| 
   | 
  
   
  | 
 
 
| 
      | 
  
  P
   | 
  
      | 
 ||||||||||||||||||||||||||||||||
  
  | 
  
   Pacemaker  Perentak; tisu yg memulakan dan mengawal rentak
  kontraksi atrium dan ventrikel jantung. Pack  Pek; bahan yg digunakan utk menyumbat
  rongga atau luka bagi mengurangkan pendarahan dan menyerap darah. Pad  Pad; bahan lembut yg dapat menyerap cecair
  atau lelehan. Paediatrics  Pediatrik, perubatan penyakit kanak-kanak;
  cabang perubatan yg mengkaji perkembangan, penjagaan dan penyakit kanak-kanak
  serta rawatannya. Paget's disease  Penyakit Paget,
  osteitis deformans; penyakit kronik yg menyebabkan kelemahan dan kecacatan
  bentuk tulang. Paint  Lumuran; cecair (biasanya mengandungi
  ubatan, antiseptik) yg disapukan ke permukaan tubuh , gigi atau membran
  mukus. Palate  Lelangit; lelangit mulut yg terbahagi kpd
  lelangit lembut dan keras. Palliation  Peringanan, pelegaan; lih. palliative. Palliative  Paliatif; Ubat yang meringan atau
  melegakan simptom-simptom penyakit tanpa menyembuhkan gangguan dalaman yang
  menghasilkan penyakit itu. Palpation  Pempaltan; perbuatan meraba bahagian tubuh
  dgn menekan tangan perlahan-lahan utk mengetahui keadaan tisu atau organ
  bahagian berkenaan. Palpitation  Debaran; denyutan
  sesuatu organ khususnya jantung yg terlalu laju dan kuat sehingga dapat
  dirasai oleh pesakit.  Palsy  Palsi, kelumpuhan; hilang daya pergerakan
  akibat gangguan saraf otot. Pancreas  Pankreas; kelenjar yg terletak di belakang
  gaster di antara limpa dan duodenum, di mana ia merembeskan hormon insulin
  dan glukagon. Pancreatitis  Pankreatitis, inflamasi
  pankreas. Pandemic  Pandemik; epidemik atau wabak yg tersebar
  dgn sangat luas. Panic  Panik; keresahan yg bersangatan yg
  disertai dgn hilang pertimbangan. Panacea  Penyelesaian, penawar semua masalah;
  ubat yg dipercayai boleh menyembuh kan semua penyakit. Pancreas  Pankreas; organ di belakang gaster yg
  mengandungi dua kelenjar, iaitu perembes jus pankreas (utk pencernaan) dan
  perembes hormon. Panophobia Panofobia; sangat takut kpd semua perkara. Papilla  Papila; satu tonjolan kecil dan
  berbentuk puting. Berapa jenis papila juga terdapat pd lidah, berhubungan dgn
  tunas-tunas rasa. Papilloma  Papiloma; tumor benigna kulit atau membran
  dalaman Papule  Papul; bintat kecil, bulat dan keras yg
  timbul pada permukaan kulit. Paracetamol Parasetamol; sejenis ubat analgesik yg diguna utk merawat sakit ringan, juga mengurangkan demam. Paraffin  Parafin; satu drpd siri hidrokarbon yg
  berasal drpd petroleum; lih. liquid paraffin. Paralysis  Kelumpuhan; hilang upaya utk bergerak atau
  hilang rasa di satu atau lebih kawasan tubuh, lih. palsy. Paranoia  Paranoia; gangguan neurosis kronik yg
  berkembang secara beransur-ansur serta dicirikan dgn ketakutan, syak dan
  imaginasi.  Paraplegia  Paraplegia; kelumpuhan bahagian anggota
  bawah tubuh termasuk kaki. Pararectal  Pararektum; kedudukan sesuatu struktur yg berhampiran
  dgn rektum. Parasite  Parasit; sebarang haiwan atau
  tumbuh-tumbuhan yg hidup bergantung kpd haiwan atau tumbuhan lain. Parasitemia  Parasitemia; kehadiran parasit dalam
  darah, spt parasit malaria. Parasiticide  Parasitisid; agen yg
  dapat memusnahkan parasit. Parasitism  Parasitisme, simbiosis; perdampingan hidup
  antara organisma yg berlainan. Parathyroid gland  Kelenjar paratiroid;
  dua pasang kelenjar kecil yg terletak berhampiran  dgn kelenjar tiroid dan merembeskan hormon paratiroid. Paratyphoid fever  Demam paratifoid; demam
  enterik yg biasanya lebih ringan drpd demam tifoid, lih. typhoid
  fever.  Paresis  Paresis; kelumpuhan separa atau sedikit,
  yg disebabkan penyakit otak biasanya penyakit sifilis. Parietal  Parietal; berkaitan dgn dinding sesuatu
  rongga. Parkinson disease  Penyakit Parkinson;
  gangguan sistem saraf yg menyebabkan tremor dan gaya jalan (pergerakan) yg
  janggal Parkinsonism  Parkinsonisme;
  sekumpulan gangguan neurologi yg dicirikan dgn kurang pergerakan, tremor dan
  kekakuan otot. Paronychia  Paronikia; inflamasi di sekeliling kuku. Parotid gland  Kelenjar parotid;
  kelenjar yg terletak berdekatan dgn telinga, yg merupakan kelenjar air liur
  yg terbesar. Particular symptoms  Simptom-simptom partikular;
  simptom-simptom yang berkait dengan bahagian atau kawasan tubuh individu;
  bdgkan dgn general symptoms. Parturition  Bersalin; proses beranak. Pasteurization  Pempasteuran; pemanasan
  makanan spt susu atau cecair pada suhu 60 0C selama 30 minit utk
  memusnahkan mikroorganisma yg terdapat di dlm makanan tersebut tanpa
  merosakkan perisanya.   Patella  Patela, tempurung lutut; tulang berbentuk
  kanta yg membentuk tempurung lutut. Patent  Paten; terbuka, tidak tersumbat atau tidak
  tertutup. Patent medicine  Ubatan paten; remedi
  utk kegunaan awam tanpa preskripsi. Pathogen  Patogen; mikroorganisma yang menyebabkan
  penyakit. Pathogenic  Patogenik; berupaya menyebabkan
  penyakit. Pathogenesis  Patogenesis; permulaan
  dan perkembangan penyakit; patogenesis satu-satu bahan atau mikroorganisme
  ialah deskripsi mengenai simptom-simptom penyakit yang dihasilkan olehnya
  atau berkaitan dengannya. Pathognomonic  Patognomonik; yg
  berkarakter atau yg luar biasa, ganjil atau istimewa. Pathological prescribing 
  Pempreskripsian
  patologi;  memberi preskripsi berpandukan
  simptom-simptom patologi; bdgkan dgn constitutional prescribing. Pathology  Patologi, ilmu kaji penyakit; kajian ttg
  penyakit yg melibatkan perubahan pada tisu atau organ semata-mata utk
  pengetahuan, yg berbeza berbanding dgn pandangan yg berusaha utk mencari
  kesembuhan.  Patient history 
  Sejarah pesakit; merujuk kpd sejarah penyakit pesakit yg lalu.  Pectoral  Pektoral; berkaitan dgn dada. Pediatric  Pediatrik; cabang perubatan yg mengkaji
  perkembangan, penjagaan dan penyakit kanak-kanak serta perawatannya. Pellagra  Pelagra; penyakit yg disebabkan kekurangan
  vitamin B; sindrom klinikal akibat kekurangan niasin yg dicirikan dgn dermatitis,
  inflamasi membran mukosa, cirit birit dan gangguan psikik. Pellet  Pelet; pil yg kecil atau granul.  Pelvis  Pelvis; lengkungan tulang yg berbentuk
  besen yg terdapat di bahagian bawah badan.  Pemphigus  Pemfigus; penyakit kulit yg dicirikan dgn
  lecuran yg besar dan tompok-tompok berpigmen. Penetrating wound  Luka tembus, luka
  tusuk; luka yg tersangat dalam sehingga menembuskan organ lain di dalam
  tubuh. Penicillin  Penisilin; sejenis antibiotik yg ditemui
  oleh Alexander Fleming pada tahun 1928; digunakan utk merawat jangkitan yg
  disebabkan oleh pelbagai bakteria, kadang-kala meninggalkan kesan alergik pd pesakit. Penis  Zakar; organ seks lelaki. Pepsin  Pepsin; enzim yg terbentuk drpd pepsinogen
  yg dirembeskan oleh mukosa gaster.  Peptic  Peptik; berkaitan dgn trek pencernaan atau
  penghadaman. Peptic ulcer  Ulser peptik.  Perception  Persepsi; gambaran atau apa yg dibayangkan
  dalam fikiran ttg sesuatu. Percussion  Perkusi; kaedah mengetuk sesuatu bahagian
  tubuh utk membantu pemeriksaan fizikal dan diagnosis. Pericardium  Perikardium; kandungan berserat yg melapik
  jantung. Pericarditis  Perikarditis; inflamasi
  pd perikardium yg akut atau kronik. Perineum  Perineum; kawasan antara organ seks dan
  anus. Periodic fever  Pernafasan berkala;
  lih. juga malaria. Periodontics  Periodontik; bidang
  pergigian yg mengkaji perawatan penyakit periodontium. Periosteum  Periosteum; tisu yg menutupi semua tulang
  tubuh dan mempunyai keupayaan membentuk tulang. Periostitis  Periostitis; inflamasi pd periosteum. Peristalsis  Peristalsis; pergerakan intestin atau
  pergerakan pada salur pencernaan utk menolak kandungan salur tersebut. Peritoneum  Peritoneum; membran serosa yg melapik
  dinding abdominopelvis dan visera. Peritonitis  Peritonitis; inflamasi pada peritoneum. Peritonsillar abscess  Abses peritonsil; lih. quinsy. Personality  Personaliti, sahsiah; keseluruhan tindak
  balas seseorang terhadap sekitarannya termasuk aspek mental, emosi dan
  perangai. Perspiration  Perspirasi, perpeluhan;
  kehilangan cecair tubuh samada melalui proses perpeluhan atau pengewapan dari
  permukaan tubuh. Pertussis  Pertusis; penyakit berjangkit yg dicirikan
  oleh hidung berair, batuk berulang dan diakhiri dgn sedutan nafas yg panjang
  dan berbunyi, dan mungkin boleh muntahkan darah. Perversion  Perversi, perangai ganjil; kecenderungan
  yg kuat utk melakukan hubungan seks secara tidak normal. Pessary  Pesari; alat yg digunakan bagi meletakkan
  rahim pd kedudukan yg betul Pesticides  Pestisid; racun yg digunakan utk membunuh
  makhluk perosak. Pestle 
  Alu, antan, penumbuk; anak lecung.  Petechia  Petekia; bintik-bintik perdarahan yg
  kecil, yg kelihatan pada kulit dan wujud akibat perdarahan di dalam kulit.
  lih. purpura, echymosis. Phagocyte  Fagosit; sel yg menelan sel dan zarah lain
  melalui proses fagositosis. Phalanx  Falanks; salah satu tulang jari tangan
  atau jari kaki. Phallus  Falus, zakar, organ seks lelaki (atau
  kelentit bg perempuan).  Phantom pregnancy  Kehamilan fantom;
  keadaan seseorang yg beranggapan dirinya hamil (psikologi) sedangkan
  hakikatnya dia tidak hamil. Pharmaceutics  Farmaseutik; sebarang
  sediaan drpd dadah; ilmu atau seni menyediakan ubat. Pharmacist  Ahli farmasi; seorang berkelayakan serta
  diberi kuasa utk membancuh dan memberi ubat-ubat.  Pharmacopoeia  Farmakopeia; terbitan
  rasmi yg mengandungi maklumat ttg dadah, yg meliputi peraturan penyediaan,
  sediaan yg dapat diperoleh, ujian kimia utk mengenalpasti dadah dan
  ketulenannya, formula bagi pecahan untuk campuran tertentu, dos terapeutik
  dan kesan toksiknya.  Pharmacotherapy  Farmakoterapi; rawatan
  penyakit menggunakan ubat-ubatan. Pharmacy  Farmasi; penyediaan dan pembancuhan ubat-ubat
  atau tempat yg didaftarkan utk membancuh dan menjual ubat-ubat. Pharyngitis  Faringitis, inflamasi farinks. Pharynx  Farinks; sebahagian saluran makanan di
  antara bukaan posterior hidung hingga bahagian awal esofagus. Phenomenon  Fenomena; setiap tanda atau gejala yg
  dapat dicerap secara objektif. Bdgkan symptoms.
   Phimosis  Fimosis; penyempitan bukaan kulit penutup
  zakar sehingga kulit tersebut tidak dapat tertarik ke belakang melebihi
  glans zakar. Phlebitis  Flebitis, inflamasi salur vena; inflamasi
  vena yg dicirikan dgn edema, kekerasan pembuluh dan kenyerian di bahagian yg
  terlibat. Phlegm  Kahak; mukus tebal atau lendir pekat yg
  dirembeskan dalam saluran pernafasan. Phlegmasia alba dolens  Flegmasia alba dolens,
  kaki susu; edema akut terutama bahagian kaki akibat obstruksi vena, lih. white
  legs. Phobia  Fobia, takut; gangguan neurosis yg
  menyebabkan seseorang itu sangat takut pada sesuatu. Phosphate  Fosfat; sebarang garam atau ester asid
  fosforik. Phosphorus  Fosforus; unsur bukan logam dan toksik
  dalam teadaan tulin; satu penawar homeopati yang utama dlm rawatan termasuk
  pendarahan dalaman. Photalgia  Fotalgia; rasa sakit yg kuat pada mata
  akibat pancaran cahaya serta lebih teruk drpd fotofobia. Photophobia  Fotofobia; sangat takut atau sensitif pada
  cahaya. Phototherapy  Fototerapi; perawatan
  penyakit dgn menggunakan cahaya spt rawatan jaundis pada bayi yg baru lahir. Phthisis  Ftisis, tuberkulosis; kekurusan tubuh atau
  bahagiannya; nama lama bg sebarang penyakit yg mengakibatkan penyusutan tisu,
  atau tuberkulosis pulmonari; lih. consumption.  Physical  Fizikal; berhubungan dgn tubuh. Physical ailments  Sakit fizikal; lih. ailments. Physical generals  Tanda-tanda dan
  simptom-simptom fizikal yang meliputi keseluruhan individu; lih. general
  symptoms. Physical modality  Modaliti fizikal; lih. modality,
  modifying factors Physical signs  Tanda fizikal; tanda yg
  boleh dikesan oleh doktor semasa memeriksa pesakit Physician  Doktor perubatan berlesen Physiology  Fisiologi; ilmu ttg bagaimana organisma
  mengendalikan proses hidupnya. Physiological action  Tindakan fisiologi;
  tindakan ubat atau dadah dalam dos fisiologi. Physiological dose  Dos fisiologi; satu dos
  dadah atau ubat yg cukup kuantiti dan kekuatan (dipilih secara empirikal)
  bagi menghasilkan kesan atau sekumpulan simptom-simptom tertentu. Pigment  Pigmen; substans yg memberi warna secara
  fisiologikal. Piles  Buasir; ketumbuhan menyakitkandi sekitar
  atau di dalam anus; lih. haemorroids. Pillules  Pilul, sukros; pil yang digunakan
  sebagai pembawa atau perantara remedi homeopati dalam preskripsian kepada pesakit
  atau sebagai plasebo; lih.
  globules, tablet. Pimple  Jerawat; bengkak kecil, sakit radang pd
  kulit yg mengandungi nanah; lih. acne. Pituitary gland  Kelenjar pituitari;
  kelenjar endokrin yg bersaiz kacang tersemat pd hipotalamus di pangkal
  tengkorak, dianggap sbg kelenjar induk kerana mampu mengawal banyak aktiviti
  tubuh.. Placebo  Plasebo, ubat kosong; sediaan tidak
  aktif yg rupa bentuk fizikalnyanya serba sama dgn dadah yg diuji di mana
  sebarang kesan yg muncul drpdnya dianggap sebagai bersifat psikologi sahaja;
  bahan (ubat) lengai yang diberi dengan tujuan untuk menyenangkan pesakit atau
  sebagai satu double-blind control
  dalam percubaan terapeutik. Dalam homeopati, gula tebu atau laktos biasa
  diberikan sebagai plasebo dalam tempoh rawatan; lih. placebo effect. Placebo effects  Kesan plasebo; manfaat
  psikologi yang diperoleh drpd pemberian bahan lengai atau kerana karisma si
  pengamal yang kerap mencetuskan kesembuhan fisiologi. Placenta  Plasenta; organ yg menghubungkan ibu dgn janin
  di dalam rahim di mana fungsi utamanya ialah membekalkan makanan termasuk
  oksigen di samping membantu mengeluarkan bahan kumuh. Plague  Plag, wabak; sejenis penyakit berjangkit
  yg diakibatkan oleh Yersinia pestis;
  bdgkan bubonic plague, pneumonic plague dan septacaemic plague. Plantar flexion  Fleksi kaki;
  pembengkokan kaki ke arah betis. Platelet  Platelet; sel kecil tanpa nukleus yg
  terdapat di dlm darah dan memainkan fungsi utama dlm penggumpalan darah. Plethora  Pletora; cecair badan yg berlebihan, spt
  jumlah darah yg abnormal banyak (hyperaemia).  Pleura  Pleura; tisu nipis yg melitupi paru-paru
  dan menyelaputi dinding dalaman kaviti dada  Pleurisy  Pleurisi, inflamasi pleura;  Plug  Obstruksi. Plussing  Meninggikan potensi dengan cara menambah
  bahan (yang digunakan dalam larutan) dan menggoncang-hentaknya.  Pneumonia  Pneumonia, inflamasi paru-paru; Pneumopathy  Pneumopati; sebarang penyakit paru-paru Pneumorrhagia  Pneumoragia, perdarahan
  paru-paru; Poison  Racun; sebarang bahan yg mengiritasi, merosakkan
  dan melemahkan aktiviti tisu badan spt arsenik, sianida dan striknina. Poisoning  Keracunan; memakan bahan yg toksik bagi
  tubuh. Poison ivy  Vain yg menyebabkan iritasi kulit, pokok
  yg dirujuk oleh homeopati sebagai Rhus
  toxicodendron, berbeza drpd poison
  oak (Rhus diversiloba); lih. Rhus
  tox. Poison nut  Nat beracun; lih. Nux
  vomica. Polioencephalitis  Polioensefalitis; suatu
  penyakit virus pd otak, menyebabkan kerosakan khususnys jirim kelabu di
  hemisfera serebrum dan batang otak. Poliomyelitis  Poliomielitis,
  inflamasi benda kelabu korda spina Pollinosis  Polinosis; rinitis alergik bg alergi
  akibat debunga rumput, pokok dan pokok renik. Pollution  Pencemaran; discaj air mani tanpa
  melakukan hubungan seks. Polyarteritis  Poliarteritis; inflamasi
  yg melibatkan sebilangan arteri secara serentak. Polyclinic  Poliklinik; pusat perubatan yg merawat
  pelbagai penyakit. Polyp  Polip; tumbuhan pd hidung, intestin atau
  pundi kencing. Polypharmacy  Polifarmasi; rawatan
  seorang pesakit dengan lebih drpd sejenis ubat; lih. combination remedies, complexists. Polyplegia  Poliplegia; kelumpuhan beberapa otot. Ponophobia  Ponofobia; sangat takut kpd kesakitan atau
  kelesuan Polycrest  Polikrest; banyak guna; remedi yg mana
  ujibukti dan aplikasi klinikal mempunyai kegunaan terapeutik yg banyak dan
  luas, biasanya tindakannya mendalam dan lama. Pons  Pons; sekumpulan tisu yg menghubung medula
  oblongata dgn otak tengah. Porta  Porta; bukaan sesuatu organ atau tempat
  keluar masuk pembuluh darah. Position  Posisi, peletakan tubuh; @ kedudukan
  bahagian tertentu fetus di dalam pelvis. Posology Posologi;
  sains atau ilmu ttg pemberian penawar kpd pesakit. Posterior  Belakang, bahagian belakang; berkaitan
  sesuatu struktur yg terletak di belakang struktur yg lain. Posterior nares  Lubang hidung
  posterior; bukaan yg terdapat di antara rongga hidung dgn nasofarinks.  Postmature  Pascamatang; berkaitan dgn keadaan yg
  berkembang melebihi tempoh matang.  Postmortem  Postmortem, selepas mati; berkaitan dgn
  sesuatu yg dilakukan sesudah kematian spt autopsi. Postnasal  Postnasal; berada atau terletak di belakang
  hidung Postnatal  Postnatal, selepas lahir; berkaitan dgn
  sesuatu yg berlaku pada fetus selepas kelahiran. Postpartum  Postpartum, selepas bersalin; berkaitan
  dgn sesutau yg berlaku pada ibu selepas proses bersalin. Postrenal anuria  Anuria postginjal;
  kegagalan ginjal mengeluarkan air kencing disebabkan tersekatnya ureter;
  lih. anuria. Potency  Potensi; cairan penawar yang telah melalui
  proses bancuhan dan goncang-hentak atau melalui proses triturasi.  Semakin tinggi potensi, semakin cair
  satu-satu penawar itu, lantas kesan toksik pun berkurangan. Tetapi semakin
  tinggi potensi penawar, semakin kuat kuasanya kerana ia telah melalui proses
  dinamisasi; lih. low potency,
  medium potency, high
  potency. Potentisation  Potentisasi,
  perkuatankuasa; satu proses fizikal di mana bahan ubat yg kasar dirangsang
  supaya menjadi aktif dan mempunyai kuasa penyembuhan yg dinamik, dan dgn itu
  juga kuantiti bahan dadah berkurangan tetapi kualitinya bertambah; proses
  menyediakan penawar-penawar homeopati melalui bancuhan bersiri dan
  goncang-hentak atau secara triturasi; lih. trituration, juga dynamisation.  Potentised
  medicine  Penawar potentais;
  penawar telah dipotentais, atau
  penawar yang telah diperkuatkuasakan; lih. potency. Pott’s disease  Penyakit Pott;
  tuberkulosis tulang belakang, yg boleh menyebabkan bongkok. Poultice  Poultis, fomentasi; suatu persediaan
  terdiri drpd bahan yg panas dan lembap, disapukan pd mana-mana bahagian badan
  utk menambahkan edaran setempat, mengurangkan kesakitan ataupun melembutkan
  kulit. Practice
  Amalan, praktik; praktik, diagnosis dan rawatan profesional terhadap
  penyakit.  Practitioner  Pengamal, doctor;
  seseorang yang terlibat dalam satu-satu profesion, spt. perubatan’ lih. medical practitioner. Precipitate  Mendakan; endapan yg terbentuk drpd bahan
  larut hasil tindakan sesuatu agen; atau hasil tindakan antara antigen dgn
  antibodi. Precursor  Pelopor; bahan yg mendahului atau
  menghasilkan suatu bahan lain yg lebih matang dan aktif. Prediabetes  Pradiabetes; keadaan di mana ciri-ciri
  diabetes melitus tidak ketara dan dapat dikawal dgn diet sahaja. Predisposition  Predisposisi;
  Kecenderungan mendapat satu penyakit tertentu atau sejenis penyakit;
  kerentanan pendam yg dialami seseorang terhadap sesuatu penyakit, dan ia
  boleh timbul dalam keadaan tertentu spt bila keletihan atau tertekan. Preeclampsis  Praeklampsia; toksemia
  pada peringkat akhir kehamilan (dgn ciri spt hipertensi, edema &
  proteinuria) sehingga berlaku konvulsi dan koma.  Pregnancy  Kehamilan; keadaan mengandungkan bayi iaitu
  dalam tempoh 40 minggu atau 280 hari. Premature  Pramatang; berkaitan dgn sesuatu yg
  berlaku sebelum waktunya spt kelahiran sebelum matang. Premature beat  Denyut pramasa;
  denyutan jantung yg lebih awal drpd biasa yg tidak bergantung kpd rentak
  normal. Premature birth  Kelahiran pramatang;
  kelahiran bayi yang belum cukup bulan. Premature infant  Bayi pramatang; bayi yg
  dilahirkan selepas minggu ke 27 tetapi belum cukup bulan. Premature labor  Pelahiran pramasa;
  kelahiran bayi yg hidup sebelum berakhirnya gestasi, yg mungkin diakibatkan
  oleh gangguan kehamilan di antara minggu ke 28 hingga ke 37. Premedication  Prapengubatan; pemberian
  ubatan atau dadah sebelum pengubatan sebenar dimulakan. Premenstrual  Prahaid, sebelum datang
  haid Prenatal  Pranatal, antenatal, sebelum pelahiran;
  berkaitan sesuatu yg berlaku pada ibu atau fetus dalam tempoh kehamilan
  sehingga kelahiran bayi. Preoperative  Prapembedahan; berkaitan
  dgn sesuatu yg berlaku sebelum pembedahan. Preparation  Sediaan; Penawar, ubat, dan spesimen
  anatomi atau patologi yg disediakan utk dikaji.  Prepartal  Prepartum; berkaitan  dgn sesuatu  yg berlaku pada ibu sebelum proses bersalin. Prepuce  Prepus, kulit zakar; umumnya ia merujuk kpd
  lipatan kulit yg menyelaputi sesuatu struktur. Prescription  Preskripsi; arahan
  bertulis kpd seorang ahli farmasi bagi sediaan ubat yg disahkan oleh doktor.  Presenile  Prasenil; keadaan penuaan yg berlaku pada orang
  yg pada umur pertengahan atau belum begitu tua.   Presentation  Presentasi; bahagian
  fetus yg menduduki kanal pelvis, yg dapat dirasai dgn jari melalui faraj. Pressure point  Titik tekanan; bahagian
  tubuh yg tertentu  yg boleh ditekan
  dgn jari utk mengawal perdarahan. Preterm infant  Bayi pracukup bulan;
  bayi yg dilahirkan sebelum cukup bulan, yakni sebelum minggu ke 37 gestasi. Prevalence  Prevalens; jumlah kes bagi suatu penyakit
  dalam sesuatu populasi pada sesuatu masa di suatu kawasan tertentu. Preventive  Pencegahan, profilaktik; lih. prophylactic. Preventive therapy  Terapi pencegahan; lih. prophylactic. Priapism  Priapisme; keadaan apabila ereksi zakar
  berterusan tanpa keinginan seks.  Proctalgia  Proktalgia; kesakitan dubur atau rektum
  bawah. Progesterone  Progesteron; hormon
  (dihasilkan oleh korpus luteum, korteks adrenal dan plasenta) yg menyediakan
  endometrium rahim utk implantasi ovum yg tersenyawa. Prognosis  Prognosis; jangkaan perkembangan sesuatu
  penyakit dan kemungkinan pelbagai kesan akhir penyakit tersebut. Progressive potentisation 
  Perkuatankuasa
  progresif; lih. dynamisation. Projection  Unjuran; hubungan antara korteks serebrum
  dgn bahagian lain sistem saraf atau organ deria khusus. Prolapse  Prolaps, tumbung; penonjolan sebahagian atau
  seluruh struktur @ organ drpd tempat asalnya. Prolapse of the iris  Prolaps iris;
  penonjolan iris akibat luka pada kornea. Prolapse of the rectum  Prolaps rektum;
  penonjolan mukus rektum melalui dubur.  Prolapse of the uterus  Prolapse uterus;
  penganjakan rahim ke bawah sehingga serviks kelihatan pada bukaan faraj. Prophylactic  Pencegahan penyakit;
  agen (atau penawar) yg mencegah perkembangan (atau kehadiran) sesuatu keadaan
  atau penyakit. Prostate  Prostat; kelenjar pada lelaki yg
  mengelilingi leher pundi kencing dan uretra. Prostatitis  Prostatitis, inflamasi kelenjar prostat. Proteinuria  Proteinuria; kehadiran protein yg
  berlebihan di dalam air kencing.  Protoplasm  Protoplasma; jisim asas benda hidup yg
  terdiri drpd protein, lemak, karbohidrat, garam tak organik dan air @ yg
  terdiri drpd sitoplasma dan nukleoplasma. Protozoa  Protozoa, organisma unisel; organisma satu
  sel yg merupakan organisma paling ringkas dalam alam haiwan. Proving  Ujibukti; prosedur menguji kesan bahan
  penawar dgn cara memberikannya kpd orang yg sihat dgn tujuan memerhati dan
  merekod simptom-simptom objektif dan subjektif yg dihasilkan oleh penawar
  berkaitan; bdgkan dgn experiment. 
     Proving symptoms  Simptom-simptom yang diujibuktikan;
  lih. proving. Pruritus  Pruritus, gatal kulit; kegatalan kulit
  drpd pelbagai punca. Pseudo-psora  Pseudo-psora; keadaan miasma bercampur
  yg merujuk kepada gabungan miasma psora dan sifilis yg menghasilkan latar
  belakang tuberkular morbid; lih. psora, syphilis. Psora  Psora; miasma penyakit kronik yang
  paling awal dan punca bagi kebanyakan penyakit kronik. Ia dikatakan sebagai
  penyakit yang berasal drpd letusan kulit serta gatal-gatal yang mana apabila
  ditekan ke dalam (terutamanya menerusi ubat-ubat sapu atau alopati) akan
  menyebabkan ia zahir dalam pelbagai bentuk gangguan fungsional termasuk
  gangguan darah, mania dan histeria; bdgkan dgn sycosis, syphilis, lih. miasm. Psoriasis  Psoriasis, inflamasi kulit kronik; penyakit
  kulit kronik yg kelihatan seperti tampalan atau plak merah, yg ditutupi oleh
  sisik yg berkilauan atau keputihan.  Psychiatry  Psikiatri; bidang perubatan yg mengkaji
  perawatan dan pencegahan penyakit atau gangguan mental.  Psychic  Psikik; berkaitan dgn minda atau
  pemikiran. Psychoanalysis  Psikoanalisis; kaedah
  bagi mendapatkan pengalaman dan sejarah emosi yang lampau drpd pesakit. Psychogenesis  Psikogenesis,
  perkembangan mental; penghasilan gejala atau penyakit secara psikik. Psychology  Psikologi; ilmu yg berhubung dgn fungsi
  dan proses mental, terutamanya yg berkaitan dgn tingkah laku manusia dan
  haiwan. Psychometric  Psikometri; pengukuran kepintaran berfikir seseorang. Psychomotor  Psikomotor; berkaitan dgn kesan motor aktiviti serebrum atau
  psikik Psychopathologi  Psikopatologi; patologi
  penyakit dan gangguan mental. Psychopathy  Psikopati, penyakit
  jiwa; sebarang bentuk gangguan mental termasuk gila. Psychosis  Psikosis; gangguan mental yg teruk yg
  melibatkan perubahan perwatakan dan ketidakpekaan terhadap persekitaran.  Psychosomatic disease  Penyakit psikosomatik;
  penyakit fizikal akibat drpd gangguan emosi. Psychotherapy  Psikoterapi; rawatan
  gangguan mental dan emosi dgn menggunakan kaedah psikologi. Psychotic  Psikotik, berkaitan dgn psikosis. Ptosis  Ptosis, lenturan atau lentukan kelopak mata
  atas akibat kelumpuhan saraf simpatetik atau saraf ketiga. Ptyalism  Ptialisme; keadaan apabila air liur keluar
  secara berlebihan. Puberty  Baligh; peringkat umur apabila sifat seks
  sekunder mula terbentuk dan keupayaan pembiakan tercapai. Pudendum  Pudendum, kemaluan; genitalia luar pada
  manusia khususnya pada wanita. Puerperal  Puerperal; berkaitan dgn puerperium. Puerperium  Puerperium; tempoh pantang selepas
  pelahiran bayi. Pulmonary  Pulmonari; berhubungan dgn paru-paru. Pulsation  Debaran, denyutan; denyutan yg beritma spt
  pd jantung dan arteri-arteri. Pulse  Nadi; denyutan arteri secara berentak dan
  dapat dirasai dgn jari. Puncture wounds  Luka tusuk, luka tikam. Pupil  Anak mata; bukaan pada iris mata yg
  membolehkan cahaya memasuki mata. Purgative  Julap; agen atau ubat utk melegakan
  sembelit atau mengosongkan usus besar. Purpura  Purpura; penyakit yang dicirikan dgn
  bintik-bintik perdarahan pada kulit (bintik kecil-petekia; bintik besar-
  ekimosis). Purulent  Purulen, bernanah;membentuk atau mengandung nanah.   Pus  Nanah; cecair yg terbentuk akibat
  inflamasi tiru. Pustule  Pustul, jerawat; papul yg bernanah. Putrefaction  Pembusukan; penguraian
  sesuatu sebatian, terutamanya protein oleh enzim dan seterusnya menyebabkan
  ia berbau busuk. Pyemia  Piemia; bentuk keracunan darah yg dicirikan
  dengan abses di merata tempat dan menimbulkan simptom  demam, seram sejuk, perpeluhan dan
  jaundis. Pylorus  Pilorus; bukaan di bahagian distal perut. Piogenic  Piogenik; berkaitan dgn sesuatu yang
  menyebabkan menanah. Pyorrhea  Piorea, pengeluaran nanah; infeksi gusi yg
  menyebabkan kawasan soket gigi mudah berdarah.   Pyrexia  Pireksia, demam; peningkatan suhu badan yg
  melebihi normal. Pyrogen  Pirogen; sebarang bahan yg menghasilkan
  demam; salah satu penawar homeopati dan boleh diguna utk rawatan pelbagai
  keadaan septik. Pyrogenic  Pirogenik; menyebabkan demam. Pyrosis  Pirosis, pedih hulu hati; sakit membakar
  dalam perut, rasa asid dalam mulut; lih. heart burn. Pyuria  Piuria; kehadiran nanah dalam air kencing.    | 
  
      | 
 ||||||||||||||||||||||||||||||||
| 
      | 
  
      | 
  
      | 
 ||||||||||||||||||||||||||||||||
©2004 -- HBI Health & Homoeopathy
Centre
Hakcipta Terpelihara