth muscle  Otot licin; otot tak voluntari yg terdapat pd organ visera spt pembuluh darah, usus dan pundi kencing, yg berfungsi utk mengawal atur saiz lumen struktur tersebut.

Sneezing  Bersin; iritasi hidung yg secara tiba-tiba menyebabkan seseorang itu menyingkir udara drpd mulut dan hidung.

Snuffles  Snufels; bernafas dgn hidung; penyekatan pernafasan yg separa pd (atau discaj kuning drpd) hidung bayi.

Soft palate  Lelangit lembut; lelangit bahagian belakang.

Solution  Larutan.

Solvent  Pelarut; cecair yg digunakan bagi melarutkan bahan lain; lih. solution.

Somatic  Somatik; berkaitan dgn tubuh badan.

Somatic nervous system  Sistem saraf soma; seluruh sistem saraf selain sistem saraf autonomi, yg menyarafi komponen bukan visera pada tubuh spt tulang, sendi, ligamen, kulit, mata dan otot rangka.

Somnambulism  Somnambulisme; berjalan di waktu tidur.

Sore  Memar, ulser; sakit; istilah bg sebarang ulser atau luka terbuka pd kulit atau membran mukus.

Sore throat  Sakit tekak, sakit kerongkong; sakit di kerongkong yg biasanya disebabkan oleh tonsilitis atau faringitis.

Spasm  Spasme; kontraksi otot-otot secara tiba-tiba dan tidak sengaja.

Spasmodic dysmenorrhea  Dismenorea spasmodik; senggugut yg dise­babkan oleh kontraksi rahim yg spasmodik.

Spastic  Spastik; berkaitan dgn gerakan yg kaku dan kejang pada anggota akibat ketidakselarasan otot yg bertonus tinggi.

Specialist  Pakar; seorang yg mahir atau pakar dalam bidang tertentu.

Specific remedies  Remedi-remedi spesifik.

Spermatozoon  Spermatozoon; gamet jantan yang matang.

Spinal column  Turus spina, tulang belakang; satu siri tulang vertebra yg tersusun memanjang dari tengkorak ke bahagian kok­siks, yg membentuk paksi bahagian belakang dan melindungi korda spina..

Spinal cord  Korda spina; bahagian sistem saraf pusat di dalam turus vertebra.

Spleen  Limpa; suatu organ yg terletak pd sebelah kiri badan di belakang gaster, yg menghasilkan limfosit pada bayi baru lahir dan mengandungi fagosit, yg memindah sel darah merah yg usang dan bahan asing lain drpd edaran darah.    

Splenitis  Splenitis; inflamasi limpa; lih. perisplenitis.

Splint  Splin; alat yg digunakan utk menstabilkan bahagian yg cedera.

Sputum  Kahak, sputum; bahan yg diludah keluar.

St. Vitus' Dance  St. Vitus Dance; tindakan otot involuntari; lih. Sydenham' chorea.

Stamina  Stamina, kekuatan, tenaga, daya tahan.

Staphyloma  Stafiloma; tonjolan kornea atau sklera (putih) mata yg luar biasa.

Stasis  Stasis; aliran tergenang ataupun terhenti spt pemberhen­tian pengaliran darah atau kencing.

Stasophobia  Stasofobia; takut utk berdiri.

Static arthropathy  Artropati statik; gangguan sesuatu sendi akibat terdapatnya gangguan sendi lain pada anggota yg sama, spt gangguan pd sendi lutut yg disebabkan oleh gangguan pd sendi pinggul anggota yg berkenaan.

Stenosis  Stenosis; penyempitan luar biasa suatu laluan ataupun bukaan, spt pembuluh darah atau injap jantung.  

Sterility  Kesterilan, kemandulan; ketidakmampuan melahirkan anak samada kerana kemandulan atau pembedahan.

Stimulant  Stimulan; lih. regulatory, depressant.

Stimulus  Stimulus; agen perangsang.

Stitch  Rasa mencucuk; sakit mencucuk setempat. 

Stomach  Perut, gaster; bahagian salur pencernaan yg terletak di antara esofagus dgn duodenum, di mana dindingnya terdiri drpd otot polos.

Stomatitis  Stomatitis; inflamasi pd membran mukus mulut.

Stomapathy  Stomapati; sebarang gangguan mulut.

Stool  Tinja, najis; feses yg dikumuhkan dari anus.

Strabimus  Juling, heterotropia; sebarang penjajaran abnormal kedua-dua mata.

Strange, rare and particular symptoms  Simptom-simptom yang ganjil, jarang dan khusus.

Strain  Tegang, regang, keterikan; regangan lampau suatu otot, mengakibatkan sakit dan bengkak.

Strangury  Stranguri; sakit teruk pd uretra masa hendak kencing akibat drpd iritasi pd pangkal pundi kencing.

Strawberry tongue  Lidah strawberi; lidah yg diliputi bintil merah dan besar, yg merupakan satu drpd gejala demam skarlet.

Striated muscle  Otot jalur; otot voluntari yg serabutnya berja­lur, spt otot rangka dan otot kulit.

Stroke  Strok, apopleksi; serangan lemah secara tiba-tiba yg melibatkan satu sisi badan akibat drpd terputusnya aliran darah ke otak; lih. apoplexy.

Stupor  Stupor; keadaan hampir tidak sedar diri di mana pesakit mungkin dapat bergerak balas hanya bila dirangsang dgn kuat.

Stye  Ketumbit, tembel; inflamasi akut pada kelenjar kelopak mata disebabkan oleh jangkitan bakteria.

Subconscious  Separuh sedar.

Subcutaneous  Subkutaneus; di bawah kulit.

Subjective sign  Tanda subjektif; tanda-tanda yg nyata kpd individu yg berkenaan tetapi tidak kepada orang lain. Dirujuk sebagai simptom dalam perubatan moden; bdgkan dgn objective sign. Lih. juga sign, symptom.

Submaxillary gland  Kelenjar submaksilari; salah satu drpd sepa­sang kelenjar liur yg terletak di bawah kelenjar parotid.

Suffocation  Kelemasan; sekatan saluran udara.

Suffusion  Sufusi, sebaran; penyebaran warna kemerahan pada permukaan kulit disebabkan oleh perubahan bekalan darah setempat.

Succus  Sukus, sekresi cecair; sebarang jus atau rembesan dari sumber haiwan atau tumbuh-tumbuhan.

Succussion  Sukusi; pergerakan atau hentakan beritma yg kuat yg dilakukan ketika menyediakan penawar berpotensi homeopati; lih. dilution, potentisation. Juga lih. trituration.

Sucrose  Sukrosa; karbohidrat yg terdiri drpd glukosa dan fruktosa, juga merupakan juzuk utama dlm gula tebu.

Sugar of milk  Gula susu; bdgkan cane sugar, lih. globules, pilules.

Suppository  Supositori; penyediaan ubatan dlm bentuk pepejal agar sesuai utk dimasukkan menerusi rektum.

Suppression  Supresi, penekanan; rawatan yg bertujuan menekan tanda-tanda suatu penyakit atau mencegah perkembangannya, selalunya dirujuk kpd kaedah rawatan alopati; lih. palliation.

Suppuration  Supresi, pernanahan; pembentukan infeksi atau nanah.

Surgery  Surgeri, pembedahan; pengkhususan dalam perubatan yg menyelesai masalah penyakit dan trauma menerusi cara pembedahan. 

Surrogate  Surogat, pengganti; sesuatu dlm kehidupan seseorang yg berfungsi sbg pengganti utk orang lain.

Susceptibility  Suseptibiliti, kerentanan; mempunyai sedikit resistan atau mudah dipengaruhi penyakit, sebahagiannya dipercayai disebabkan pengaruh vaksinasi; ahli homeopati selalu menyebutnya sebagai daya penerimaan rasa individu.

Sweating  Perpeluhan; pengeluaran cecair tubuh melalui kelenjar peluh; lih. perspiration.

Sycosis  Sikosis; bentuk miasma kronik gonorea yang mana ciri utama simptomnya ialah hipertrofi atau ketumbuhan pada tisu-tisu dan inflamasi membran mukus; lih. figwart disease.

Sydenham's chorea  Korea Sydenham; korea yg melibatkan kanak- kanak  dan mempunyai kaitan dgn demam reumatik; lih. chorea.

Symbiosis  Simbiosis; perhubungan yg rapat antara dua organisma yg berlainan.

Symmetry  Simetri; bahagian yg serupa pada suatu organ atau bahagian-bahagian pada sisi-sisi bertentangan pada badan antara satu sama lain.

Sympathetic nervous system  Sistem saraf simpatetik; bahagian saraf autonomi yg muncul dari bahagian toraks dan lumbar korda spina yg menyarafi visera, kelenjar, jantung dan pembuluh darah.

Symptom  Simptom, semboyan, gejala (alopati); simptom (gejala) sesuatu penyakit atau aduan pesakit kpd doktor berhubung dgn penyakit yg dihidapinya spt rasa sakit, pening kegayatan, sukar bernafas, dada rasa dicucuk dsbnya, yg biasanya digolongkan sebagai simptom subjektif dlm perubatan alopati; simptom dalam homeopati meliputi simptom mental, emosi dan fizikal. Ia tidak membezakan antara gejala, tanda dan simptom seperti dalam perubatan alopati.

Symptom-drug  Simptom-ubat; istilah yg dirujuk kpd kaedah preskripsi dlm amalan alopati; lih. simptom-person-drug.

Symptom-person-drug  Simptom-pesakit-ubat, simptom-pesakit-penawar; keserasian atau penyesuaian yg menjadi dasar dlm proses rawatan homeopati.

Symptom picture  Gambaran simptom, gambaran semboyan; merujuk kpd gambaran atau ciri-ciri simptom penawar homeopati yg terdapat dlm materia medica.

Synalgia  Sinalgia, sakit rujukan; sakit yg dirujuk; lih. re­ferred pain.

Syncope  Sinkop, pitam, pengsan; hilang kesedaran disebabkan oleh aliran darah ke otak tidak mencukupi, samada disebabkan oleh kejutan emosi, berdiri terlalu lama, kecederaan atau pendarahan yg bany­ak.

Syndrome  Sindrom; sekumpulan simptom yg timbul bersama dan menunjukkan ciri suatu penyakit atau gangguan khusus.

Synergy  Sinergi, bekerjasama; ubat yg bertindak bersama ubat lain utk menghasilkan kesan berlebihan berbanding jumlah kesan yg diperoleh apabila kedua ubat tersebut diberi secara berasingan.

Synovitis  Sinovitis; inflamasi membran sinovial atau lapisan sendi yg menyebabkan rasa sakit dan bengkak.

Syphilis  Sifilis; penyakit kelamin kronik dan berjangkit yg disebabkan oleh bakteria Treponema pallidum, di mana antara gejala utamanya ialah ulser yg keras (syanker) pada tapak jangki­tan; dlm homeopati ia merujuk kpd miasma kronik yg timbul drpd penyakit sifilis yg diwarisi atau ditekan ke dalam (suppressed), di mana simptomnya dicirikan dgn pemusnahan tisu, organ dan tulang; bdgkan dgn psora, sycosis, miasm; lih. Venereal chancre disease.

System  Sistem; sekumpulan organ dan tisu yg mempunyai fungsi fisiologikal yg tertentu.

Systole  Sistole; masa di mana kontraksi jantung berlaku.

Systolic pressure  Tekanan sistole; tekanan maksimum yg berlaku apabila ventrikel kiri mengecut utk mengepam darah keluar melalui aorta; bdgkan dgn diastolic pressure.

 

 

 

 

 

©2004 -- HBI Health & Homoeopathy Centre
Hakcipta Terpelihara