| 
   | 
  
   
  | 
 
 
| 
      | 
  
  N
   | 
  
      | 
 ||||||||||||||||||||||||||||||||
  
  | 
  
   Nape  Tengkuk, kuduk, nuka.  Narcissism  Narsisisme; ghairah atau cinta kepada diri
  sendiri. Narcosis  Narkosis; keadaan tidak sedar diri akibat
  narkotik. Narcotic  Narkotik; dadah yg mengakibatkan seseorang
  tidak sedar diri atau narkosis. Nares  Lubang hidung; lih. nostril. Nasal  Nasal; berkaitan dgn hidung. Nasopharynx  Nasofarinks; bahagian farinks yg terdapat
  di atas paras lelangit lembut. Nasosinusitis  Nasosinusitis;
  inflamasi tisu salutan rongga hidung dan sinus yg berhampiran. Nasus  Hidung; sama dgn naso-, iaitu awalan menunjukkan hidung . Natural  Semulajadi, bukan tiruan. Natural causes  Sebab-sebab semulajadi; ia merujuk
  kepada penyakit yang disebabkan oleh pengaruh jangkitan atau infeksi. Natural defence mechanism 
   Mekanisma pertahanan semula jadi; lih. immune
  system. Natural disease  Penyakit tabi’i. Naturopathy  Naturopati, rawatan semula jadi; suatu
  sistem perubatan yg bergantung kpd penggunaan bahan-bahan sumber asli sahaja
  untuk menyembuhkan penyakit, tanpa menggunakan dadah. Nausea  Loya, mual; perasaan hendak muntah spt yg
  dialami semasa maduk kenderaan, mengandung dll. Navel  Pusat, umbilikus. Neck  Leher; bahagian kecil badan yg
  menyambungkan kepala dgn tubuh, dan mengandungi vertebra servikal. Necrosis  Nekrosis; kematian sel tubuh kerana darah
  tidak sampai. Negativism  Negativisme; simptom penyakit mental di
  mana pesakit suka melawan. Neonatal  Neonatal; berkaitan bayi baru lahir. Neophobia  Neofobia; sangat takut kepada perkara atau
  benda baru Neoplasia  Neoplasia; pembentukan tumor. Neoplasm  Neoplasma, tumor; sebarang tumor benigna
  atau malignan.. Nephralgia  Nefralgia; sakit di dalam ginjal, dirasai
  pd pinggang dan boleh disebabkan oleh pelbagai penyakit ginjal. Nephritis  Nefritis, inflamasi ginjal, penyakit Bright.
   Nephrosis  Nefrosis; disintegrasi ginjal tanpa tanda-tanda
  inflamasi  Nerve  Saraf; struktur bentuk tetali yg terdiri
  drpd seberkas serat saraf, yg mengalirkan impuls dr satu bahagian tubuh ke
  bahagian yg lain.  Nervous  Keadaan mudah terganggu Nervous system  Sistem saraf; rangkaian
  luas sel-sel, khusus utk membawa maklumat ke semua bahagian tubuh, yg
  menyebabkan berlakunya aktiviti tubuh. Nettle rash  Ruam; letusan pada kulit beserta rasa
  gatal; lih. urticaria. Neuralgia  Neuralgia; sakit yg dirasai di sepanjang
  laluan saraf. Neurasthenia  Neurastenia, kelesuan
  saraf; jenis neurosis yg mempunyai ciri kerunsingan, kemurungan dan lemah
  pemikiran. Neuritis  Neuritis, keradangan saraf. Neurology  Neurologi; ilmu yg mengkaji sistem saraf
  atau gangguan saraf. Neuromuscular  Saraf otot; berkaitan
  dgn saraf dan otot Neuromyelitis  Neuromielitis,
  keradangan saraf dan korda spina. Neurone  Neuron, sel saraf; unit fungsi asas bg
  sistem saraf; suatu sel yg khusus utk menghantar impuls saraf elektrik. Neuropathy  Neuropati; sebarang perubahan patologi
  atau penyakit sistem saraf. Neuropathology  Neuropatologi; ilmu yg
  mengkaji struktur dan bentuk sistem saraf serta penyakitnya. Neuropharmacology  Neurofarmakologi; ilmu
  yg mengkaji kesan tindakan ubat terhadap sistem saraf. Neuropsychiatry  Neuropsikiatri; ilmu yg
  mengkaji saraf (neurologi) dan gangguan mental serta emosi (psikiatri). Neurosis  Neurosis; keresahan atau gangguan emosi
  akibat konflik yg tidak dapat diselesaikan. Bdgkan psychosis. Nevus  Mol, tanda lahir; malformasi pd kulit. Niacin  Niasin; asid nikotinik - sejenis vitamin B
  kompleks yg larut air. Nicotine  Nikotin; alkaloid beracun drpd tembakau,
  yg mengakibatkan ketagihan dan kesan sampingan lain. Nomenclature  Nomenklatur, sistem penamaan, khususnya
  vokab sains. Nosebleed  Hidung berdarah, pendarahan hidung; lih. epistaxis. Nosode  Nosod; penawar homeopati yang disediakan
  drpd tisu manusia berpenyakit seperti tisu patologi, bakteria dan nanah.
  Contohnya Tuberculinum; bdgkan dgn sarcode. Nosology  Nosologi; penamaan dan klasifikasi
  penyakit-penyakit. Nosophobia  Nosofobia; tersangat takut kpd penyakit. Nostalgia  Nostalgia; perasaan ingatkan masa,
  perkara, peristiwa, tempat dan pengalaman silam. Nostril  Lubang hidung; lih.nares. Noxious  Berbahaya, merosakkan, beracun. Nudomania  Nudomania; kehendak utk bertelanjang yg
  bersangatan Numb  Kebas. Numbness  Ketiadaan rasa; kekebasan. Nurse  Jururawat; seorg yg terlatih bg menjaga
  orang sakit dan menjalankan rutin-rutin perubatan di bawah pengawasan doktor. Nutrient  Nutrien; sebahagian drpd diet yg membekalkan
  sumber tenaga. Nutrition  Nutrisi, pemakanan; kajian ttg makanan yg
  berkaitan dgn proses fisiologikal. Nutritional deficiency  Kekurangan nutrisi, kekurangan
  pemakanan.  Nux  Kekeras (buah), nat; kependekan bagi
  penawar nux vomica. Nux vomica  Nuks vomika; biji pokok strychnos nux vomica yg mengandungi
  alkaloid beracun dikenali sbg strychnine;
  Nux vomica selepas
  diperkuatkuasakan merupakan polikrest homeopati yang besar gunanya seperti
  dalam merawat masalah ketidakcernaan, sembelit, buasir, sakit perut dsbnya. Nymphomania  Nimfomania; kehendak seks yg berlebihan
  pada seorang perempuan.    | 
  
      | 
 ||||||||||||||||||||||||||||||||
| 
      | 
  
      | 
  
      | 
 ||||||||||||||||||||||||||||||||
©2004 -- HBI Health & Homoeopathy
Centre
Hakcipta Terpelihara