| 
   | 
  
   
  | 
 
 
| 
      | 
  
  H
   | 
  
      | 
 ||||||||||||||||||||||||||||||||
  
  | 
  
   Habit  Tabiat, perangai; tindakan automatik. Haematuria  Hematuria; kandungan darah dalam air
  kencing. Haemoglobin  Hemoglobin; protein pengangkut oksigen
  dalam sel darah merah. Haemophilia  Hemofilia; penyakit kecenderungan mudah
  berdarah. Haemorrhage  Perdarahan; pembebasan darah drpd pembuluh
  darah yg memecah, di dalam atau di luar. Haemorroids  Hemoroid, buasir; lih. piles. Hahnemann method 
  Kaedah Hahnemann; Kaedah yang disediakan mengikut cara atau garis
  panduan pengasas homeopati, Dr. Samuel Hahnemann. Hay fever  Demam alergi, demam jerami. Halitosis  Halitosis, nafas berbau. Hallucination  Halusinasi; khayalan
  terhadap sesuatu perkara seolah-olah ianya wujud.   Hand  Tangan; bahagian anggota atas di antara
  pergelangan tangan dgn hujung jari. Handicap  Kecacatan; ketidakbolehan separa atau
  lengkap utk melakukan aktiviti sosial, pekerjaan atau lain-lain.  Hard palate Lelangit keras, lelangit yg terletak di bahagian anterior. Hashish  Hasis,
  Indian hemp, pokok hasis; penawar homeopati yang dikenali sbg Cannabis
  indica; lih. Indian
  hemp. Hay fever  Demam jerami; penyakit alergik yg
  disebabkan sensitiviti melampau terhadap debunga. Head  Kepala.  Headache  Sakit kepala, pening kepala; kesakitan yg
  dirasai jauh di dalam tengkorak atau risau disebabkan masalah.                                                    Health  Sihat; keadaan tubuh dan minda yg aktif
  dan normal. Hearing  Pendengaran; fungsi telinga yg menerima
  gelombang bunyi utk dihantarkan ke otak. Hearing aid  Alat pendengaran, alat bantu pendengaran. Heart  Jantung; organ utama sistem sirkulasi. Heart attack  Serangan jantung; lih. myocardial
  infarction. Heart beats  Degupan jantung. Heart failure  Kegagalan jantung; kegagalan fungsi
  otot jantung. Heartburn  Pedih hati, pedih hulu hati; rasa spt
  membakar samada di belakang kerongkong atau di sebelah kiri dada, biasanya
  selepas makan; lih. pyrosis. Heart failure  Kegagalan jantung;
  ketidakupayaan jantung utk mengekalkan sirkulasi tubuh yg cukup.  Heart murmur  Desiran jantung; bunyi
  jantung yg abnormal. Heart rate  Kadar jantung; bilangan denyutan jantung
  seminit Heat  Haba, panas. Heat exhaustion  Kelesuan haba,
  keletihan panas; kelesuan dan kolaps akibat tekanan darah dan volum darah yg
  rendah yang berlaku akibat kehilangan cecair badan dan garam selepas
  pendedahan yg berpanjangan kpd haba. Heatstroke  Strok haba, serangan panas; keadaan
  pening, loya dan bintik-bintik di depan mata akibat terdedah secara langsung
  kepada suhu yg tinggi. Hectic  Kalut, sibuk; sudah menjadi tabiat. Hedonism  Faham hedonisme, faham gembira; asyik
  kepada keseronokan.   Heel  Tumit; bahagian belakang kaki. Heliosis  Strok matahari. Heliotherapy  Helioterapi; rawatan
  penyakit menerusi sinaran matahari atau dgn menggunakan lampu ulta-violet. Helix  Heliks, lingkar, spiral; tepi bahagian luar
  telinga. Hemagogue  Agen yg merangsang perjalanan darah. Hematemesis  Hematemesis,
  muntah darah; muntahkan darah dari dalam perut.  Hematic 
  Berkaitan dgn darah. Hematology  Hematologi; ilmu ttg darah. Hematoma  Hematoma; pembengkakan yg mengandungi
  darah beku. Hematomosis  Penyakit darah. Hematuria
   Hematuria; keluar darah di dalam air
  kencing. Hemic  Berkaitan ttg
  darah. Hemicrania  Hemikrania, migran; sakit kepala di
  sebelah sahaja.  Hemiplegia  Hemiplegia; kelumpuhan sebelah bahagian
  tubuh. Hemlock  Hemlok; tumbuhan alkaloid beracun,
  dikenali sbg Conium maculatum yg
  terdapat di Britain dan Eropah tengah; satu nama dan sumber penawar dalam
  homeopati yg biasa digunakan dalam rawatan spt rawatan barah payu dara dan
  bengkak kelenjar, tetapi diberi dlm bentuk potensi. Hemocidal  Pemusnahan sel-sel darah. Hemopathy  Penyakit darah. Hemophobia  Hemofobia; benci atau takut pada darah. Hemoptysis  Hemoptisis; meludahkan darah. Hemotherapy  Hemoterapi; menggunakan darah utk merawat
  penyakit. Hepar  Hati; lih. juga liver. Hepatic  Hepatik; berkaitan dgn hati. Hepatic oedema  Edema hati; edema
  akibat kelemahan fungsi hati. Hepatitis  Inflamasi hati. Hepatogenic  Hepatogenik, dihasilkan di dalam hati. Hepatopathy  Hepatopati, penyakit
  hati. Hereditary  Keturunan; diperturunkan drpd nenek moyang Hereditary ataxia  Ataksia keturunan. Hering’s law of cure  Undang-undang
  kesembuhan Hering; lih. law of cure.  Hernia  Hernia; penonjolan organ atau tisu di luar
  kaviti tubuh. Heroin  Heroin; serbuk putih hablur yg berasal
  drpd morfin tetapi mempunyai tempoh tindakan yg lebih pendek. Herpes  Herpes, kayap; penyakit kulit yg dicirikan
  dgn tompok-tompok lepuhan kecil dan dikaitkan dgn kehadiran virus. Herpesvirus  Herpesvirus; sekumpulan virus DNA yg
  mengakibatkan penyakit spt cacar air dan herpes zoster. Heterosexual  Heteroseksual; tingkah
  laku atau kecenderungan seksual  kpd
  jantina yg berlainan.. Hiatus  Fisur, bukaan, rumpang, selang, tembusan. Hiccups  Sedu, tersedu; bunyi tarikan nafas yg
  tajam akibat kontraksi diafram. Hidrosis  Hidrosis, perpeluhan yg keterlaluan.  High potency  Potensi tinggi; potency penawar yang
  bermula dari 1M ke atas; lih. low potency, medium potency. Hindbrain  Otak belakang; sebahagian drpd bahagian
  utama otak. Hip Pinggang, pinggul; bahagian atas paha di mana ia bersambung dgn pelvis. Hippocratic oath Sumpah Hippocrates, ikrar Hippocrates; ikrar seorang doktor yg memerlukannya mengawasi kod tingkah laku tertentu serta amalan yg dibawa oleh pakar perubatan Greek, Hippocrates. Hippocratic-face 
  Muka Hippocrates; rupa yg pucat dan cengkung.   Histamine  Histamina; bahan kimia yg ditemui di dalam
  tisu tubuh dan mengantara tindak balas alergi. Histology Histologi, ilmu atau kajian mikroskopik struktur tisu. Histolysis 
  Histolisis, penyepaian tisu; disintegrasi tisu organik. Histoma  Histoma; sebarang tumor tisu.  History  Sejarah; rekod pesakit ttg
  penyakit-penyakitnya yg lalu serta penyakit dan simptom-simptomnya yg lepas;
  lih. patient history. Hives  Ruam hives, urtikaria. Hoarseness  Parau, serak, kegarukan; sukar bercakap. Hodgkin's disease  Penyakit Hodgkin;
  penyakit yg dicirikan dgn pembesaran kelenjar limpa, hati dan lain-lain organ
  serta anemia dan demam. Holistic  Holistik; menyeluruh; berkait dengan
  konsep bahawa satu keseluruhan tidak boleh dibahagikan kepada beberapa
  bahagian, khususnya apabila merujuk kepada makhluk hidup, lih. holistic
  medicine. Holistic dimension  Dimensi holistik; lih. holistik
  medicine. Holistic medicine  Penawar holistik; sistem perubatan atau
  penawar yang merawat pesakit secara menyeluruh, meliputi fizikal, minda,
  emosi dan roh insan. Homicide  Pembunuhan, pembunuhan sesama manusia Homeo  Serupa, seakan; lih. makna sebenar homoeo dalam Homoeopathy,
  homoeopath. Homo  Sama, identikal; bandingkan dengan Homeo. Homoeopath  Ahli homeopati; orang yg mengamal atau
  mahir dgn ilmu perubatan homeopati; lih. homoeopathic practitioner. Homoeopathy  Homeopati; serupa rasa, serupa penyakit, serupa penderitaan; sistem
  perubatan yang diperkenal dan dibangunkan secara saintifik oleh Dr. Samuel
  Hahnemann yang mengamalkan rawatan berasaskan prinsip bahawa kesembuhan bagi
  satu-satu gangguan (penyakit) boleh dicapai dengan cara memberikan penawar
  berpotensi dan mempunyai simptom-simptom yang serupa dengan simptom-simptom
  si pesakit.  Homoeopathic aggravation  Aggravasi
  homoeopati, kemelaratan homeopati                                Homoeopathic cure  Kesembuhan homoeopati                                                Homoeopathic Dose  Dos homoeopati; dos
  penawar yang telah diperkuatkan kuasa dan dipreskripsi mengikut arahan
  prinsip-prinsip homeopati, dos ini boleh menyebabkan agravasi tetapi tiada
  kesan toksik akibat drpd pengambilannya.  Homoeopathic Dynamisation  Dinamisasi
  homeopati, lih. potentisation.
   Homoeopathic pharmacy  Farmasi homeopati; ilmu dlm seni
  mengumpul, menyediakan, menyimpan, membancuh dan mendispens ubat-ubatan
  mengikut preskripsi doktor atau pengamal. Homoeopathic practitioner 
  Pengamal
  homeopati; lih. homoeopath. Homoeopathic proving  Ujibukti homeopati; lih. proving.  Homoeopathic remedy  Remedi homeopati; penawar yang dipilih
  dan disediakan drpd bahan seperti tumbuh-tumbuhan, mineral dan haiwan
  berdasarkan kaedah potentisasi dan ujibukti homeopati. Terdapat juga remedi
  yang disediakan drpd sumber-sumber lain; lih. nosodes, sarcodes. 
   Homoeopathic research  Kajian homeopati. Homoeopathic treatment  Rawatan homeopati; rawatan berasaskan
  kaedah homeopati. Homoeopuncture  Homeopunktur; satu metodologi
  terapeutik di mana cara perubatan akupunktur digabungkan  dan diintegrasikan  dengan prinsip-prinsip homeopati yang
  bertujuan merawat pelbagai jenis gangguan. Hookworm  Cacing kait; lih. worms. Hookworm infection  Jangkitan cacing kait. Hormone  Hormon; sebatian yg dihasilkan oleh sesuatu
  sel atau organ tubuh yg mengawalatur aktiviti organ tertentu secara khusus. Horror  Kengerian, sesuatu yg menimbulkan rasa
  takut dan ngeri. Hot  Panas, hangat; mempunyai suhu yg tinggi. House physician  Doktor pelatih
  perubatan. Housemaid's knee  Lutut babu;
  pembengkakan bursa yg terisi cecair di hadapan tempurung lutut, kerapkali
  disebabkan oleh aktiviti melutut; lih. bursitis,
  bdgkan
  dgn
  miner's elbow.  Humerus  Humerus, tulang lengan atas. Humoral immunity  Keimunan humoral;
  keimunan yg berlaku apabila antibodi di dalam darah atau cecair tubuh
  memainkan peranan utama dalam gerak balas imun. Hunger  Kelapar, kebuluran; berkehendak kepada
  makan. Hunger pain  Sakit kelaparan; sakit pada abdomen atas
  dan berkaitan dgn ulser duodenum, yg dilegakan oleh memakan makanan. Hydrocele  Hidrosele, bendungan cecair; pengumpulan
  cecair berair dlm pundi, biasanya pundi yg mengelilingi testis dan
  menyebabkan skrotum membesar. Hydrocephalus  Hidrosefalus;
  penambahan jumlah cecair serebrospina yg abnormal di dlm ventrikel-ventrikal
  otak.  Hydrops  Hidrops; lih. dropsi, Hydrotherapy  Hidroterapi; merawat
  penyakit dgn menggunakan air. Hygiene  Kebersihan; ilmu ttg kesihatan dan
  pemerhatian mengenai peraturannya. Hygienic  Bersih, berkaitan dgn kesihatan atau dgn
  cara yg bersih. Hymen  Dara, himen, selaput dara. Hyperacidity  Hiperasiditi;
  berlebihan asid atau penambahan kepekatan asid dalam gaster. Hyperaemia  Hiperemia; kehadiran darah yg berlebihan
  di sesuatu bahagian tubuh. Hyperaesthesia  Hiperastesia; mempunyai
  sensitiviti yg keterlaluan, terutamanya bahagian kulit. Hypercalcemia  Hiperkalsemia;
  kehadiran kepekatan kalsium yg terlalu tinggi di dlm darah. Hyperemesis  Hiperemesis; muntah yg teruk. Hyperglycemia  Hiperglisemia; keadaan
  terdapat berlebihan glukosa di dlm darah.  Hypersensitivity  Kehipersensitifan,
  alergi; cenderung memberi gerak balas secara abnormal terhadap sesuatu. Hypertension Hipertensi, tekanan darah tinggi; kenaikan tekanan darah yg melebihi julat normal dlm kumpulan umur tertentu. Hypnosis 
  Hipnosis; keadaan tidur abnormal yg dilakukan secara buatan oleh seorang
  hipnotis, di mana minda lebih reseptif drpd normal kpd saranan-saranan; lih.
  juga mesmerism.    Hypnotism 
  Hipnotisme; induksi hipnosis; lih. hypnosis,
  mesmerism.    Hyperthermia  Hipertermia; suhu badan
  yg terlampau tinggi. Hypertrophy Hipertrofi; pembesaran sesuatu organ kerana peningkatan saiz sel-sel yg berlaku berikutan bertambahnya fungsi organ berkenaan. Hypogastrium  Hipogastrium; bahagian abdomen pusat yg
  terletak di bawah bahagian gaster. Hypotension  Hipotensi, tekanan darah rendah; bdgkan
  dgn hypertension. Hypoglycaemia  Hipoglisemia;
  kekurangan glukosa di dlm aliran darah yg menyebabkan kelemahan otot, tiada
  kordinasi, kekeliruan mental dan perpeluhan, malah mungkin koma. Hypoplasia  Hipoplasia; perencatan pertumbuhan sesuatu
  organ atau tisu. Hypotension  Hipotensi, tekanan darah rendah. Hypothalamus  Hipotalamus; bahagian
  diensefalon yg terletak di bawah talamus yg membentuk dasar dan dinding
  ketiga.  Hypotonia  Hipotonia; keadaan kekurangan ketegangan
  atau kekuatan  pada otot.  Hysterectomy  Histerektomi;
  pembuangan sebahagian atau seluruh rahim secara pembedahan. Hysteria  Histeria selap, kerasukan; gangguan
  neurosis yg mempunyai pelbagai gejala emosi dan fizikal akibat drpd kegagalan
  berhadapan dgn realiti.  Hysteric aphonia  Afonia histeria; hilang
  keupayaan bertutur akibat histeria.     | 
  
      | 
 ||||||||||||||||||||||||||||||||
| 
      | 
  
      | 
  
      | 
 ||||||||||||||||||||||||||||||||
©2004 -- HBI Health & Homoeopathy
Centre
Hakcipta Terpelihara