|
K
|
|
||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Kala-azar Kala-azar; penyakit yang berlaku di negara
tropikal dan mempunyai simptom spt demam, anemia, kehilangan berat badan,
dropsi dan bengkak hati. Keloid Keloid; tisu parut keras, menonjol dan tidak
teratur pada kulit yg membentuk parut yg besar. Kenophobia Kenofobia; sangat takut pada tempat
kosong. Kent repertory Repertori Kent; repertori homeopati yg
disusun oleh Dr. James Tyler Kent, iaitu doktor homeopati dari Amerika
Syarikat pada awal abad ke 20; lih. repertory. Keynotes Idea utama, fikiran penting;
simptom-simptom dan modaliti-modaliti tertentu yang menunjukkan secara khusus
kepada satu-satu penawar homeopati dengan tepat (similimum). Keratin
Keratin; tisu berserat yg membentuk tisu keras tubuh, spt kuku-kuku
jari tangan. Keratitis Keratitis; keradangan kornea mata. Kidney Ginjal, buah pinggang; salah satu drpd
sepasang organ perkumuhan di mana bahan-bahan yg angkut oleh darah dituras. Kleptomania Kleptomania;
kecenderungan utk mencuri. Knee Lutut; sendi engsel antara femur dan
tibia.. Knee cap Tempurung lutut; lih. patella. Knocked knee Pengkar dalam, genu
valgum; kecacatan yg berlaku kerana kedua-dua belah lutut terlalu rapat di
antara satu sama lain sehingga jarak di antara dua kaki menjadi jauh. Kraurosis Kraurosis; pengecutan sebahagian tubuh
atau pengerasan dan pengeringan kulit. Kwashiorkor
Kwashiorkor; suatu bentuk malnutrisi akibat makanan yang kurang
protein dan kurang menghasilkan tenaga, serta mempunyai simptom spt edema,
cirit-birit, apati dan ketidakselesaan umum. |
|
||||||||||||||||||||||||||||||||
|
|
|
||||||||||||||||||||||||||||||||
©2004 -- HBI Health & Homoeopathy
Centre
Hakcipta Terpelihara