| 
   | 
  
   
  | 
 
 
| 
      | 
  
  O
   | 
  
      | 
 ||||||||||||||||||||||||||||||||
  
  | 
  
   Oatmeal Hidangan oat, kuih oat; hidangan yang disediakan dengan cara mengisar bijirin oat atau Avena Sativa. Obesity Obesiti, kegemukan; keadaan lemak yg berlebihan dlm badam, terutama dlm tisu subkutaneus; lih adiposis. Obliteration  Obliterasi; pembuangan
  sesuatu struktur secara menyeluruh, hilang memori secara menyeluruh. Oblique muscle  Otot serong; otot yg
  kedudukannya menyerong pada sesuatu struktur. Obsession  Obsesi; penumpuan pemikiran terhadap
  sesuatu perkara sehingga ia menguasai pemikiran individu tersebut. Obstectrics Obstetrik, perbidanan; cabang ilmu perubatan yg meliputi pengendalian ibu semasa kehamilan, semasa dan selepas bersalin; lih. gynaecology. Occiput  Okciput; bahagian belakang kepala. Occupational disease  Penyakit pekerjaan; penyakit
  disebabkan oleh faktor yg bersangkut paut dgn pekerjaan seseorang. Occupational therapy  Rawatan cara asuhan;
  terapi menggunakan satu aktiviti sbg rawatan. Odontalgia  Odontalgia, sakit gigi. Odontitis  Odontitis, radang gigi. Odontology  Odontologi; kajian ttg ilmu pergigian. Oedema  Edema; pengumpulan cecair yg banyak di
  dalam ruang di antara sel tisu. Oedipus complex  Odipus kompleks; cinta
  ibu atau bapa kepada anak yang berlainan jantina yg keterlaluan. Oikophobia  Oikofobia; sangat takut pd rumah
  kediaman.   Ointment Ointment, salap; bahan berminyak yg biasanya mengandungi ubat utk disapu pada kulit atau membran mukus; bahan drpd vaslin yg diguna utk sediakan ubat sapu homeopati. Olfaction 
  Deria bau; proses pembauan; satu kaedah pengambilan penawar yang disebut oleh
  Dr. Hahnemann, dilakukan dengan menyedut penawar itu melalui organ respiratori
  dan hidung. Lih. Organon of Medicine.  Oliguria  Oliguria; pengurangan kuantiti pengeluaran
  air kencing. Olive oil  Minyak zaitun; minyak yg diekstrak drpd
  buah zaitun dan digunakan sbg pelembut feses dan pelincir usus; ia digunakan
  oleh homeopati dlm menyediakan linimen. Omalgia  Omalgia, sakit saraf bahu. Omphalitis  Omfalitis; inflamasi tali pusat. Oncology  Onkologi; kajian ttg tumor dan juga amalan
  bagi merawat tumor.. Oncolysis  Onkolisis, pemusnahan sel tumor. Onychia  Onikia; infeksi atau keradangan sekitar
  kuku jari. Onychosis  Onikosis, penyakit kuku.  Opacity  Kelegapan; keadaan apabila sesuatu bahan
  atau kawasan tidak dpt dilintasi cahaya. Open fracture  Fraktur terbuka; patah
  tulang yg diiringi dgn luka pd kulit. Open wound  Luka terbuka; luka yg besar dan dalam serta
  isinya terdedah. Ophthalmia  Oftalmia; inflamasi yg teruk pd mata
  samada di bahagian dalam atau luar mata. Ophthalmitis  Oftalmitis, inflamasi
  mata. Ophthalmology  Oftalmologi; kajian ttg
  mata dan penyakit yg berkaitan dgnnya.  Ophthalmoplegia  Oftalmoplegia,
  kelumpuhan otot mata. Opisthotonus  Opistotonus; kedudukan
  tubuh apabila kepala, leher dan spina seseorang terlengkung ke arah berlakang
  secara tidak sengaja, yg biasa dialami oleh pesakit yg mengidap tetanus atau
  keracunan strychnine. Opium  Candu; ekstrak dr bunga popi papaver somniferum yg mempunyai kesan
  analgesik dan narkotik kerana kandungan morfinnya; salah satu penawar
  homeopati yg digunakan bg merawat sakit tertentu spt lumpuh otot-otot dan
  tali perut, taun dan kenagih candu. Opsialgia  Opsialgia; sakit di kawasan muka. Optics  Optik; kajian ttg mata dan penglihatan,
  berkaitan dgn mata atau penglihatan. Optometry  Optometri; pengukuran daya penglihatan dan
  penyesuaian kanta utk membantu penglihatan. Oral  Oral; berkaitan dgn mulut. Orbit  Orbit; rongga pada tengkorak. Orchitis  Orkitis, inflamasi testis; radang testikel
  yg mempunyai gejala sakit dan berat serta bengkak pada testis.  Organ  Organ; sekumpulan tisu dgn tugas tertentu. Organic  Organik; berkaitan dgn sesuatu organ atau
  sesuatu yg berasal drpd organisma hidup Organic disease  Penyakit organik; lih. organic
  disorder. Organic disorder  Gangguan organik;
  gangguan yg berkaitan dgn perubahan pd struktur organ atau tisu; bdgkan dgn functional disorder. Organism  Organisma: binatang atau tumbuh-tumbuhan
  tertentu, sebarang benda hidup yg terdiri drpd sel tunggal atau satu kumpulan
  sel yg berbeza tapi saling berkait; lih microorganism. Organon  Organon; merujuk kepada buku Organon of Medicine karya Dr. Samuel
  Hahnemann yang diterbitkan pada tahun 1810. Buku tersebut merupakan asas bagi
  praktis homeopati klasik, serta telah dikemaskini dan diedit semula sebanyak
  enam edisi. Organotherapy  Organoterapi; amalan merawat dengan
  cara mempreskripsi penawar berpotensi yang berpunca drpd kelenjar, organ dan
  tisu drpd binatang yang sihat dan disediakan secara konvensional Hahnemann;
  lih. sarcodes. Orgasm  Orgasme, puncak syahwat, klimaks seks;
  kemuncak kenikmatan seksual atau kehendak yg bersangatan terhadap sesuatu. Orifice  Orifis, bukaan; bukaan pada suatu bahagian
  anatomikal.  Orrhorea  Ororea, discaj berair; lelehan cair atau
  lelehan serus. Orrhology  Orologi, kajian ttg serum darah Orthodontics  Ortodontik; berkaitan
  dgn kedudukan dan aturan gigi secara betul. Orthopaedics  Ortopedik; cabang
  perubatan yg mengurus atau memulihara fungsi sistem rangka dan sendi. Orthopnoea  Ortopnea; kesesakan pernafasan yg
  menghalang seseorang drpd berbaring, lega hanya dgn duduk tegak. Os  Os, tulang; sebarang bukaan yg terdapat
  pada tubuh. Os ilium  Os ilium (atau Ossa), ilium; bahagian
  superior tulang pinggul. Osseous  Oseus, serupa tulang; berkaitan dgn tulang
  atau sesuatu struktur yg menyerupai tulang. Ossicles  Osikel, tulang kecil. Osteitis  Ostitis, inflamasi tulang; keradangan
  tulang akibat infeksi atau kecederaan yg simptomnya ialah pembesaran tulang,
  kenyerian dan sengal tulang. Osteoarthritis  Osteoartritis; penyakit
  sendi degeneratif  tanpa inflamasi,
  terutama pd orang tua. Osteocarcinoma  Osteokarsinoma, kanser
  tulang. Osteomalacia  Osteomalasia;
  pelembutan tulang, khususnya yg disebabkan oleh kekurangan vitamin D;
  kelembutan tulang akibat gangguan proses pemineralan. Osteomyelitis  Osteomielitis; penyakit
  inflamasi tulang yg biasanya disebabkan oleh streptokokus dan stafilokokus. Osteopath  Osteopat, ahli osteopati; seseorang yg
  mengamalkan osteopati. Osteopathy  Osteopati; sebarang penyakit tulang,
  rawatan yg berasaskan pandangan bahawa penyakit itu disebabkan dislokasi
  spina dan justeru itu dapat dirawat menerusi manipulasi tulang. Osteoporosis  Osteoporosis;
  kelampungan tulang yg biasanya dialami oleh orang tua yg biasanya bergantung
  kpd penyahmineralan tulang. Osteosis  Osteosis; pembentukan tisu tulang drpd
  tisu perantara dalam proses penulangan. Otalgia  Otalgia, sakit telinga. Otitis  Otitis, inflamasi telinga; lih. otitis
  externa, otitis
  interna. Otitis externa  Otitis luaran;
  inflamasi telinga dalam. Otitis interna  Otitis dalaman;
  inflamasi salur auditori luaran Otology  Otologi; cabang perubatan yg berurusan dgn
  telinga.  Otopathy  Otopati; sebarang penyakit telinga. Otorrhoea  Otorea; lelehan dari telinga terutamanya
  yg mengandungi nanah. Outpatient  Pesakit luar; seseorang yg menerima rawatan
  di hospital tanpa dimasukkan ke wad. 
   Ovaritis  Radang ovari; inflamasi pd permukaan
  ataupun di dlm organ ovari. Ovary  Ovari, gonad perempuan; salah satu drpd dua
  kelenjar seks tempat ovum terbentuk. Ovum  Ovum; sel telur yg belum disenyawakan. Oxygen  Oksigen; elemen yg diperlukan utk hidup
  dan didapati menerusi proses pernafasan. Oxyhaemoglobin  Oksihemoglobin;
  hemoglobin yg mengandungi oksigen terikat. Ozena  Ozena; penyakit laluan hidung yg membawa
  kpd pengeluaran discaj yg berbau busuk.    | 
  
      | 
 ||||||||||||||||||||||||||||||||
| 
      | 
  
      | 
  
      | 
 ||||||||||||||||||||||||||||||||
©2004 -- HBI Health & Homoeopathy
Centre
Hakcipta Terpelihara